Sunday, 26 February 2012

PROGRAM ZIARAH "WARGA UZUR" DILAHAR KEPAR, PENAGA.

As'salam dan Salam Sejahtera.... bersama-sama kita mendoakan kesihatan diri kita dan insan-insan yang kita sayang...Amin....


Jam 5 petang... sebelum admin mendapat berita kawasan Pinang Tunggal di landa RIBUT pada 24 Feb 2012...admin sempat mengikuti program Ziarah Pada Yang Uzur dikawasan kampung Lahar Kepar.


Program ini dianjur oleh Lajnah Kebajikan PAS Cawangan Lahar Kepar (UPU N 01), Penaga, dengan pengisiannya; menziarah sambil menyerahkan sedikit sumbangan PAS Cawangan kepada penduduk kampung yang dikenal pasti uzur atau ditimpa kemalangan..


Selain dari Saudara Kamil (selaku Ketua Cawangan) dan AJK PAS Lahar Kepar, program ini diketuai oleh YDP PAS Kepala Batas, Ust Rosidi.


Sumbangan yang disampaikan berupa Beras, Hamper dan Air Mineral Asli (MAS WATER) sumber mataair yang terbit dari tanah secara semulajadi, dan telah dibotolkan untuk menambah kesegaran badan. 


Gambar-gambar yang sempat diabadikan....tontoni...:


 Pak Din (berpelikat & t-shirt putih)... 
yang mengalami permasalahan saluran buang air kecilnya...
beliau terpakasa menggunakan "tiub" untuk saluran najisnya
Sabar ya Pak Din...admin doakan cepat sembuh
agar dapat berjamaah dimasjid macam biasa..Amin..!!

 
 Beras dan hamper....untuk yang uzur aje tahu....
yang sihat, carilah sendiri...kikiki!!!

 ROSIDI vs ROSIDI
Dari Ust Rosidi Hussain kepada "bakal  Ust" Rosidi Said..kikiki!!
Beliau kemalangan ditempat kerja minggu lepas...
mata sebelah kanan tak boleh dibuka.. dan siku kanan berjahit...
 Mata masih "LEBAM....=>>DSAI 2 ke??"

 Posting sementara menunggu tuan rumah yang sakit masih SOLAT...
SAKIT...TAPI, SOLAT MASIH WAJIB....
ingatan untuk Admin sama....kikiki!!!

 MAS water dan beras sumbangan....
kecil aje..tapi bukan diNILAI dari saiz pemberian...
wonderpet cakap "APA YANG PENTING??" 
admin jawab......"KEIKLASAN & KEPRIHATIANNYA bersama"
kikiki!!!...'"APA YANG PENTING"'...kikiki!!!

 Pak Din sedang menceritakan penderitanya menahan sakit...
dah 2 bulan tak dapat berjamaah dimasjid..ALLAHHUAKBAR..

Tak payah keluar dik... Ust Rosidi akan datang cari kamu... 
baik-baik kepala tu Ust....kikiki!!!

 Nah Hamper dik... PAS Lahar Kepar yg bagi ye...
*saudara Nor Azlin ni mengalami Sakit Jantung...
Sakit Orang Kaya ni dik.....TAPI>>>lihat gambar bawah!!

 Cuma Sakitnya aje yang "KAYAnya"...
tapi hakikatnya ...
adik Nor Azlin ni Rakyat Marhaen juga..

 Adik ni mewakili ayahnya yang sakit ... Sdr Yunus Osman...
Semasa kami sampai, ayahnya baru sahaja dibawa kehospital semula
mengalami sejenis kanser  dikakinya...
ampun ya ALLAH....syukur, admin ni sihat-sihat aje...

 gambar atas dan bawah..
saudara Rosli Sulaiman....mengalami Darah Tinggi yang "kritikal"...



Tiga gambar diatas, menyantuni Warga Emas...."Wa Teh"
kita juga kan sampai usia ini....wallahhualam ..
insaALLAH.....
tapi jika "TAK MAHU" di Makan Tua... 
itu maknanya kena "Mati Muda"...kikiki!!!

**Dari Surah Lukman : ayat 17 yang bermaksud : "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala 'bala bencana' yang menimpa mu. Sesungguhnya yang demikian iatu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya".

wallahhualam...terima kasih...As'salam....

Berita Menarik Penaga Daily