Saturday, 4 February 2012

Hari Pertama KarPenTer 2012 di Sungai Dua, Pulau Pinang.

As'salam, Alhamdulillah hari pertama Karnival Penerangan Terkini anjuran PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Pinang Pinang turut berlansung dengan sukses dan meriah dalam kesederhanaan, Syabas buat Sekrelarial KarPenTer 2012 yang diterajui oleh Sdr Bukhori Hj Ghazali (Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang). Tahniah buat semua AJK yang terlibat. 


Dianggarkan seramai lebih dari 5000 telah berkunjung keKarPenTer 2012 pada hari pertama ini. Didalam dan diluar dewan dipenuhi pengunjung untuk mendengar Ceramah Khas yang disampaikan oleh Abg Mat (Mat Sabu), Dato Salleh Man, Bob Lokman, Steven Sim dan Dr Mujahid Yusuf Rawa.


Atas sebab-sebab teknikal, KarPenTer 2012 untuk hari seterusnya (dari 4 Feb hingga 7 Feb 2012) akan berlansung di Dewan JKKK Spg Empat Permatang Buluh, Kepala Batas pula. 


Sempat Bang Mat kita pekena Bihun Sup.. Alhamdulillah, rezeki tu..kikiki!!

Bang Mat seru rakyat "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia"
Ulas juga Arab Spring, isu rasuah, kebangkitan Mahasiswa bersama Rakyat.
Rakyat dan Anggota Kerajaan diTimur Tengah dah banyak berubah,
di Malaysia ramai yang dah mula mahu berubah, cuma Melayu yg TAKUT nak berubah.
Ada Negara kuat tentera, tapi Rakyat & Ekonomi lemah, buat apa??
RM500 tu ambil, hakikatnya samaada kita ambil atau tak ambil
HUTANG Negara tetap rakyat/kita yang kena bayar juga.
*p/s : Sdr Bukhori (boss urusetia) keletihan sampai pening kelapa, 
minyak angin jadi santapan, kesian..kikiki!!

Steven Sim berhujah dgn ayat Al Quran, Bang Mat puji sambil senyum!!
Ungkapan keramat Steven Sim "Rakyat dan Negara sedang Sakit"
Malaysia bangkrup Harta, Moral dan Perpaduan
Idris Jala kata Malaysia bangkrup 2019, bukan PR yg cakap ye..kikiki!!
 Anak Luar Nikah dari 2008-2011 ada 153,00 orang.
Pemerintah laga2kan kaum2 di Malaysia. Kepala Khinzir, Kepala Lembu.
Kerajaan Assobiyah jadi ingatan berkali2!!
Pemimpin Borek, Rakyat Rintik.!!
Hanya boleh karoke lagu "Isabella".
p/s : Rakan2 dari UMNO bila lagi nak tarbiah Big Boss MCA tu...kikiki!!!

Pewaris Almarhom Uts Yusuf Rawa
Hujah sinis dalam lucu Dr Mujahid berjaya memukau penuntun.!!
Roadshow Dr Hassan Ali boleh saja, tapi tumpu la perbetulkan akidah rakyat,
bukan tabur fitnah dan kutuk orang saje.....kikiki!!
jadi prasit atau pelesit??
Tegaskan pendirian PAS berkaitan isu Israel, tetap "Negara Haram"
Ulas tuntutan BERSIH dah 80% berjaya ,walaupun BN kata BERSIH tu HARAM.
dakwat kekal masa undi, celup kepala pun boleh jika mahu...kikiki!!
p/s : YB, jaga2 sikit, PM duk idam Parit Buntar tu...kikiki!!

Utz Salleh Man dengan anak muda, "Orang Muda Geng Kita" tak gitu Utz!! kikiki. 
Tuan Rumah yang coll, tapi mesra Tetamu. 
Tahniah Utz Salleh, ada ramai Anak-Anak Buah yang mantop dan Istiqamah di PP.
Tak banyak cakap malam tadi, sebab bagi Tetamu lebih masa berceramah.
p/s : ramai yang cakap, wajah Dato Salleh ini ada iras--iras Admin..kikiki!!!
Kembar kut kita ni Ustaz??

Bob Lokman, cerita lembu dikondo dan dunia anak muda!!
Hari Raya tipu ayam bila nak tangkap & sembelih,
panggil ayam...kurrr..kurrr..kurrr. sambil tabur beras!!
Pilihanraya tipu rakyat dgn RM500 dari hasil HUTANG
panggil rakyat Rmmmm...Rmmm...Rmmm..kikiki!!!
persoalkan berapa ramai org yg mengaku Islam dah cerita pasal Islam pada,
yang bukan Islam??
p/s : Bob, tongkat mana dik??kikiki!!


**Dari Surah Qaaf ; ayat ke 16 yang bermaksud : "Dan  demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya".


Wallahhualam.


Berita Menarik Penaga Daily