Tuesday 20 September 2011

MAT SABU DIBICARA ESOK ( 21HB SEPT ) DI MAHKAMAH SEKSYEN BUTTERWORTH - PENANG.


Mohamad Sabu atau Abang Mad yang merupakan Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia ( PAS ) akan dihadapkan ke mahkamah sesyen Butterworth esok 21hb September jam 9.00 pagi dibawah seksyen 505 Kanun Kesiksaan.

Mahkamah Butterworth juga dijangka akan mengalami kesesakan kerana diperkirakan hampir ribuan penyokong akan bersama-sama Mohammad Sabu bagi memberi sokongan moral. Berikutan itu beberapa sekatan jalanraya disekitar jalan masuk menuju Butterworth bakal diadakan bagi memantau keselamatan orang awam.

Tuesday 13 September 2011

MALAYAN UNION



Pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini, antaranya kerana gagal menyelusuri dan memahami sejarah. Ada yang mempertikaikan institusi raja  dan membangkitkan hak orang Melayu. Mengambil iktibar dari peristiwa lalu, jelas kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak keoada kekukuhan jati diri setiap warganya, kewibawaan pemimpin dan kedaulatan raja-raja.

Malah pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdeka dan membangunkan negara ini wajar dihargai dan dijadikan teladan oleh semua. Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat tidak mengira kaum, bangsa dan agama yang dianuti.

Dalam sekian lama mempertahankan hak dan kedaulatan orang-orang Melayu, Raja-raja Melayu tidak sekali-kali mengenepikan hak kaum lain. Sebagai rakyat kita perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap raja kita.

Oleh itu marilah kita hayati pengajaran daripada peristiwa Malayan Union. Setelah tamat perang dunia kedua, British telah mentadbir semula Tanah Melayu melalui Pentadbiran Tentera. Dalam pada itu, kerajaan British telah bersedia dengan satu sistem pentadbiran sivil yang mengejutkan seluruh rakyat Tanah Melayu iaitu Malayan Union.

Pentadbiran Malayan Union (1.4.1946 -1948), secara umumnya telah menukar taraf kedudukan Tanah Melayu sebagai sebuah negeri naungan kepada negeri jajahan British. Kuasa pentadbiran Tanah Melayu terletak sepenuhnya kepada Gabenor British. Ini menyebabkan raja-raja Melayu bukan sahaja kehilangan kuasa melindungi rakyat negerinya malah turut kehilangan kuasa memerintah negeri masing-masing. Sebaliknya bidang kuasa baginda hanya dihadkan kepada hal-hal berkaitan adat resam dan agama Islam sahaja.

Malayan Union juga memperuntukkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura tanpa mengira bangsa termasuk juga pendatang yang telah tinggal melebihi 10 tahun. Warganegara Malayan Union juga akan memperoleh hak-hak yang sama termasuk penerimaan masuk ke dalam perkhidmatan awam.

 Kuasa raja-raja Melayu dan persoalan kerakyatan di bawah Malayan Union ini telah membangkitkan kemarahan seluruh orang Melayu. Perasaan tidak puas hati ini mula tersebar luas. Suara-suara kritikan diluahkan dalam akhbar-akhbar Utusan Melayu, Majlis dan juga Warta Negara.  Para cendekiawan dan pemikir menyuarakan keresahan dan melontarkan idea bagi membangkitkan semangat agar orang Melayu bersatu dalam menggalas masalah yang dihadapi secara lebih telus dan bersepadu.

Situasi ini akhirnya telah mencetuskan satu gelombang bersepadu antara suara rakyat dan pemerintah dalam menentang dasar Malayan Union. Kemunculan Malayan Union menyuntik kesedaran orang Melayu bahawa perjuangan besar untuk mendapatkan kembali maruah dan kedaulatan negara tidak mungkin tercapai dengan suara minoriti.

 Menyedari hakikat ini, satu kongres yang menghimpunkan 41 buah persatuan Melayu seluruh negara diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Selangor pada 1 hingga 4 Mac 1946. Kongres ini didokong dan digerakkan oleh Zainal Abidin Ahmad (Zaaba), Pengerusi Persekutuan Melayu Selangor, Dato Onn Jaafar, Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung dan Dato Panglima Bukit Gantang, Yang Dipertua Ikatan Melayu Perak, bersama-sama pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu yang lain di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Kongres Melayu yang pertama ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Dalam ucapan perasmiannya, baginda Sultan amat menyokong penuh penubuhan sebuah Persatuan Umat Melayu yang kuat di Tanah Melayu bagi menjamin kepentingan dan hak orang Melayu serta negara terus terpelihara. Kongres yang berlangsung selama empat hari tersebut telah membuat tiga ketetapan utama iaitu, penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), membantah penubuhan Malayan Union dan mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu. 

Dengan ketetapan tersebut, akhirnya UMNO secara rasminya diisytiharkan penubuhannya  pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor.  Cogankata ”Hidup Melayu” mendasari perjuangan UMNO pada ketika itu yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Apabila Tunku Abdul Rahman mengambil alih pucuk pimpinan UMNO, cogankata ”Hidup Melayu” ditukar kepada ”Merdeka”. Berlandaskan cogankata ini, perjuangan UMNO diperhebatkan sehingga negara berjaya beroleh kemerdekaan.

Kejayaan tersebut adalah hasil permuafakatan dan sokongan padu seluruh rakyat kepada pemimpin dan Raja-raja Melayu. Rakyat mulai sedar, kita tidak boleh selamanya berada di bawah telunjuk penjajah. Fenomena ini merupakan satu kejutan besar  kepada pihak British yang sentiasa beranggapan bahawa orang-orang Melayu adalah bangsa yang lemah dan pasif dalam mengendalikan keperluan serta kepentingan masyarakat mereka sendiri.

Rentetan peristiwa sejarah negara ini amat penting difahami dan dihayati oleh semua rakyat negara ini, tanpa mengira lapisan masyarakat dan batas kaum. Malayan Union walaupun singkat usianya, meninggalkan impak yang amat hebat dan ia merupakan satu pengajaran yang amat berharga buat kita semua sebagai generasi pewaris.  

Satu perkara menarik yang perlu diketahui umum, kegagalan pelaksanaan Malayan Union di Tanah Melayu tidak langsung bergantung kepada kekuatan bala tentera atau jumlah senjata yang digunakan. Tidak juga melalui sebarang pertempuran atau keganasan. Sebaliknya, penentangan yang diajukan adalah melalui pergabungan kuat suara rakyat serta pemimpin yang dipayungi Raja-raja Melayu. Penyatuan suara ini juga amat unik sehingga dapat merungkai segala percaturan dan rancangan rapi yang disusun oleh pihak British.

Jalinan erat kerjasama antara rakyat, pemimpin dan raja ibarat selirat akar di umbi. Teguh akar dan umbi, maka teguhlah pokoknya.Cetusan semangat dan inspirasi dari Malayan Union perlu diambil dan disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa jua kemelut dan keadaan. Ketelusan, kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara ke arah kemajuan yang seimbang, kemakmuran dan kesejahteraan.

Hakikat yang perlu kita fahami ialah institusi raja yang diwarisi secara tradisi sejak dari dahulu ini sesungguhnya amat penting buat kita semua dan wajar untuk ia dipertahankan bersama. Jika hilang tradisi ini, maka hilanglah tonggak warisan negara. Dan hilangnya juga tidak akan berganti lagi.

sumber : www.arkib.gov.my

Gerakan Komunis Di Tanah Melayu.

Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )

TARIKH
PERISTIWA
6 Jun
Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.
12 Jun
Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis.
14 Jun
Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Jun
Tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.
17 Jun
Darurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA.  Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor.
21 Jun
Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.
28 Jun
Peraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang.
29 Jun
Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar  Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai.
1 Julai
Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.
5 Julai
Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.
7 Julai   
Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.
8 Julai
Salah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.
9 Julai  
Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.
10 Julai
Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas  komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur.
12 Julai  
Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.
14 Julai
4 orang awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita   dibunuh di Ulu Yam, Selangor.
15 Julai
3000 anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Julai
Lau Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh dalam satu serangan di Kajang Selangor.
17 Julai
300 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang polis terbunuh dan 14 orang cedera.  Pekan Gua Musang telah diduduki oleh pengganas selama beberapa hari.
20 Julai
Seorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina telah di bunuh.
21 Julai
Pengumuman mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak.

Sumber : www.arkib.gov.my

 

Wednesday 7 September 2011

Ceramah UMUM - Muhammad Sabu ( Mat Sabu ) di PASTI Kg Sekolah , Juru pada 9hb September 2011 Pukul 9.30 Malam.


SEMUA LAPISAN DIJEMPUT HADIR KE CERAMAH UMUM 
OLEH TUAN HAJI MUHAMMAD SABU :

PASTI KG SEKOLAH , JURU

09HB SEPTEMBER 2011

9.30 MALAM

Saturday 3 September 2011

BUKIT " PEKONG " - MAT SABU BERSALAH !

Riuh sekampung boleh lagi ditahan tapi kalau dah riuh senegara jadi susahlah pulak nak tahan. Kisah Bukit Kepong edisi Mat Sabu memang memeningkan kepala orang Umno sebab kisah Bukit Kepong yang diceritakan oleh Abg Mat dah bertukar jadi kisah Bukit Pekong.

Kenapa pulak jadi Bukit Pekong? Ialah sebab dah pecah pekong di dada Umno. Dah terkeluar bau busuk yang disimpan selama hampir 61 tahun.

Bagi saya Abg Mat ( Mat Sabu ) tetap bersalah tentang cerita Bukit Kepong ni. Salah Abg Mat Sabu terlalu besar bagi saya. Sepatutnya abg mat kena mohon maaf balik dari dari Rakyat Malaysia kerana tidak sepatutnya abg mat menceritakan kisah Bukit Kepong versi abg mat secara terbuka begitu kepada telinga yang masih lagi dijajah.
Salah abg mat yang paling saya tak dapat maafkan ialah sebab abg mat menceritakan kisah ini kepada telinga tali barut penjajah. Dalam keadaaan mana sekalipun mereka tetap akan membutakan hati dan kenyataan yang sepatutnya di terima oleh orang Melayu. Akhirnya kisah mereka akan diabadikan sebagai Bukit Pekong.

Dari cucu
Mat Kilat.
***Ditulis seperti email yang kami terima.





Thursday 1 September 2011

Kisah dan Tauladan - Berhati-hati ketika memukul anak.


Sepasang suami isteri – seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !’


‘Saya tak tahu Tuan..! ‘

‘Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’ katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut . Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu.. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah’ kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

‘Abah.. Mama… Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis….

‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..


Berita Menarik Penaga Daily