Pembaca dikasihi ALLAH swt, bersyukur kita dapat bersama lagi..Alhamdullilah. Bolehlah admin berceloteh lagi dan muga anda pula tidak bosan membacanya.
Cuaca malam Sabtu 24 MAC 2012 cerah, sekitar Kompleks Sukan MPSP Bertam terang benderang dan meriah. Jka siangnya Stadium Kompleks Sukan ni tempat orang ramai beriradah, "Jogging" dan membawa anak bersiar-siar... malam ini ia bertukar 'rupa'...!!
Masa admin tiba mini stadium ni, orang tak ramai lagi. Kelihatan Penyelaras KADUN Bertam, Sdr Asrol Sani serta Sdr Mohd Izmir, S/U Biro Penerangan Keadilan negeri dan anak-anak buahnya sibuk menyediakan pentas ceramah. Admin pun "adjust" tempat disebelah rakan dari Mediarakyat yang akan buat rakaman program.
Hadirin mula memasuki padang, tepat jam 9.15 Sdr Yusri Yaacob (Penerangan AMK Penang) memulakan tugas sebagai MC majlis. Masa ni DSAI masih belum sampai, beliau masih menyampaikan kuliah Magrib diMasjid Permatang Binjai. Sementara menanti ketibaan DSAI, kita bersama beberapa penceramah setempat..... layan..!!
hadirin mula melepak dipadang MPSP Bertam...
siapa datang awal, dapat TIKET VIP depan sekali...!!
"Sang Pemidato" bersedia dipentas utama..
kiri : Ir Zamri Yusuf mantan senator negeri Kedah..,
YB Ahmad Kassim, MP Kuala Kedah..,
Tn Hj Johari Kassim, Ketua Penerangan PKR Penang..,
Ir Zakiyuddin, Pengerusi Masjid At-Taqwa & AJK PKR Penang..,
dan Sdr Khairil, AMK Penang
Ir Zamri ... penceramah pertama malam ini.. :
-Mengapa PM Najib minta maaf ?? Apa kesalahan umno??
-Takkan Kek harijadi Najim sampai RM80,000... kek besar mana??
-Pelabur luar negara yakin dengan iklim ekonomi Negeri Pakatan..
-Puji Kerajaan Penang yang "ekfisen" dalam pengurusan perbelanjaan..
-Bandingkan penyelewengan kerajaan Pusat..,
negara makin banyak "HUTANG" dibawah BN..,
Rakyat masih berhajat nak beri perintah lagi..??.. no more..!!
juga Pengarah Pilihanraya PAS Penang.. wakil tuan rumah..!!
Sempoi dgn pelikat & baju kurungnya... "low profile"...kikiki!!
(baru selesai sampaikan kuliah Magrib bergegas kesini pula)..
-BN & Umno suka bangkit & guna 3 isu dalam berpolitik..,
i). Ragukan Rakyat dengan KEAMANAN jika PR perintah Pusat...
kononnya negara akan kacau bilau, umno TIPU rakyat...
lihat aje Negeri Pakatan sekarang, ok apa...AMAN!!
sampai Ekonomi Penang berlebihan dari perbelanjaan...,
nak bukti apa lagi??
ii). Tiada pembangunan jika PR perintah...tipu lagi..!!,
pembanguna berterusan, tapi cara berhemah dan tidak membazir..
pemberian projek Telus dan utamakan Rakyat...
iii). Isu Perkauman ditiup setiap hari oleh Media pro BN,
menakut-nakutkan rakyat... tapi rakyat dah bijak...,
laugan Hidup Melayu nak kaburkan rakyat marhaen..,
Islam diketepikan...BN amalkan "ASSOBIYAH / RASIS"..
(memendekkan pidato, beri ruang kepada DSAI..)
**Semasa ini DSAI tiba... Ust Rosidi mengetuai
Laungan "Refomasi & Takbir - ALLAHHUAKBAR" ..
Bergema Kepala Batas malam itu dgn Suara Rakyat Marhaen
ketibaan Bakal PM ke 7 kita....kikiki!!!
ada yang marah ke??.. tapi ini tidak Mustahil berlaku..
dengan izin ALLAH swt, insaALLAH.. kerana Kebangkitan Rakyat
"Suara Rakyat, Suara Keramat".. anak admin selalu kata gitu..!!!
Tanpa buang masa, DSAI terus berPIDATO...
menyampaikan "Amanat Perdana" ... cara beliau yang turun
terus ke balapan padang, mendekati rakyat, mesra dan tak
hanya fokas dipentas ini, tidak mungkin berani diikuti dan
dibuat oleh pemimpin umno & BN...!!.. ADA BERANI??
Jenuh TV Mediarakyat dan Bodyguard kejar kesana-sini..
"tak larat admin nak ikut cara DSAI ni..".. tua dah ke admin ni??
kikiki!!!.. Power betul Pemimpin Rakyat ni...
Dengan ehsan pihak "mediarakyat.net" admin lampirkan disini
rakaman Video bagi memudahkan anda mengikuti Pidato DSAI...
sila klik link dibawah ini :
admin dah jimat masa, tak payah menulis panjang
dengan adanya rakaman ini... terima kasih rakan Mediarakyat.
Masa admin post dalam FB gambaran terus dari stadium hari tu,
ada yang kata.., "tak ramai pun, tipu aje.!!"..
sekarang saksikan sendiri....kikiki!!.. Tarak Tipu punya..!!
Media dan bodyguard, terpaksa ikut DSAI turun padang...
ni yang admin kata beliau 'berjogging" tu...kikiki!!
Admin ada tanya kat rakan-rakan media dan pengajur..
"agak-agak berapa ramai ye yang datang ni??"
Hj Anuar Hashim kata... "kira by blok sheikh".. .
Anak Sg Derhaka pula kata... "lebih 5000 ni"..
Cikgu Mat Akhir sahut pula... "7000 lebih ni bang"..
admin anggarkan tak kurang dari 8000 orang...wallahhualam
**jika ada 2 orang anak buah admin masa ni, boleh dia kira..
budak berdua tu rajin & suka main kira-mengira ni...kikiki!!
(Hafizam & Along...mana kamu pergi malam tu..??)
Diakhir ceramahnya, sebelum bergegas ke Sg Aceh Nibung Tebal,
(jam masa tu dah 1050pm, DSAI memang sibuk..)
DSAI menerima borang kemasukan 20 orang ahli baru PKR
dari Kg Dua Puluh Tepi Laut Penaga..
wakilnya, Sdr Ghazali bin Othman menyampaikan borang tu..
"asalnya dari Parti mana bang?"...admin malas nak komen...!!!
Selesai DSAI, tampil IR Zakiyuddin
AJK Penyelaras PKR Negeri.. sebagai tuan rumah,
beliau sampaikan terima kasih pada hadirin yang masih tunggu
pemidato seterusnya, walaupun DSAI sudah tiada...
-**admin difahamkan, Cikgu Bard tak sempat sampai,
beliau masih ada 2 ceramah di Nibung Tebal, ni dah jam 11 malam..
mood admin 'slow', dah mengantuk, tapi ...
program dipanaskan semula oleh Hj Johari Kassim
dan kemudiannya oleh YB Ahmad Kassim
(Rujuk post terdahulu.. klik dibawah )
Tuan Haji Johari Kassim, tokoh tempatan ..
-Menerangan sedikit sebanyak kedudukan dan kepincangan
kewangan MPSP sebelum PR memerintah Penang..
-Ajak orang Kepala Batas beri undi kepada Melayu
dalam PKR & PAS Kepala Batas, ganti Umno yang hanya
berfungsi sebagai pembangkang dalam DUN Penang..
-Ingatkan rakyat jangan terus tertipu dgn media pro Umno..,
biasakan diri dengan FB, Blog dan Internet, supaya dapat
maklumat sebenar dan adil dalam memilih Kerajaan
Saf Panglima Penggempur Pakatan Penang masa kini..,
sedang tekun memdengar "Amanat Perdana" DSAI..
kiri : Ust/Cikgu Mat Akhir, Tn Hj Anuar Hashim dan..
Ust Hadi (Muhasdey Muhamad)...
Admin cuba dapatkan gambar "Boss" malam ni Sdr Asrol Sani..,
tapi dia kata..."tak payah Bang, Orang KECIK aje saya ni.."
Dalam bersemangat nak jumpa DSAI dan ikut belajar erti
perjuangan IbuAyahnya...siKecil ini tewas dalam melawan
"Panggilan Mata" yang lebih kuat....kikiki!!
Siannya adik ni... BESAR nanti jadi macam DSAI ye..!!
"Demi Rakyat, Kerana Rakyat, Kepada Rakyat" bakti mu..!!
YB Ahmad Kassim... penutup malam itu...
Admin dah komen sebelum ini... cukup dgn Sajaknya..
Sampai kita jumpa lagi... salah silap dalam berceloteh, admin minta jutaan ampun dan maaf... yang baik dari ALLAH swt, yang silap atas kelemahan admin...!!!
**Dari Surah Adz-Dzaariyaat : ayat ke 5 - 11 yang bermaksud : " (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar. Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaanya, Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlain-lain pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw). Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan ALLAH (dengan sebab keiklasannya mencari kebenaran). Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan)".
wallahhualam....terima kasih....As'salam...