Sunday, 25 March 2012

"TIUPAN ANGIN YANG KUAT" - MAJLIS Hi-Tea DS ANWAR IBRAHIM DITELUK AYER TAWAR

As'salam dan Salam Sejahtera... badan yang sihat melahirkan "minda yang cergas", bersama kita berusaha dan berdoa diberi kesihatan yang hakiki....insaALLAH...amin...!!


Petang 24 MAC 2012 (SABTU), dalam admin masih keletihan dari perjalanan jauh dari selatan malamnya, paginya menyelesaikan pula beberapa tugasan yang tertangguh selepas bercuti, admin hanya dapat menerima undangan Hi-Tea pada lewat petangnya diTaman Air Tawar Indah. Sebelum malamnya mengikuti pula "Amanat Perdana" Dato Seri Anwar Ibrahim diStadium MPSP Bertam.


Admin terlepas peluang mengikuti "Demo" menentang penyalahgunaan IPTA (Dewan Utama Politeknik Seberang Perai) bagi melancarkan  gelombang biru oleh Umno Permatang Pauh yang melibatkan Menteri Belia dan Sukan (DS Shabery Chik), pada jam 2 petang. Namun atas jasa baik kawan bloger, admin lampirkan dibawah ini "LINK" gambaran DEMO... (TQ sahabat... Anak Sungai Derhaka, atas izin titipan gambar). 


https://www.facebook.com/media/set/?set=a.270870196329210.65328.127667687316129&type=3 


Kembali pada tajuk sebenar post kali ini..., ketika admin sampai diDewan Masyarakat Taman Air Tawar Indah, kelihatan Penyelaras KADUN Teluk Ayer Tawar Sdr Salehin Mohamed dan Sdr Syed Mikael Rizal Aidid (S/U AMK Penang) sedang sibuk menyiapkan "pasarana ringkas" untuk tetamu petang itu, dengan dibantu oleh JKKK(N)Teluk Ayer Tawar dan AMK Cabang Tasek Gelugur.


 Poster mengalu-alukan kedatangan admin dan tetamu lain...

 Disebalik tabir Majlis Hi-Tea...
Kiri : Sdr Syed Mikael, Pak Su (berdiri), Sdr Salehin dan
dua rakan AMK Tasek Gelugur (maaf tak ingat nama..)..

 Warga Emas ni....antara tetamu yang tiba awal ... !!!
Yang berbaju biru tu jadi "bodygruad" admin hari ni.....
kikiki!!... jangan marah ye....!!!

Sdr Salehin sedang menyantuni tetamu yang tak sabar
nak beramah mesra dengan DSAI... awalnya datang kak....!!!

 Syed Mikael mula bicara petang... mengalu-alukan tetamu

 Sdr Nasir Muhamed, Ketua Cabang Keadilan Tasek Gelugur
memanaskan petang Sabtu 24 Mac...
"Undi Pakatan Rakyat dalam PRU13 ya"...

 Mana DSAI ni...tak mai-mai lagi ni...!!!

 "khemah depan dewan dah mula penuh... 
sila ke khemah tepi pula.... sila...silakan... !!!"
..Pak Su jadi penyambut tetamu...

 tak ramai yang datang petang ni... adalah dalam 150 orang...,
tapi admin nampak ramai yang mengjengah dari flat-flat 
disekeliling dewan, malas nak turun ye...tak pe, 
dengar dari rumah je.. yang penting maklumat sampai...!!

Kiri : Bloger Anak Sungai Derhaka..,
Sdr Salehin dan Sdr Azhar...
menanti ketibaan DSAI diluar dewan....

 Amir Ghazali , Ketua AMK Penang...
 -sedang cerita pasal DEMO Pakatan Rakyat depan IPTA
Politeknik Seberang Perai, menentang salahguna Dewan Politeknik
oleh Umno Ptg Pauh... akhirnya pihak Berkuasa Politeknik turunkan
semua bendera dan banner BN & Umno didalam kawasan IPTA tu...
"Gelumbang Biru" gagal beralun di Ptg Pauh...kikiki!!!
**SATU SOLIDARITY yang berjaya oleh Rakyat..
-Pelawa BN guna sama Dewan-Dewan Orang Ramai yang tersedia...,
masa BN perintah, Dewan jadi kandang kambing dan hutan...,
Jangan guna tempat mahasiswa belajar untuk program Parti, 
 bukankah Kerajaan Pusat sendiri yang larang....??
jika PR tak boleh..BN pun tak boleh....biar adil.
-Dapat lihat gelombang kesedaran Rakyat sekarang kian bangkit..,
yakin dapat tawan Parlimen Tasek Gleugur + 3 DUN...
-Pemimpin PAKATAN RAKYAT, tidak rasuah....!!!

 Kiri : Sdr Abdul Latif Ketua Cabang Keadilan Kepala Batas
dan Ust Khalid Man YDP PAS Tasek Gelugur (berkopiah)
sedang menanti ketibaan DSAI....!!! Sabar ye.

 pandangan dari khemah sisi dewan.....

Ketibaan DSAI.... berebut menyambut...
"bagi jalan...bagi jalan...!!!"

 "Ni program yang ke berapa hari ni Dato Seri??"
Lepas ni akan sampaikan Tazkirah Magrib di Masjid Ptg Binjai..,
Malamnya kat Stadium MPSP Bertam pula...
lepas tu ke Sg Aceh Nibung Tebal pula....!!!
"Bakal PM" kita...(ada yang nak marah ke....kikiki!!) 

 Kiri : Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN)
DSAI .. (sedang "twitt" ye Dato Seri..)...,
Sdr Nasir Muhamed dan ..,
Tim Pesuruhjaya I PAS Penang, Ust Khalid Man, sedang berucap..
-Hujahan Ust Khalid : Telok Ayer Tawar dulu kubu kuat Umno..,
-Masih ingat masa bertanding kerusi DUN tahun 1986... 
poster baru tampal dah kena koyak, tapi senyap-senyap
pemuda umno yg koyak tu datang minta maaf balik...
dan sekarang pemuda tu dah jadi orang kuat PAS T.A. Tawar!!
-Dulu tempat ni hutan..sekarang taman-taman...
"tanah Tok Nenek saya ada disini, cuba digadai Umno..." 
-BN tanam pokok, 54 tahun baru nak keluar hasil RM500..,
PR tanam pokok, 4 tahun dah ada macam-macam hasil....
(pokok apa tu ?? sendiri fikirlah...)

 Datuk Abdul Halim, Tuan Speaker :
-Terima kasih atas kesudian DSAI datang petang ni...
-Kerajaan Pulau Pinang sekarang Kerajaan CAP..., 
(Cekap, Akuantabel dan Telus).
bantu masyarakat, khususnya Rakyat Marhaen...,
-Pusat perintah, gaji cuma naik sekali ganda..., 
tapi gula naik 10 kali ganda.. 
barang naik harga berganda kerana harga minyak naik ..
Janji PR jika jadi Kerajaan Pusat, minyak turun...!! 
-PERDA juga pilih kasih dalam beri bantuan kepada rakyat...
-Banyak peruntukkan untuk negeri tak dapat lagi, 
selepas Penang diperintah Pakatan...

 Masih setia menanti "Ucaptama Hi-Tea" petang ni...
dah makin ramai masa "turn" DSAI berucap...

 "Tiupan Angin Yang Kuat.. 
di Teluk Ayer Tawar & Tasek Gelugur.." itulah
perkataan pertama DSAI.. (dalam maknanya tu Dato Seri..)..,

-Buku "Dari Mana Kita Harus Bermula" ulasan
dari Ulama Mesir Sheikh Khalid Mohd Khalid satu masa dulu,
dijawab oleh Ulama terkemudian, Sheikh Mohamed Ghazali dengan..
"Bermula Dengan Mengenal Ilmu"... bukan dgn cara FITNAH..,
(buat kita renungkan diri dalam menggapai kejayaan...)
-Bukan macam Profeser Kangkong...,
-Dapatkan maklumat, kemudian jadi Ilmu, maka jadi Hikmah...!!
-Belajar dari Kebenaran.., ambil dari Al Quran & Hadith...,
bukan dari pandangan biasa...seperti fitnah yang BN amalkan.
-Asas Ilmu dan Islam kena kukuh dan cukup, 
masih ingat bimbingan Naqib dalam ABIM dulu
Almarhom Ust Ghazali dan Almarhom Ustaz Fadzil Noor...
-Bercakap atas Fakta, bukan Fitnah... seperti pembongkaran NFC,
belanja harijadi PM Najib, pertunangan anak PM... banyak lagi..!!
-Perkida, Perkasa & Jati nak perjuangkan APA??? Melayu??
bila tak dapat lawan Hujah, baling batu kat ceramah orang...
-Jika Pakatan Rakyat tak bongkar penyelewengan..,
BN tak akan berubah dan terus TIRIS.. tipu Rakyat...

-Kenaikan Gaji ialah HAK Rakyat, bukan imbuhan kerajaan..,
untuk Rakyat, bukan untuk Kroni... 
RM 500 tu imbuhan tambahan aje..
-Dalam Parlimen, jika PR tak bantah/tegur..BN buat apa??
-APCO tu faham ke masaalah rakyat marhaen ni??
-Flip Flop Najib, siapa Pengerusi yang patut semak SBPA..??
kejap kata nak buat, bila kena tekan tarik balik...
-Teringat almarhom Ayahanda suruh belajar hidup cara kampung, 
cari kayu api & sagu....supaya kenal kesusahan rakyat,
sebagai Ilmu Perjuangan Untuk Rakyat..
Mandi "seksi" tepi jalan di Cheruk Tuk Kun...,
 nasib baik zaman tu belum ada video..kikiki!!
-Teringat masa di India, selepas selesai ceramah 
Kareena Kapoor naik pentas yang sama, 
ada yg minta bergambar sama, tapi penganjur tarik tepi...,
takut jadi bahan FITNAH lain pulak...kikiki!!

-Cadangan Pakatan Rakyat gaji minima RM1100 sebulan,
tak diterima oleh kerajaan.. kata nanti Malaysia bangkrap..!!
-Anak Tun M boleh beli kilang arak RM 2.9 ribu juta...,
anak rakyat biasa, nak masuk Univesity bergolok gadai..,
keluar U kumpul hutang, kerja tak dapat lagi...!!
Anak Menteri dapat projek, tapi Anak Rakyat biasa ??...,
tu pun masih ramai orang muda sokong "hidup melayu"..
walaupun terang-terang kena tipu...!!... "BODOH"..!!

-Pemimpin kena TEGAS, walaupun berdepan dengan siapa pun....
jangan flip-flop dan takut pada Amerika..
-Walaupun kadang kala ujud beza pandangan dalam PR..,
tapi masing-masing TEGAS dan hala tujunya tetap sama & Jelas..!!
-Apa ada pada Pakatan..?? IANYA ialah Pilihan kepada Rakyat..
-Umno sudahlah Gelap mata..turut Gelap HATI....!!
-Jika PR perintah Pusat selepas menang PRU13..
KITA UBAH IKLIM BUDAYA POLITIK MALAYSIA.

-Akhirnya DSAI dah MAAFKAN semua yang buat salah pada diri.. 
TETAPI... JANGAN ULANG LAGI..
MAAF BANYAK KALI PUN TAK ADA MAKNA 
JIKA MASIH ULANG DAN TERUS BEGINI
insaflah wahai tukang FITNAH...
"wassallam..."

Santai minum petang... bersama pemimpin tempatan..,
sebelum bersiap untuk majlis seterusnya...!!

Sempat bertukar-tukar pendapat dengan pemimpin
setempat dan negeri... 
"serius Dato Seri dengar permasalahan berbangkit"

Dalam kesuntukkan masa, admin tak dapat "kejar" DSAI dan rombongannya ke Masjid Permatang Binjai SPU, beliau akan sampaikan kuliah Magrib pula. Jadi admin tunggu beliau diStadium MPSP Bertam untuk program "AMANAT PERDANA" malamnya saja.   

InsaALLAH, akan ada berita dari sana menyusul selepas ini...minta admin rajin aje, cepatlah postnya... 


**Dari Surah An-Naml : ayat ke90 yang bermaksud : " Dan sesiapa yang yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah tentu mereka akan ditumuskan mukanya kedalam api neraka, (sambil dikatakan kepada mereka) : "Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang telah kamu lakukan".


wallahhualam...terima kasih....As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily