Pada petang 15 MAC 2012 yang lalu, dikawasan perkampungan Rantau Panjang & Permatang Tok Brain telah dilanda ribut taufan. Masa tu admin tak dapat lagi ceritanya, phone masuk "WAD" kerana rosak. Baru setengah hari terputus hubungan, admin dah ketinggalan banyak berita, ini menginsafkan admin erti kemudahan phone dan perlunya "backup" phone semasa kecemasan. Manusia ni insaf bila dah terkena...kikiki!!!
Malamnya masa ceramah Dato Mahfuz Omar di Kg Baru Penaga, pembantu khas KADUN Penaga, Bang Wan sampaikan berita sedih itu, baru dapat ceritanya. Admin minta maaf tak sempat ziarah dan menyampaikan rasa simpati dikesempatan ini. Sabarlah saudra-saudara ku, ALLAH swt sedang menguji kalian.
Dari sumber Bang Wan, katanya Penyelaras KADUN Penaga Ustaz Rosidi dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang En Rahim telah menziarahi dan memberi bantuan awalan kepada mangsa dipetang kejadian. Seramai 6 keluarga dari Rantau Panjang dan 1 keluarga dari Ptg Tok Brain terlibat dalam kejadian malang tersebut.
Admin TAK MAHU komen panjang kerana berita ni disampaikan melalui orang kedua, jika silap pemakluman akan jadi "Nasi Tambah" atau BISA jadi fitnah dong....kikiki!!!
Gambar rumah-rumah mangsa kejadian dan mereka yang terima bantuan awalan, yang dikirim oleh Bang Wan jadi suntingan berita kali ini....!!! Silakan...
Empat gambaran awal diatas telah memberi kita
maklumat tersendiri.... bencana ujian ALLAH swt,
menginsafkan hati-hati yang kita yang kadangnya "DEGIL"....
wallahhualam...!!!
Gambar berikutnya, ziarah dan menyampaikan bantuan dari
JKM Negeri oleh Penyelaras KADUN dan Pegawai JKM..
**Ustaz Rosidi dan
Sdr Rahim (berbaju kotak coklat tua )
Ajal maut, limpahan & kehilangan rezeki, jodoh pertemuan, sakit pening dan apa jua yang diPINJAMKAN oleh ALLAH swt kepada kita selama ini dan yang akan mendatang, hendaklah DISYUKURI.... ALHAMDULILLAH.. semua itu ada hikmahnya....
**Dari Surah An-Nahl ; ayat ke 53-54 yang bermaksud : "Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka ia adalah dari ALLAH; kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepadanyalah kamu meraung meminta pertolongan. Kemudian, apabila ia menghapuskan kesusahan itu daripada kamu, tiba-tiba sepuak diantara kamu mempersekutukan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka".
wallahhualam....terima kasih...As'salam....