Thursday 16 February 2012

MAJLIS PENERANGAN PEMBANGUNAN PULAU PINANG

As'salam dan Salam Sejahtera semua.....macam selalu, dimulakan dengan mendoakan semua pembaca dan keluarga, sihat diberi ALLAH swt.... InsaALLAH...


Pada 11 Feb 2012 (Sabtu) bertempat diDewan Besar Sungai Dua, Pulau Pinang telah berlansung Majlis Penerangan Pembangunan Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng. 

Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan kehadiran semua Exco Kerajaan Negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengarah-Pengarah dan Pegawai-Pegawai  Kerajaan Negeri, Peyelaras KADUN dan semua JKKK Kadun Negeri.

Turut bersama ialah kedua-dua Tim Ketua Menteri I dan II...  

Dibawah adalah gambaran sepanjang majlis, yang dapat admin lampirkan buat tatapan Tuan/Puan yang dikasihi....

(ewah....kali ni bahasa tulisan admin kat atas tu bersantun sungguh...kikiki!!!)..

Seperkara yang admin nak pesan pada Rakyat Penang.. kenal pasti muka-muka dalam gambar dibawah, kerana mereka adalah barisan Pemimpin Tempatan di kawasan anda... Kepada merekalah tempat tuan/puan boleh merujuk untuk mendapatkan bantuan bagi menyelesaikan permasaalahan penduduk setempat kawasan tuan/puan...

Mereka adalah AJEN tuan/puan untuk dirujuk berkaitan permasaalahan berbangkit untuk dibawa kepihak yang lebih berkuasa.... mereka-mereka ini ialah Yang Berkhidmat...(YB-YB semua tu)..

Jika ada yang tak nak layan tuan/puan...mengadu aje pada ADMIN....kikiki!!!... Biar admin "sound-sound" kat mereka....kikiki!!!

Jangan MARAH ye YB-YB semua....jadi  Yang Berkhidmat kena banyak SABAR dan TAHAN LASAK dengan kritikan rakyat marhaen macam admin ni....kikiki!!!

Layan gambar pulak.....kikiki!!!
 






















Post ringkas saja, takut membosankan pembaca....

*Kredit pada Tuan Haji Anuar Hashim yang murah hati menyumbangkan sebahagian dari FOTO- FOTO diatas kepada admin....(berkaca mata dan berbaju kemeja lengan pendek warna Oren...cari diatas sana) ..kikiki!!! 

**Dari Surah Al-Israa' : ayat ke 25 yang bermaksud : " Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNYA, maka sesungguhnya ia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat".



wallahhualam..terima kasih....As'salam.

Berita Menarik Penaga Daily