Tuesday 31 January 2012

RM 24,598.50 untuk roadtax sahaja...Malaysia hebat.


Ada orang kata, siPolan tu punya kereta, ada yang kata siAnu tu punya kereta. Tak kisahlah siapa yang empunya kereta, yang admin tertanya-tanya, berbaloi ke berhabis duit untuk semua ini. Jika semua ini diperuntukkan atau dihabiskan untuk RAKYAT alangkah HEBATnya insan ini. Jika RM 24,598.50 untuk roadtx saje, berapa pula harga kereta ini ye???.

Dalam pada itu admin suka mengimbas peringatan ALLAH swt dari Surah Al-Munaafiquun (ayat ke 10) :

"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sesaorang dari kamu sampai ajalmaut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya : "Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal mati ku, kesuatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang salih".

Agaknya kemewahan ini semua dapat membantu kita di Mahsyar kelak.???.

Ya ALLAH, hindarilah kami yang lemah ini dari Sikap Melampau-lampau dalam hidup sehari-hari.

Wallahhualam.

Karnival Penerangan Terkini : Dari 3 Feb 2012 hingga 7 Feb 2012.


Semua dijemput hadir, demi merealisasi impian kePutrajaya, insaALLAH.
Ceramah Khas : Pada 3 Feb 2012 (Jumaat) di Dewan Besar Sungai Dua, Butterworth.
 KarPenTer : dari 4 Feb 2012 (Sabtu) hingga 7 Feb 2012 (Selasa) 
di Dewan JKKK Simpang Empat Permatang Buluh, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Selamat Tahun Baru Cina "Tahun Naga".

Sidang Penaga Daily mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Malaysia yang berbangsa Cina khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. 
Selamat "Tahun Naga". 
Majlis sambutan peringkat negeri telah diadakan pada 28.1.2012 di Padang Bandaran Butterworth.


Penyelaras Kadun Penaga, Ustaz Rosidi Hussain turut memeriahkan majlis pada hari tesebut. 


Ustaz Rosidi Hussain serta ADUN Komtar, YB Ng Wei Aik


Rakan-rakan dari kaum India turut bersama memeriahkan Majlis.
Ahmad Tarmizi Abdullah bersama Ustaz Rosidi.

Berita Menarik Penaga Daily