Wednesday 1 February 2012

Pemakluman Perasmian "Laman Ilmu Penaga" oleh Tuan Guru Presiden PAS.

Insa'ALLAH, pada 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Feb 2012 (Ahad), Jam 8.30 pagi.
"LAMAN ILMU PENAGA" 
akan diRASMIkan. 


 "AL QURAN, punca segala ILMU... IBU segala KITAB"



Majlis Perasmian, insaALLAH akan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, bersempena lawatan sehari beliau ke Pulau Pinang pada 5 Feb 2012 (ahad) ini. 

Majlis dirancang bermula pada jam 8.30 pagi, bertempat Dewan Serbaguna berhampiran Padang Awam Pekan Penaga (bersebelahan tapak Pasar Ahad Penaga). 

Untuk makluman, "Laman Ilmu Penaga" ini telah mula dilancarkan pada penghujung tahun 2011 lagi. Program ini diadakan pada hari Ahad minggu pertama, kedua dan ketiga setiap bulan. Sasaran "Laman Ilmu" ini adalah kepada pengunjung-pengunjung dan peniaga-peniaga Pasar Ahad Pekan Penaga. Sambil membeli-belah, dapat berkongsi ilmu dunia dan akhirat. Namun perasmiannya hanya dapat diadakan dalam waktu sedekat ini, alhamdulillah. 

Antara pengisian Laman Ilmu ini, ialah kuliah dari Tenaga Pengajar tetap dan Ustaz-Ustaz jemputan, serta Khidmat Perubatan Islam dari Persatuan Perubatan Darussyifa (Perkhidmatan Berkala).

Berikut adalah jadual pengajian/tazkirah yang disediakan pada setiap hari Ahad bermula dari jam 8.30 pagi :


  Minggu Pertama :  Ustaz Zaini Ahmad. 
  Minggu Kedua   :  Ustaz-ustaz Jemputan.
  Minggu Ketiga   :  Ustaz Hamzah Abdullah.

*Sementara Perkhidmatan Perubatan Islam Darussyifa akan dibuat secara berkala (sila hubungi Ustaz Taufik ditalian 0134281978 untuk penetapan tarikh).


Tahniah kepada tenaga-tenaga yang terlibat dalam menjayakan program mingguan ini, muga ALLAH swt rahmati kalian.

** Surah Al-Anbiyaa' : ayat 106 yang bermaksud : "Sesungguhnya Al Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadat kepada ALLAH (dengan BERILMU)",

Wallahhualam. ALLAHHUAKBAR.

Berita Menarik Penaga Daily