Wednesday 1 February 2012

Kemalangan Maut diSimpang Taman Guar Perahu.

"Al Fatihah" buat adik Fazleen Amirah yang mengalami kemalangan maut disimpang Taman Guar Perahu pada petang 31.1.2012 yang baru lalu. Takziah dan semuga keluarga adik Fazleen bersabar dan redha atas ketentuan ALLAH swt ini. 

"Ya ALLAH, Kau tempatkan adik ini dalam gulongan orang-orang yang terkorban syuhada dan gulongan insan-insan solehah...amin."



Sehubungan dengan kemalangan maut ini dan kemalangan-kemalangan yang sebelumnya, pihak penduduk sekitar Guar Perahu menggesa pihak berwajib, khususnya JKR mengkaji semula keberkesanan lampu isyarat dan laluan jalan berkenaan. Supaya kemalangan begini dapat dielakkan dimasa-masa yang akan datang. Jika perlu, mengadakan "bonggol" bagi mencegah kenderaan bergerak laju dikawasan berkenaan. Admin hanya menyampaikan keluhan mereka, walaupun ini tidak akan dapat mengembalikan nyawa adik Fazleen, tapi setidak-tidaknya ada usaha mencegah dari tragedi berulang lagi. 

**Surah Al-Qasas : ayat 54 yang bermmaksud : " Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka"

Wallahhualam.

Berita Menarik Penaga Daily