Saturday 30 July 2011

UMNO Pulau Pinang semakin lemah?

Isu Ketua Menteri Cina yang dimainkan oleh Umno akhirnya memakan diri apabila mereka terlupa bahawa Koh Soo Koon juga adalah berketurunan Cina. Soo Koon yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang adalah Ketua Menteri ketika Umno memenangkan pilihanraya DUN di negeri Pulau Pinang.

Kini, Umno Pulau Pinang yang semakin cetek isu dan akal menjadi semakin lemah apabila beberapa DUN akan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Tidak perlulah kita nyatakan DUN manakah. Yang penting sekarang ini , PRU 13 bakal membenamkan sokongan rakyat terhadap UMNO di Pulau Pinang.

perkara ini adalah satu keputusan yang bakal membela nasib rakyat Pulau Pinang sekiranya Pakatan terus diberi kepercayaan oleh rakyat Pulau Pinang.


NAIK FERI PELAN-PELAN
SUPAYA TAK  SESAK DI SEBERANG
PRU 13 UMNO MENGKELAN
SEBAB PAKATAN RAKYAT TAK MAMPU DI SERANG



Mat Sabu & Mujahid akan bertanding di Pulau Pinang?

Abg Mat atau Mat Sabu atau Muhammad Sabu adalah antara calon yang bakal mengisi ruang di Pulau Pinang? Dan seorang lagi calon yang bakal mengikut jejak untuk menjadi calon adalah Dr Mujahid Yusof Rawa?

Memang sejak seminggu dua ini nama Abg Mat dan Dr Mujahid telah disebut-sebut bakal bertanding di Pulau Pinang dalam beberapa cadangan namun perkara ini belum diputuskan lagi oleh pihak yang mempunyai mandat untuk menentukan calon di Pulau Pinang.

Masyarakat di Pulau Pinang pun memang menyambut baik cadangan tersebut memandang kedua-dua nama calon yang dikatakan itu mempunyai peminat dan sokongan dari semua lapisan dan pelbagai bangsa.

Diharap kehadiran kedua-dua calon itu dapat mencorakkan Pulau Pinang dalam mercu kebajikan yang lebih optima sekiranya memenangkan pilihanraya yang bakal tiba tidak lama lagi.


Parlimen di bubar dalam bulan ramadhan ?

Ramadhan tahun ini mungkin membawa seribu makna kepada rakyat Malaysia sekiranya benar dengan dakwaan desas-desus yang mengatakan bahawa Parlimen Malaysia bakal di bubar dalam bulan Ogos ini.

Pun begitu , perkara ini memang susah untuk dinilai dan diterima dek akal kerana banyak perkara lain menjadi penghalang kepada pembubaran Parlimen pada Ogos ini.

Sekiranya Parlimen di bubar dalam Ramadhan bermakna Pilihanraya Umum akan berlaku dalam bulan Syawal. Menarik juga perkara seperti ini berlaku dalam abad yang benar-benar mencabar kewibawaan rakyat untuk memilih sebagai pengundi yang akan menentukan siapakah yang layak memegang Panji Putrajaya.

Pakatan rakyat yang semakin mendapat hati di mata rakyat menantikan satu pilihanraya yang adil agar cita-cita menyelematkan rakyat dari kemungkaran dapat dilaksanakan.

Doa dan harapan di awal Ramadhan ini semoga Parti Islam Se-Malaysia mampu memartabatkan Islam mengikut acuan Rasulullah s.a.w. Amin

Friday 22 July 2011

MAT SABU AKAN DIPENJARA?

Abg Mat atau Mohamad Sabu yang merupakan senjata nuklear bagi Pakatan Rakyat kemungkinan akan menghadapi hukuman penjara sekiranya beliau di buktikan oleh mahkamah bahawa dakwaan dilanggar oleh Polis adalah tidak benar. 
 
PDRM memaklumkan bahawa tiada kenderaan Polis yang melanggar motosikal yang dibonceng oleh abg Mat tetapi kejadian yang menimpa Mohammad Sabu itu adalah disebabkan kelalaian pembawa motosikal kerana terlanggar pembahagi jalan. Kenyataan itu kini berluasa disebarkan melalui berita nasional dan akhbar tempatan.

           .............................................................................................................................................

Dunia hari ni macam-macam boleh berlaku. Ada yang berani buat tapi tak berani nak mengaku. Ada yang tak buat tapi disuruh mengaku. Apapun kita berharap bahawa abg Mat kita tak kena penjara untuk kes ni. Kalau abg Mat kena penjara takut nanti seluruh penjara pandai buat demo pulak nanti sebab abg mat ni dikalangan pihak pembangkang di Pulau Pinang terkenal dengan Mat Demo.

Tetap Solat Walau Tangan Di Ikat.

 
 Kelihatan didalam gambar pemuda sedang menuaikan solat dengan  tangan di ikat. Kejadian ini dikatakan berlaku pada 09hb Julai 2011.

Monday 18 July 2011

UITM PERKENALKAN ANUGERAH IBRAHIM ALI PERKASA.

Datuk Ibrahim Ali Perkasa
UITM akan memperkenalkan anugerah Ibrahim Ali Presiden Perkasa kepada siswanya dan akan menerima lima ribu ringgit Malaysia sekiranya berjaya dipilih sebagai penyandang anugerah tersebut.

Ini adalah julung-julung kali anugerah sedemikian diberikan kepada mahasiswa terpilih dengan beberapa kriteria yang telah dinyatakan di dalam borang pencalonan.

Kita lihatlah mahasiswa manakah yang mahu menyandang anugerah tersebut sebagai Mahasiswa Perkasa. Anugerah sedemikian memang baik cuma nama anugerah itu saja yang nampak kurang sesuai kerana sejarah belum membuktikan siapa Ibrahim Ali yang sebenar.


Al-Fatihah Kepada Allahyarhamah Dr. Lolo Srikandi Pejuang Parlimen Titiwangsa.

Allahyarhamah Dr. Lolo

Al-Fatihah kepada srikandi pejuang rakyat dari Parti Islam Se-Malaysia Allahyarhamah Dr. Lolo Ghazali yang telah kembali ke rahimatullah kira-kira pukul 10.15 malam tadi ( 17hb Julai 2011 ).

PPK Penaga Hj Rosidi bin Hussain mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga beliau sebaik sahaja dihubungi oleh Penaga Daily untuk pengesahan berita ini. Semoga roh beliau ditempatkan beserta dengan orang-orang yang beriman dan syuhadah. 

Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid Al-Arqam Dato Keramat dan mula di banjiri oleh kaum keluarga dan orang ramai. Bagi mereka yang ingin menziarahi jenazah beliau maka bolehlah terus ke Masjid Al-Arqam Dato Keramat.



Friday 15 July 2011

Hospital Islam P Pinang di Kepala Batas akan jadi realiti.

oleh Fakhri Ali     
KEPALA BATAS, 14 Julai: Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.

Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.

Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan.

"Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima.

"Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini.

"Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Exco Agama Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Agama Islam P.Pinang, Ellias Zakaria dan Timbalannya, Datuk Mohd Salleh Man.

Dipetik dari : Harakah Daily

Wednesday 13 July 2011

3 SEKAWAN DIKATAKAN BOM DI KOMTAR.


Panggilan telefon mendakwa ada bom di Komtar, di Georgetown, petang semalam, yang memaksa polis mengosongkan bangunan itu membawa kepada penemuan tiga beg yang masing-masing mengandungi seekor anak babi, biawak dan itik hitam.

Beg berwarna biru, hitam dan merah itu ditemui ditinggalkan di depan pintu lif di tingkat tiga bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan termasuk Pejabat Ketua Menteri.

Marah dengan perkara berkenaan, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayob Yaakob berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu.

“Ini kerja gila dan kita akan siasat. Ini perbuatan tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang padah. Saya bagi amaran kepada semua, jangan main-main. Ini sudah melampau,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas kejadian itu, Ayub berkata polis menerima panggilan ancaman bom kira-kira pukul 4 petang.

Susulan itu polis mengosongkan Komtar dan sepasukan Unit Pengesan Bom dan Unit Anjing Pengesan K9 dihantar ke situ.

Polis menemui tiga beg yang dalam keadaan mencurigakan, namun apabila dibuka masing-masing mengandungi tiga ekor anak haiwan terbabit.

Ayub berkata usaha mengesan pelaku sedang dibuat termasuk menerusi rakaman kamera litar tertutup.
Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pemimpin kerajaan negeri berdasarkan tag nama mereka yang diikat pada beg terbabit.

Bernama

..............................................................................................................................................................

*** Kata orang tua-tua : Khinzir bermaksud Kaum Cina , Itik bermaksud Kaum Melayu dan Biawak bermaksud Kaum India. Kaum-kaum lain mungkin si perlaku belum dapat ikon jadi memang haiwan lain tidak di masukan sebab bukan mudah nak cari ikon bagi setiap kaum di Malaysia.

CERITA HANTU YANG SANGAT TAKUT UNTUK DI BACA

MOHAMAD SABU ( ABG MAD ) AKAN JALANI PEMBEDAHAN LUTUT.


Seberang Jaya - Sebaik saja habis program Penerangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadiri lebih dari 10 000 orang , Abang Mad atau juga dikenali oleh pihak lawan sebagai Mat Sabu terlihat senyum dengan sokongan rakyat yang tidak berbelah-bahagi yang hadir untuk mendengar ceramah malam tadi ( ahad ). Abang Mad yang ditemui diatas pentas dengan kerusi roda memberi amaran semasa dalam ceramahnya bahawa Himpunan Bersih 3.0 akan menyusul sekiranya tuntutan Bersih 2.0 tidak diendah oleh pihak BN. 

Abang Mad yang mengalami kecederaan di lutut semasa perhimpunan Bersih 2.0 yang lalu akan menjalani pembedahan pada hari Jumaat ini. Beliau juga mengulas dalam sesi ceramah beliau bahawa rakyat semakin bijak dan demokrasi yang dijanjikan kepada rakyat seharusnya diberikan ketika rakyat menuntut untuk bersuara.

Perhimpunan Bersih 2.0 yang pada mulanya dianjurkan sebagai perhimpunan aman bertukar menjadi satu mimpi hitam kepada Umno apabila banyak stesen-stesen tv dari luar negara mengutuk sistem demokrasi dan cara Polis mengendalikan perhimpunan aman. 

Semoga titik hitam pada 9hb Julai itu ditebus oleh rakyat melalui PRU ke 13 nanti. InsyaAllah , Takbir !

Sunday 10 July 2011

AL-FATIHAH : 1 peserta BERSIH meninggal dunia.


KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.

Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor.

Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.

"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak loarat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.

Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana.




Tuan Guru Presiden PAS bersama rakyat menuntut Pilihanraya yang adil dalam Perhimpunan Bersih 2.0

Tuan Guru Hj Hadi Awang - Presiden Parti Islam Se-Malaysia juga bersama-sama rakyat memohon keadilan dalam Pilihanraya.

Wednesday 6 July 2011

JADUAL BERPUASA BAGI TAHUN 2011.

Sila click gambar untuk besarkan jadual diatas.

UMNO AKAN HARAMKAN APA YANG MEREKA TIDAK MAMPU IKUT.

Apa yang tidak mampu dilawan oleh Umno maka mereka berusaha untuk mengharamkan perkara tersebut. Perkara ini dilihat jelas dan menjadi trend masa kini kerana banyak perkara dan hal-hal yang menyentuh kehidupan rakyat tidak mampu diikuti oleh Umno maka mereka berusaha sedaya mungkin untuk tidak mengiyakan perkara yang sewajarnya diberikan kepada rakyat.

Antara perkara menarik yang boleh dilihat adalah gabungan atau pakatan antara DAP dan  Parti PAS dalam Pakatan Rakyat. Isu-isu tentang penghinaan Karpal Sigh terhadap Pas suatu ketika dulu cuba dibangkitkan kembali oleh Umno bagi membirukan minda rakyat. Ini bertentangan dengan lumrah hidup kerana keinsafan seseorang tidak akan terbangkit dalam waktu yang singkat. 10 tahun lalu penyataan Karpal Sigh mungkin boleh dilihat adalah sewaktu beliau belum memahami apa itu Islam. 

Setelah 10 tahun berlalu, penyataan yang dikeluarkan oleh beliau ( Karpal ) tidak sama lagi seperti dulu. Ini bermaksud bahawa pemahaman beliau terhadap dasar PAS yang terkandung didalam Perlembangaan didalam fasal 3 adalah sesuatu yang benar-benar membawa kebaikan. Namun semua kebaikan dan dakwah ini tidak mahu diakui oleh Umno sebaliknya mereka menyindir mengatakan bahawa tidak perlu berbaik dengan individu yang pernah menghina kita suatu ketika dulu.

Islam mengajar agar kita sering memaafkan antara satu sama lain kerana memaafkan seseorang adalah sifat orang beriman. Namun perkara memaafkan ini tidak pernah mahu dihebahkan oleh Umno sebaliknya terus melihat bahawa PAS tetap terpesong kerana menerima Dap sebagai teman dalam pakatan.

Ini bermaksud bahawa Umno membantah Pakatan antara Pas dan Dap. Kenapa Umno resah? Kerana semangat nasionalisma yang dilaungkan oleh Umno telah ditunjukan antara Pas dan Dap tetapi ini tidak berlaku dalam amalan Umno yang sebenarnya hilang arah kerana tidak mahu menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan.

......bersambung.

Sharpshooter didapati bersalah terhadap Rais.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof memutuskan penulis blog Amizudin Ahmat, 42, didapati bersalah bagi memfitnah.

"Selepas mendengar keterangan dan hujahan daripada peguam yang mewakili plaintif dan defendan, saya tidak mempunyai pilihan selain mendapati defendan bersalah melakukan fitnah," katanya.


Hakim Zabariah menetapkan esok untuk mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak berhubung nilai ganti rugi.



Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, yang juga ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com. beserta dengan gambar rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.






Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Malaysia itu adalah berniat jahat dan memfitnahnya dan perkataan dalam artikel itu bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.


Rais, yang juga Ahli Parlimen Jelebu di Negeri Sembilan, menafikan tuduhan itu selepas penulis blog itu menamakannya. 


Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia telah menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol oleh majikannya.


Selepas keputusan itu, Rais yang hadir bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais, memberitahu pemberita bahawa beliau sentiasa mempunyai sepenuh keyakinan terhadap sistem kehakiman negara.


Rais berkata beliau telah membawa kes itu ke mahkamah bagi membersihkan namanya, keluarganya dan juga reputasi kerajaan.Rais berkata pembelaan defendan (Amizudin) bahawa beliau menerbitkan artikel itu berdasarkan justifikasi adalah tidak berhasil dan ia mengandungi natijah-natijah politik semata-mata.


Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya dan keluarganya yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya. 


Selepas Amizudin selesai memberikan keterangannya di mahkamah tengah hari tadi, Masnah dilihat memberikan ciuman di pipi Rais.


Pada prosiding hari ini, hanya Amizudin yang dipanggil sebagai saksi defendan manakala Rais tidak dipanggil memberi keterangan kerana pada prosiding yang lepas semasa pengurusan kes kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak mempertikaikan bahawa artikel itu telah diterbitkan, bahawa perkataan itu adalah menfitnah Rais dan perkataan itu merujuk kepada Rais.


Oleh itu mahkamah meneruskan perbicaraan dengan mendengar pembelaan justifikasi oleh Amizudin.


Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Rais, Amizudin berkata sebelum menerbitkan artikel itu dalam blognya, beliau tidak membuat pengesahan tentang kebenaran artikel itu dengan Rais atau isterinya Masnah dan juga dengan bekas pembantu rumah Rais.


Muhammad Shafee : Sebagai penulis blog dan ahli politik yang bertanggungjawab, sebelum menerbitkan sebarang artikel yang menuduh orang lain melakukan sesuatu perkara, anda mesti siasat bukan.


Tapi dalam kes ini sebelum anda terbit artikel itu, anda langsung tidak siasat perkara itu sehingga ke akar umbi untuk pastikan perkara itu benar?


 Amizudin: Betul. Bagaimanapun, beliau memberitahu mahkamah bahawa beliau telah pergi ke Jakarta, Indonesia pada 18, 19 dan 20 Mei untuk mencari saksi selepas lima bulan beliau disaman oleh Rais. 


Muhammad Shafee: Anda terbitkan artikel itu dahulu, baru nak buat siasatan? 


Amizudin : Ya, betul, saya pergi ke Jakarta selepas saya kena saman.


 Muhammad Shafee : Selepas anda kena saman baru pergi ke Jakarta, cari saksi. 


Amizudin :Ya.Kepada soalan Muhammad Shafee, bagaimana beliau boleh mengesahkan berita yang diterbitkan itu benar, Amizudin berkata beliau telah bertemu dengan Indah Utami, penulis laporan siasatan yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan Indonesia, Migrant Care, yang menjaga kebajikan pekerja Indonesia di luar negara, yang telah menemu bual pembantu rumah itu.


Bagaimanapun, beliau gagal bertemu dengan pembantu rumah itu kerana tidak berjumpa rumahnya. 


Katanya beliau pergi ke Jakarta bersama rakannya yang dikenali sebagai Cikgu Bad iaitu anggota PKR daerah Rembau atau nama penuhnya Badrulhisham Shaari dan seorang lagi yang beliau tidak ingat namanya.


Ditanya Muhammad Shafee adakah Cikgu Bad, boleh dikatakan sebagai musuh politik Rais, Amizudin berkata beliau tidak tahu, tetapi boleh dikatakan bukan kawan. 


Beliau memberitahu bahawa artikel itu yang diterbitkan dalam laman blognya adalah "copy and paste" daripada artikel yang disiarkan dalam Harakah Daily berdasarkan siaran akhbar yang dibuat oleh Migrant Care pada 1 Ogos 2007.


Semasa pemeriksaan utama oleh peguam yang mewakilinya, Puspawati Rosman, Amizudin berkata beliau percaya artikel yang diterbitkan itu benar kerana dalam laporan siasatan oleh Migrant Care, nama Rais disebut sebagai bekas majikan pembantu rumah itu.


Apabila ditanya adakah wakil Migrant Care dan mangsa akan hadir ke mahkamah untuk memberikan keterangan, beliau berkata bahawa mereka khuatir untuk datang ke negara ini untuk memberikan keterangan. - BERNAMA

Berita dipetik dari : http://perakite.blogspot.com/2011/07/sharshooter-didapati-bersalah-terhadap.html

SURAT MURSYIDUL AM PAS KEPADA DYMM SRI PADUKA.

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011.

Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.


Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia.

Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.

Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata.

Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.

Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,
YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA 
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Dipetik dari Jalan Pulang

SMS PROVOKASI KE BERSIH - 2 ADUN PULAU PINANG KENA GETAH.

Auto City - Provokasi tentang Bersih 2.0 belum tamat walaupun demam Bersih yang melanda Malaysia hampir 'kebah'. Berikutan masalah provokasi Bersih 2.0 yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab , 2 Adun Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dikenakan 'getah' melalui sms liar yang sengaja disebarkan bagi menimbulkan kekeliruan antara penyokong Bersih dalam Pakatan.

Laporan Penang Daily di dalam websitenya memaklumkan bahawa sms liar itu di terima oleh pembantu Penang Daily sendiri sekitar pukul 4 petang semalam. Sms juga turut diterima oleh 2 Adun Pakatan iaitu YB Malik Kassim dan TKM 1 YB Dr Mansor.

Kandungan sms liar itu seolah-olah menghasut agar orang ramai tetap akan meneruskan himpunan Bersih tanpa mempedulikan Titah DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang mencadangkan agar diadakan satu himpunan di stadium bagi menilai semula tuntutan himpunan Bersih.
Antara kandungan sms liar itu ialah :

JOM KITA AMIK DUIT BELANJA RM200 SEORG & T SHIRT 'BERSIH' UTK DIPAKAI DALAM 'PERHIMPUNAN BERSIH' DI KL. DAPATKN DARI YB MALIK KASIM DI NO 3 JALAN JELITI, SUNWAY TUNAS, JLN PMTG DAMAR LAUT, BYN LEPAS, DAN YB MANSOR OTHMAN, 66. TKT NIBONG KECIL 12, TMN SRI NIBONG, SG NIBONG, MULAI 6 PTG INI. DTG CEPAT SEBELUM HABIS. HEBAHKAN KPD SDRA2 KITA. 

Berita dari Penang Daily :


Mohamad Fauzi Noordin, 50, memberitahu Penangdaily bahawa, beliau menerima mesej liar itu kira-kira 4.00 petang lalu.

Mansor setakat ini gagal dihubungi untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Bagaimanapun, Abdul Malik khabarnya dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Negeri untuk membuat laporan polis.

Aksi provokasi tersebut dipercaya ada kaitan dengan beberapa aksi Umno dan pertubuhan bukan kerajaan seperti Perkasa yang merancang untuk untuk bertembung dengan perarakan aman rakyat.

Bagaimanapun, Presiden Bersih 2.0, Dr S Ambiga sebentar tadi memberitahu bahawa perhimpunan akan diteruskan di Stadium demi menjunjung titah Seri Paduka.


Tuesday 5 July 2011

APA ITU DEMOSTRASI - BERSIH.

DEMONSTRASI


Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi empat mentakrifkan demonstrasi seperti berikut:

1. Penerangan, pera ga an dan lain-lain tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain.
2. Tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

LATARBELAKANG BERSIH 2.0

1. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia.

2. Hanya menerusi pilihanraya yang bebas dan adil sahajalah, rakyat Malaysia mampu untuk menentukan nasib mereka sendiri Malaysia dan mengharapkan mereka yang menjawat jawatan-jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Selagimana, rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menyingkir golongan jahat dalam pemerintahan negara, maka selagi itulah harapan untuk mendaulatkan undang-undang, melindungi hak asasi manusia, mengadakan urus-tadbir kerajaan yang baik dan menggalakkan pembangunan rakyat yang berterusan/lestari akan terus tertakluk kepada budibicara ahli politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Matlamat utama untuk menukar kerajaan hari ini adalah merupakan kunci ‘semak dan imbang’ dalam menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah.

3. Adalah amat malang bagi Malaysia kerana walaupun sudah 49 tahun merdeka, ternyata Malaysia masih gagal untuk mengendalikan proses pilihanraya yang bebas dan adil. Kesimpulan ini bukan sahaja dipersetujui oleh masyarakat sivil, parti-parti politik dan pemerhati antarabangsa, malah ia juga diakui sendiri oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Selepas pilihanraya umum pada bulan Mac 2004 yang dihantui oleh pelbagai penyelewengan dan kontroversi yang jauh lebih serius daripada pilihanraya-pilihanraya sebelumnya, maka, beliau merasakan perlu dan setuju dengan tuntutan awam untuk menjalankan penyiasatan bebas. Namun, amat mengecewakan penyiasatan bebas tersebut akhirnya tidak dijalankan.

4. Proses pengendalian pilihanraya yang tidak telus ini menimbulkan pelbagai persoalan khususnya persoalan terhadap kuasa mutlak badan pemerintah negara ini. Keadaan sebegini jika dibiarkan berterusan akan membawa petanda yang buruk untuk masa depan masyarakat dan boleh memusnahkan keutuhan sistem politik negara kita. Ini dapat dilihat pada negara-negara yang telah mengalaminya iaitu Thailand, Filipina dan Taiwan. Oleh yang demikian, BERSIH merasakan adalah perlu bagi semua rakyat Malaysia berganding bahu dan menggembleng tenaga untuk membawa perubahan yang menyeluruh dalam proses pilihanraya yang mendatang. Justeru, kami mencadangkan agenda perubahan jangka-panjang dan tiga sasaran kerja dengan segera.


Matlamat Jangka Panjang

5. Dalam masa jangka-panjang yang akan membatasi batas pilihanraya akan datang, BERSIH yakin dan percaya bahawa kelapan-lapan aspek ini perlu dikaji dan diperbaharui secara keseluruhannya:


A. Sistem pilihanraya

i. Adalah perlu untuk memperbetulkan ketidakseimbangan yang tinggi antara undian rakyat dan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya, dimana undi sebanyak 64% boleh diterjemahlkan kepada 91% kerusi bagi parti pemerintah. Ini adalah kerana berteraskan kepada prinsip asas ‘First-Past-The-Post’ atau ‘Yang-Pertama-Melepasi-Tiang’ dan juga manipulasi menerusi pembahagian kawasan pilihanraya yang bericirikan ‘agihan-timpang’ dan ‘curang’ atau ‘tipu-belit’;

ii. Adalah perlu untuk memperkenalkan satu sistem yang menyenaraikan semua perwakilan parti, supaya jumlah minima 30% perwakilan wanita di parlimen terjamin;

iii. Adalah perlu untuk memperkenalkan semula pilihanraya tempatan dengan sistem pilihanraya yang lebih adil, termasuk memberikan ruang yang lebih kepada penglibatan wanita dan kelompok terpinggir dalam masyarakat.


B. Pentadbiran pilihanraya

i. Adalah perlu untuk merubah Suruhanjaya Pilihanraya sekarang yang ternyata gagal untuk bertindak sebagai sebuah institusi yang bebas dengan bergerak ke arah struktur perwakilan pelbagai parti sebagaimana yang dipraktikkan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi;

ii. Memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan.


C. Penamaan calon dan parti – bahawa ketimpangan ini mesti diperbetulkan

i. Kuasa berasaskan budibicara yang diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan menyebabkan keputusan berkaitan pendaftaran dibuat secara sewenang-wenangnya. Ini dapat dilihat dalam kes Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Malaysian Dayak Congress (MDC);

ii. Keputusan berat sebelah dan sewenang-wenang oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya yang akhirnya menggugurkan kelayakan calon-calon pembangkang adalah tidak adil;

iii. Klausa kontroversi yang membenarkan calon menarik diri selepas penamaan yang akhirnya membawa kepada pertuduhan rasuah dan kemenangan tanpa bertanding yang menyangsikan;

iv. Wang deposit pilihanraya yang tertinggi di dunia yang secara langsung menghalang penyertaan warga Malaysia yang kurang sumber kewangannya, termasuk golongan wanita dan beberapa kumpulan terpinggir dalam masyarakat.


D. Kempen pilihanraya – peruntukan undang-undang bagi perkara-perkara berikut

i. Menetapkan satu tempoh berkempen wajib yang jauh lebih panjang daripada tempoh 8 hari berkempen dalam pilihanraya lepas yang nyata tidak bermakna langsung;

ii. Memberikan hak kebebasan bersuara dan berkumpul yang sebenar-benarnya sebagaimana yang telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia;

iii. Pengawalan secara berkesan dan menyeluruh dalam proses pembiayaan kos untuk berkempen untuk membendung amalan rasuah;

iv. Pertimbangan untuk mengadakan pembiayaan awam bagi kos berkempen kepada parti-parti politik khususnya bagi calon wanita, kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat dan latihan yang mesra gender.


E. Media

i. Merombak undang-undang yang sedia ada yang telah membolehkan media cetak dan penyiaran dimonopoli oleh para proksi Barisan Nasional;

ii. Peruntukan undang-undang bagi membolehkan semua parti politik mendapat akses atau capaian percuma kepada TV dan radio awam serta akses secara adil (percuma atau berbayar) kepada media swasta;

iii. Peruntukan undang-undang bagi menjamin hak semua parti politik dan calon untuk menjawab segala bentuk tuduhan dan kritikan ke atas mereka menerusi media.


F. Kerajaan Sementara (Caretaker government)

i. Bahawa kerajaan lama adalah dilarang sama sekali untuk membuat sebarang polisi atau keputusan berkaitan dengan pembangunan bilamana Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.;

ii. Bahawa menyalahgunakan semua sumber dan instrumen negara bagi tujuan memenangi pilihanraya atau untuk kepentingan parti adalah merupakan kesalahan jenayah;

iii. Bahawa penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.


G. Daftar Pemilih

i. Bahawa daftar pemilih perlu dikemaskinikan dan tepat, untuk mengelakkan (i) penyingkiran dan pemindahan secara tidak sukarela para pengundi yang sah dan (ii) penyamaran dan pengundian berganda oleh ‘pengundi hantu’;

ii. Bahawa semua rakyat yang layak mengundi perlu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi.

H. Pengundian

i. Melaksanakan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) untuk menghalang pengundian berganda;

ii. Memansuhkan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi yang berada di luar negara memandangkan pertanggungjawaban dan kerahsiaan amat terancam dalam amalan semasa.


Matlamat Jangka Pendek

6. Untuk jangka pendek, BERSIH menyeru kepada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya, Tan Sri Abd. Rashid bin Abd. Rahman dan Datuk Kamaruzaman bin Mohd Noor untuk melaksanakan tiga pembaharuan khusus yang berkaitan dengan daftar pemilih dan pengundian sebagai langkah pertama untuk menuju ke arah pilihanraya yang bebas dan adil:

i. Penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda;

ii. Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara;

iii. Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan;

iv. Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.


7. Sekiranya BERSIH tidak melihat sebarang respon positif daripada Pengerusi dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya berkaitan dengan agenda jangka panjang tersebut, dan terutamanya, tiga agenda pembaharuan secara segera, maka BERSIH akan berkempen di seluruh negara untuk menuntut perubahan dalam pilihanraya serta turut menggesa perletakan jawatan mereka.[3]

Selain itu, himpunan BERSIH terpaksa dianjurkan setelah semua saluran yang diusahakan oleh PAS tidak dilayan[4]. Aduan berkenaan layanan yang tidak sama rata untuk akses kepada media, persempadanan semula yang dilihat sangat jelas jelas bertujuan memenangkan Barisan Nasional, laporan pendaftaran pengundi bukan rakyat Malaysia, rasuah dan banyak lagi telah banyak dilakukan, tetapi TIADA SATU pun mendapat respon yang baik daripada pihak berkuasa. Dari itu, apa lagi pilihan yang rakyat ada selain dari meluahkan melalui demonstrasi.

Untuk demonstrasi kali ini, BERSIH menuntut supaya[5]:

1. Membersihkan senarai undi
2. Reformasi kepada undi pos
3. Guna dakwat kekal
4. Tempoh kempen minimum 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor.


KOMENTAR BERKENAAN BERSIH 2.0
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertarikh 16 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia[6]:

..muslihat pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang melanda pembangkang terutamanya mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia muslihat pihak tertentu, kenapa dibuat pada tarikh itu (9 Julai), kenapa tidak awal, kenapa tidak lewat. Apakah kerana mereka jangka kerana ada pilihan raya? Saya tidak fikir mereka boleh tahu bila pilihan raya. Jadi kenapa dirancang sebegitu.

….menempelak pembangkang yang menuduh kononnya sistem pilihan raya di Malaysia korup sehingga memaksa mereka mengadakan demonstrasi Bersih bagi menuntut sistem baharu yang lebih adil.

…jika pembangkang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan memihak kepada kerajaan, ia bererti kemenangan pakatan ke atas lima negeri pada pilihan raya umum 2008 juga merupakan kemenangan kotor yang tidak layak untuk diraikan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bertarikh 12 jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia menyatakan[7]:

…perhimpunan seperti itu juga akan menimbulkan huru hara dan suasana tidak selesa kepada orang ramai serta pelancong asing.
..negara ada saluran untuk rakyat meluahkan sebarang permasalahan dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi seperti perhimpunan Bersih.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bertarikh 22 Mei 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia menyatakan[8]:

…rakyat sedar kaedah yang dilakukan mereka semasa berdemonstrasi sudah lapuk kerana ia sekadar memaki hamun, menyumpah seranah dan fitnah-memfitnah, yang tidak memberi manfaat kepada orang ramai.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bertarikh 18 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini menyatakan[9]:
Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini.

Serangan itu dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara dan memberi jaminan ia hanya bersifat sementara serta ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.

Pengerusi Gerak Aman, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertarikh 19 Jun sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia dan laman sesawang mereka menyatakan:

…..hari ini secara terbuka mengisytihar perang habis-habisan ke atas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
…puluhan ribu rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan anti-Bersih akan berkumpul di ibu kota pada malam menjelang 9 Julai, sebelum digerakkan secara besar-besaran keesokan harinya bagi menghalang perhimpunan Bersih. [10]
“Jika perhimpunan itu berlaku,kami akan tentang habis-habisan. Ini bererti pada hari tersebut akan berlaku pertembungan. Ini adalah untuk kebaikan,”[11]
“Ini bukan isu demokrasi tapi isu cari pasal. Ia berupa hasutan. Kalau bercakap mengenai demokrasi, ada bermacam cara kita boleh buat seperti menghantar memorandum atau membawanya ke parlimen, atau buat secara tertutup di stadium. Mengapa mesti buat di jalanan? Ini mesti ada niat jahat.
"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.
"Apa sahaja boleh berlaku,"[12]


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bertarikh 20 Jun 2011 sebagaimana dilaporkan oleh malaysiakini menyatakan[13]:

…tidak bersetuju dengan pendapat Ibrahim yang disifatkannya sebagai pandangan "gila."
“Saya tidak bersetuju juga dengan Ibrahim Ali. Ini membakar perkauman. Ini gila. Kita buat benda yang baik bukan benda yang menghasut,”


RESPON BALAS TERHADAP TUDUHAN


Rentetan daripada BERSIH yang pertama dahulu, pihak Suruhanjaya telah bersetuju untuk melaksanakan penggunakan dakwat hitam untuk pihanraya umum 2008. Dakwaan dan alasan yang digunakan atas nama agama kononnya tidak dapat digunakan untuk menunaikan solat[14] dijawab sendiri yang majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan keharusannya[15].

Bagaimanapun, lakonan pihak kerajaan yang kononnya menerima salah satu tuntutan BERSIH semakin jelas apabila mengatakan ada dakwaan (yang TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN KESAHIHANNYA[16]) bahawasanya ada laporan pembelian dakwat hitam dari luar negara untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang. Dari itu, SPR membatalkan penggunaannya.[17]

Dan pada satu kenyataan yang dilaporkan oleh Malaysiakini bertarikh 20 Jun 2011, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan seperti berikut[18]:
..SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini.
"Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali."
sumber : http://ulamapasshahalam.blogspot.com/

Berita Menarik Penaga Daily