Friday, 16 March 2012

KERANA MU SAMSENG EPISOD 1 : "HIJRAH" DARI PTG RAMBAI KE KG BARU PENAGA - "CERAMAH TETAP CERAMAH"

As'salam dan Salam Sejahtera... kebahagian, keselamatan dan kesihatan yang baik didoakan buat semua....AMIN...!!!


Jika dizaman Rasulullah saw ada "Hijrah Nabi" dari Makkah ke Madinah... malam 15 MAC 2012 (awal malam 23 Rabiul Akhir 1433), berlaku pula "hijrah ceramah" dari Ptg Rambai ke Kg Baru Penaga. Dalam usaha "meredakan"  gangguan SAMSENG yang suka melakukan provokasi terhadap program ceramah dikebekalangan ini, dengan nasihat dan arahan pihak Polis, lokasi tapak ceramah ditukarkan disaat-saat akhir.

ISUnya.!!, kenapa SAMSENG ni "berminat dan bersemangat" sangat nak "JOIN" Ceramah Pakatan Rakyat, tapi dengan cara tidak "BERMORAL". Budaya "Raja Rimba" dijadikan amalan.?? Sedangkan Pakatan Rakyat hanya mahu menyalurkan maklumat sebenar, tepat dan telus kepada Rakyat Marhaen. Kerana jika mereka (PR) mahu gunakan MEDIA TV, RADIO dan AKBAR ARUS PERDANA (Harakah hanya untuk Ahli PAS) macam negara-negara lain..... SORRY.!! Tunggulah sampai MATI .... kikiki!!!

Ada sahabat admin yang marah dengan penganjur, "kenapa perlu ikut cakap Polis dan takut dengan Samseng??".. admin tak nak komen panjang, cukup admin ingatkan mereka dengan "Sirah Rasulullah saw" semasa Perjanjian Hudaibiah. 

"Betapa Rasulullah saw sedia BERALAH ketika Saidina Ali marah dalam mencatit surat perjanjian, dipaksa gugurkan puji-pujian kepada ALLAH swt dan Rasullullah saw, demi kepentingan Mencapai Kejayaan Dimasa Depan... pendekatan inilah yang diikuti oleh pengajur dan barisan pemimpin Pakatan Rakyat Kepala Batas malam ni".... syabas..!!

Mari kita balik pada Pengisian Ceramah... 

Malam itu lepas Isyak, seperti biasa admin diiringi isteri & "2 bodyguard" setia, sampai ke Markaz PAS Surau Lebai Pak Ya' Kg Baru, Penaga. Dah lama admin tak singgah disurau ni, semenjak admin bertukar Taraf Bermastautin, cuma dalam bulan Ramadhan sahaja admin rajin berkunjung kesini (pasal ada tazkirah lepas Solat Tarawih). 


Hadirin dah mula sampai... rujuk berita bergambar :

 Sedang menunggu kehadiran penceramah, masih awal...!!
admin dapat tahu, ada penceramah yang masih bermesyuarat...
sibuknya pemimpin-peminpin Pakatan Rakyat ni ye.. 
hadirin sabar melayan masa dengan tayangan Filem Perjuangan Palestine

sementara tu ada hadirin yang BERSHOPPING sakan
 di Supermarket "Mee Segera" yang ujud secara tiba-tiba..kikiki!!

 Jom ambil tempat, lambat sat lagi tak nampak muka penceramah..
tapak ceramah mula dipenuhi pengujung....!!!

 Dataran Lebai Pak Ya' mula dipenuhi... datang last duduk luar pagar
TIKAR tempat duduknya..kikiki!!! PAPER utusan... kikiki!!!

Bertuah Almarhom Lebai Pak Ya'.... wakafnya dimanafaatkan
bagi Menyemarak Perjuangan Generasi seterusnya...ALLAHHUAKBAR !!

Saudara Anuar Omar, Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Kepala Batas ambil tempat memulakan majlis... mari kita layan Siaran Tertunda dari Pentas Ceramah :

 "Assalmmualikum..." hang pa siap ... Cek dah dapat Mickofon, 
Nak keluar kat TV3 & RTM memang tak ada "CHAN"..
Cek nak belasah cukup-cukup....kikiki!! Lepas geram ke Nuar !!!
-Umno terdesak guna Samseng ganggu ceramah, 
demi kesejahteraan umum dan tak mahu gaduh-gaduh, pengajur
pindahkan Tapak Ceramah ke Kg Baru dari Ptg Rambai secara mengejut... 


-Komen pulak pasal Adam Adli anak kelahiran Kg Baru Penaga 
 yang dah bangkitkan gerakkan Mahasiswa dan Anak Muda masa kini,
Adam Adli akan bagi ceramah kali kedua diKepala Batas 
pada 18 MAC 2012 (Ahad), depan Affin bank Taman Sepakat
(**sempat kamu buat iklan ye Nuar..kikiki!!!)
minta ibubapa pun turut bantu dan sokong kebangkitan rakyat.


-Bagaimana pula kerajaan Pusat yang berkerjasama dgn Israel, 
tapi tuduh Pakatan Rakyat yang berkawan dengan Negara Haram tu...
Siap edit, potong memotong dan spin ucapan DSAI, dalam bab Israel.. 


*Last-last Pengerusi kena "warning" dari pendengar...minta bagi
penceramah naik pentas cepat.... kikiki!!. dah tak sabar msing-masing
nak dengar bidasan penceramah.... relax Nuar...kikiki!!

Sdr Steven Sim Bendahari DAPSY (kemeja putih)
bersama Pengerusi Majlis Sdr Anuar Omar...
Seorang PAS, seorang DAP..
pemuda-pemuda Pakatan Rakyat Penang
Sedia gempur satu lagi Kubu Umno/BN Kepala Batas..Tahniah.!!

Penceramah pertama malam ni naik pentas, Sdr Johari Kassim... Ahli MPSP & Ketua Whip PKR, juga Ketua Penerangan PKR Penang :

-Pengalaman 2 penggal dalam pemuda umno, tinggalkan umno 
kerana mula lihat umno tidak lagi memperjuangkan 
hak dan kepentingan ISLAM, MELAYU & RAKYAT, 
good bye, babai, tata pada umno pada zaman Umno 1998.
-Jika DSAI seorang Tim PM yang berkuasa (imbau kisah lama), 
tak berupaya dan tak dapat dibela secara adil
(selagi tidak terbukti / didapati bersalah dalam mahkamah)... 
macammana nak pelihara dan bantu Rakyat Marhaen..!! 
disini umno dah mula tipu rakyat ....kikiki!!!

-RM68 juta diterima umno Penang untuk pampasan tanah yg terlibat
dalam pembinaan jejantas Projek Landasan Kembar KTM, hilang kemana??
-Melayu akan susah selamanya jika tak ubah selepas 54 tahun.
- Cina dah sedar dan tolak BN.. kerana MCA dan Gerakan hanya
nak kaut untung bagi Kroni sahaja...rakyat diabaikan...
-Pegang Biro Ekonomi 2 penggal, tak ambil apa-apa projek untuk diri..
sangup hilang peluang nak Kaya (jika masih dalam umno) demi kebenaran
-YB-YB umno/bn Kepala Batas tak turun padang lepas PRU, 
dah dekat nak PRU muncul balik...biasalah Bro....kikiki!!!

*Masih dengan Sdr Johari Kassim ....
-Ada Ketua Cawangan umno sebat duit Repair Surau, 
repair cin-cai aje, lebih banyak peruntukan masuk poket sendiri... 
jika cawangan dah KORAP.. org yang ATAS-ATAS ??
lagi hebat menyapu projek dan komisyen....!!
-Anak Muda keluar Univesiti, dapat hutang PTPTN sebelum dapat kerja
-Penang beri imbuhan / penghargaan pada Rakyat setiap tahun lepas PRU,
BN tunggu dekat PRU baru nak SOGOK rakyat...
-BN terdesak, Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)..
lebih teruk dari yang dulu.. tak menguntungkan staff bawahan..
flip-flop oleh PM Najib buat keputusan..
selepas didesak PR, batal pelaksaan baru...kekal hak lama..

-Gaji Polis / Tentera naik selepas didesak PR, 
JOM Polis & Tentera sokong PR pulak...
-Seru Rakyat Kepala Batas beri peluang PAS & PKR jadi
Wakil Melayu dalam DUN Penang pula, 
umno tak mampu buat apa, sebab jadi pembangkang dalam DUN...
-Projek NFC beli Kondo Peribadi..
-Pernah dipecat oleh CM LGE dari MPSP kerana suka lawan CM,
tapi tetap pegang perjuangan kerana KEBENARAN, dilantik semula..
-Minta penduduk setempat, chek / semak / lihat rumah-rumah
YB-YB kawasan Kepala Batas... bezakan dengan rakyat...
**ada aku kisah sama rakyat...kikiki !!

Sampai giliran Sdr Steven Sim, Ahli MPSP, Bendahari Pemuda DAP (DAPSY) Penang menghangatkan Pentas Ceramah....: 

 -Masih mulakan ceramah dengan beri Salam cara Muslim... 
admin masih terus DOAKAN beliau dapat Hidayah ALLAH, 
agar jadi MUSLIM satu hari nanti....insaALLAH...AMIN..!!
-Ulas debat CM Lim Guan Eng vs Chua Soi Lek (Boos MCA),
*isu kenapa Penang tak hapus TOL? CM LGE jawab,
Pasal kuasa PLUS ditangan Pusat,
tunggu PR jadi Kerajaan Pusat, kita buat...
*isu Org Cina yang undi DAP dikatakan ; 1 undi DAP = 1 undi PAS, 
 maknanya DAP undi Islam, (anti Islam rupanya Soi Lek ni)..
DAP jawab : baca ayat ke 6 Surah Al-Kaafiruun,
Sim siap baca "Lakum dinukum waliya'din"
(Sdr Muslim cari sendiri maknanya ya... 
tak kan semudah itu pun admin nak bantu).. kikiki!!!

-Lapuran dari STAR (milik MCA), yang PM Najib buat 2 kerja yang
bertentangan dalam satu hari nak kabur mata rakyat pada FEB 2012,
*Pagi rasmikan Persatuan Silat yang jadi Lambang Perjuangan Melayu, 
diberi anugerah Khalifah bla-bla-bla (panjang, admin tak ingat)..
bila petangnya rasmikan Kuil/Wat Siam dan kata :
Kerajan BN iktiraf kaum warga Siam sebagai Bumiputra yang layak 
dapat pinjaman MARA, layak join Saham ASB dan sebagainya...
(lu fikirlah sendiri maknanya ya....kikiki!!!)


-Di Arab, Mesir ada laung dari Muslim & Kristian "Irhar Israel"
disini kita laungkan "Irhar BN...Irhar BN" 
(betul ke nahu tu? belasah aje Sim!!, salah tanya Ust Yusni Mat Piah).
-Pendirian DAP atas isu Israel jelas menentang Negara Haram..
 *awal 2002 Teresa Kok kecam Israel.. 
*2010 Lim Kit Siang pula umum tentang kekejaman Israel.
*Oktober 2010 MP Bakri (DAP) dihalau dari Parlimen kerana
soal isu kekejaman Israel masa sidang dewan, 
sampai sekarang belum berjawab..
*jelas DAP laknat Israel...

-Kes dadah, 10000 penagih baru dalam tahun 2010.
-Menteri tak amanah, songlap duit rakyat, menyebabkan Malaysia
MUFLIS kewangan dan Muslis MORAL..!!!
-Sanggup buang Kepala Khinzir dalam dan depan Masjid,
bagi naikkan sentimen Perkauman...kerja siapa ???
-MAC hina Islam, Umno takut jika rakyat Cina, Melayu, India bersatu..
kerana Perpaduan Pelbagai Bangsa adalah RACUN kepada BN
yang amal Pecah & Perintah ikut warisan Penjajah.
(Sim baca terjemahan Al Quran, Surah Al-Hujuraat ayat 13)...
*ambik KAU Melayu umno, DAP kawan PAS kenal Islam..kikiki!!

-PR janji 3 perkara jika perintah PUSAT lepas PRU13..
1. Jaga ekonomi dan semak beban Rakyat, hapus Tol, 
turun harga minyak, hapus PTPTN yang beban Mahasiswa....
2. Hapuskan Rasuah, sistem KRONI, ketirisan belanja wanag rakyat,
pakai CAT (Cekap, Akauntabel, Telus).
3. Hapuskan "ASSOBIYAH" dalam Malaysia.... 
*adil dalam menjalankan pemerintahan kerajaan
(lagi sekali Sim baca terjemahan Al Quran), 
Surah Al- Maa'idah ayat ke 49, sila cari sendiri maksudnya..
**TETAPI untuk mudahkan kpd Non Muslim...admin turunkan 
terjemahan ayat itu pada penutup POST ini....kikiki!!

 Sdr Steven Sim, sempat "twitt"... info terkini...
Ust Yusni Mat Piah, Ketua pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
sedang tunggu giliran nak naik "Podium"...
Ustas..!!, menjeling nampak...kikiki!!!


Sementara menanti sambungan berita tertunda ini, bolehlah tuan/puan dikasihi ALLAH swt pergi membawa anak dan isteri BERIAYADAH.. pergilah mana-mana lokasi menarik sementara CUTI sekolah anak-anak masih berbaki ni...kikiki!!... tunggu EPISOD 2..


**Dari surah Al-Maa'idah : ayat ke 49 yang bermaksud : Dan hendaklah engkau menjalankan hukum diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh ALLAH dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan jaga-jagalah supaya mereka tidak memesungkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH kepada mu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum ALLAH itu), maka ketahuilah, hanyasanya ALLAH mahu menyeksa mereka dengan sebab sesetengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakkan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik".


wallahhualam....terima kasih.... As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily