Monday 6 February 2012

HADIAH ISTIMEWA BAGI SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PALING BERMAKNA BUAT PENDUDUK PENAGA

As'salam dan Salam Sejahtera.... Alangkan beruntungnya penduduk sekitar Pekan Penaga dan pengunjung2 Pasar Ahad Pekan Penaga, Pulau Pinang pada hari Ahad 12 Rabiulawal 1433 bersamaan 5 Feb 2012 yang lalu.

Manakan tidaknya, YB Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), telah sudi menyampaikan Ceramah Khas Maulidul Rasul, disamping merasmikan "LAMAN ILMU PEKAN PENAGA" bersempena lawatan sehari beliau ke kawasan Kepala Batas, Pulau Pinang.

Program Laman Ilmu Pekan Penaga ini diadakan didewan serbaguna Pekan Penaga (sebelah padang awam Pasar Besar Penaga) pada setiap hari ahad minggu pertama, kedua dan ketiga.

Pengisiannya ialah Pengajian Kuliah Agama oleh Ustaz Zaini Ahmad (minggu pertama), Ustaz-Ustaz undangan (minggu kedua) dan Ustaz Hamzah Abdullah (minggu ketiga). Mensasarkan kepada pengunjung dan peniaga Pasar Ahad Pekan Penaga. Membeli-belah dan Berniaga sambil menyelami Majlis Ilmu. 


Disamping diadakan Rawatan Perkhidmatan Perubatan Islam Darussyifa secara PERCUMA (jadual berkala, sila hubungi Ustaz Taufik ditalian 0134281978 untuk penetapan masa dan tarikh rawatan).

Projek ini atas usaha Penyelaras Kadun Penaga, PAS Kawasan Kepala Batas dengan bantuan tenaga kerja PAS Cawangan Penaga...SYABAS...ALLAHHUAKBAR..


Tak payah admin cerita panjang2 lagi, biar gambar pula bercerita..admin dah mula malas menulis..kikiki!!!
















"Kita tutup majlis pada hari ini dengan SELAWAT NABI bagi mengiringi Tuan Guru keluar dari dewan.." itu ungkapan terakhir dari Ustaz Taufik, Pengerusi Laman Ilmu Penaga....


"Sallallahhuala Muhammad, Sallallahhualawasallam,... Sallallahhuala Muhammad, Sallallahhualawasallam".....bergema selawat Nabi hingga terdengar diluar sekitar Pasar Minggu Pekan Ahad Penaga hari itu disepanjang perjalan keluar Tuan Guru Haji Hadi.


ALLAHHUAKBAR...


**Dari Surah Saba' : ayat 38 yang bermaksud : "Dan orang-orang yang berusaha menentang dan membatalkan ayat-ayat keterangan Kami sambil menyangka dapat melepaskan diri (dari hukuman Kami), mereka itu akan berada didalam azab seksa"


Wallahhualam.
Terima kasih.

Berita Menarik Penaga Daily