Wednesday 12 October 2011

Haji Rosidi Cadangkan JKKK Pulau Pinang disempadan mengikut Daerah Mengundi.


Pulau Pinang - Tuan Haji Rosidi , Penyelaras Kadun Penaga semalam ketika pertemuan bersama beberapa Adun dalam lawatan ke Penaga memaklumkan perkara ini agar JKKK Pulau Pinang disempadankan semula mengikut daerah mengundi.

Beliau memberi cadangan demikian dengan mengambil kira kemudahan yang terdapat dalam pendataan mengundi dengan mengambil garis besar sempadan DUN sebagai sempadan asas kepada pembentukan JKKK berpandukan kepada kemenangan kepada  ADUN.

Dalam satu pertemuan berasingan yang turut diadakan di Pejabat Daerah dan Tanah SPS Jawi dalam bengkel persempadanan semula JKKK Seberang Perai Selatan pada hari ini pagi tadi, cadangan yang sama turut di kemukakan oleh Setiausaha JKKK Kg Baru iaitu Saudara Rozaini Yaakob dengan tujuan agar penyelarasan persempadanan semula JKKK di buat berdasarkan sebuah sistem yang boleh diguna-pakai didalam dan diluar pilihanraya.

Beliau menambah perkara persempadanan yang lebih sistematik diperlukan agar kebajikan rakyat dapat dipantau dengan lebih optima.

Haji Rosidi berpendapat bagi setiap Daerah Mengundi boleh diwujudkan seorang Pengerusi JKKK yang bertujuan dapat membantu Adun dan Pejabat Daerah dengan suasana yang lebih mudah dan berkesan. Keberkesanan pengurusan rakyat harus diberi keutamaan memandangkan ianya adalah merupakan tujuan sebenar JKKK ini diwujudkan.

Namun kata beliau , cadangan beliau ini bukanlah satu desakan kepada persempadanan semula JKKK sebaliknya cadangan ini boleh dibincangkan antara adun-adun bagi memberi satu perubahan pengurusan tanpa berpandukan pedoman yang lama.





Thursday 6 October 2011

Cadangan Untuk Meroboh Surau Bagan Lalang, Daerah Seberang Perai Utara.

Keputusan: 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju memberi kebenaran bagi meroboh Surau Bagan Lalang, Daerah Seberang Perai Utara yang terbiar dengan mengikut Garis Panduan Pelupusan Bahan Binaan Masjid dan Surau yang telah disediakan.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Permohonan Untuk Meroboh Dan Membina Semula Masjid Jamek Lahar Tabut, Penaga, Seberang Perai Utara.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju memberi kebenaran untuk meroboh dan membina semula Masjid Jamek Lahar Tabut dengan syarat mengemukakan pelan perancangan pembinaan masjid baru kepada jawatankuasa ini terlebih dahulu bagi mendapat pandangan lanjut berkaitan pembinaan masjid baru kelak.
 
ii. Memberi kebenaran untuk menunaikan Solat Jumaat dan Solat Fardhu di tempat sementara iaitu di Sekolah Agama Rakyat Lahar Tabut sehingga masjid baru siap dibina.
 
iii. Perpindahan 5 buah kubur lama tidak boleh diputuskan lagi memandang pelan perancangan pembinaan masjid baru tidak disertakan dan dibentangkan di dalam mesyuarat ini.
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Cadangan Penubuhan Qaryah Baru Di Daerah SPU.

Keputusan: 
 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang telah memutuskan seperti berikut :-
 
i. Mesyuarat bersetuju dengan penubuhan qaryah baru di Daerah Kepala Batas, SPU dengan syarat dikemukakan pelan persempadanan qaryah dalam mesyuarat yang akan datang.
 
Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan

Alkohol Dalam Makanan, Minuman, Pewangi Dan Ubat-Ubatan,

Keputusan: 
Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambilkira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:
  1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walaubagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
     
  2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
     
  3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.
     
  4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
     
  5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh ) dimakan/diminum.
  6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
     
  7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid.

 
 
Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.

Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya,

 

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
     
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan.

Antara Yang Menjadi Tulang Belakang SIS.

Dr Hamidah Marican
Professor Norani Othman
Datin Marina Mahathir

Datin Rose Ismail

Sedikit Tentang SIS ( Sister In Islam ) Agar anda Tidak Keliru.

Ia bermula dengan soalan.   "mengapa undang-undang dan dasar-dasar yang dibuat atas nama Islam mewujudkan ketidakadilan? Ini adalah soalan yang membakar yang dihadapi oleh ahli-ahli pengasas Sisters in Islam (SIS) apabila mereka mula mereka mencari penyelesaian kepada masalah diskriminasi terhadap wanita Islam di atas nama Islam.

Kumpulan pertama yang bersidang dalam Parlimen pada tahun 1987 dalam persatuan itu Peguam Wanita (AWL) apabila beberapa wanita peguam dan rakan-rakan mereka datang bersama-sama di bawah jawatankuasa kecil Syariah Persatuan ini untuk mengkaji masalah-masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga baru Islam yang telah menjadi undang-undang pada tahun 1984, dan
dikuatkuasakan pada tahun 1987. Kumpulan itu terdiri daripada peguam, ahli akademik, wartawan, penganalisis, dan aktivis, dan ramai wanita rahsia mereka masalah perkahwinan mereka dan kesukaran yang mereka hadapi ketika mencari undang-undang pembelaan daripada pihak berkuasa agama. Mesyuarat awal ini memberi tumpuan kepada masalah dengan undang-undang dan pelaksanaannya, dan penyelesaian yang perlu untuk membetulkan kelemahan-kelemahan dalam sistem.

Kumpulan itu mengadakan mesyuarat pertama di ruang tamu rumah yang dikongsi oleh Zainah Anwar, bekas seorang wartawan dan penganalisis kanan dan Noor Farida Ariffin, merupakan Presiden AWL dan Penasihat Undang-undang untuk Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri.

Inisiatif pertama kumpulan adalah untuk menganjurkan satu bengkel pada tahun 1988 yang melibatkan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita, Bahagian Wanita Hal Ehwal Kerajaan Persekutuan, dan Pusat Islam (Pusat Islam), Jabatan Perdana Menteri. Bengkel ini bertujuan untuk memaklumkan pihak berkuasa kepada masalah-masalah wanita yang dihadapi dengan pelaksanaan Undang-Undang Keluarga baru, dan mengesyorkan pembaharuan undang-undang substantif dan prosedur untuk memastikan bahawa hak-hak wanita Islam adalah ditegakkan di bawah undang-undang.

Sumbangan Kepada Masyarakat & Aktiviti SIS

Click untuk besarkan





Prof. Datin Rashidah Shuib,
Professor and Director


Women’s Development Research Centre
Universiti Sains Malaysia,
11800 Minden, Penang,
Malaysia
Tel: (604)-6533436 or (604)-6532678

Fax: (604)-6566379
Email: rashidahshuib@usm.my

                             Academic Qualification
                                    Michigan State University, USA, Ph. D 1983
                                    University of Hawaii at Manoa, USA, M Ed. 1979
                                    Universiti Sains Malaysia, B.A (Hons, 2nd Upper) 1976
                                    Sophia University, Tokyo (Japan Airline Scholar),                    
                                    Summer 1975
Specialisation Area

Gender & Health, Women's Health, Health / Medical Sociology

CARTA SIS ( Sister In Islam )

Click untuk besarkan

InsyaAllah 80 Peratus Kemenangan menghampiri PAS Pulau Pinang di 3 DUN dan 2 Parlimen untuk PRU 13 nanti.

5hb Okt ( Seberang jaya ) -  Jabatan Pilihanraya Negeri ( JPN ) Pas Pulau Pinang menyasarkan 80 peratus kemenangan untuk kerusi yang akan dipertandingkan dalam PRU ke-13 nanti sekiranya rakyat Pulau Pinang khususnya pengundi saluran 1 dan 2 memberi peluang kepada PAS untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Sdr. Rozaini - Setiausaha JPN Pas Pulau Pinang
 
Bercakap dalam satu wawancara khas bersama Setiausaha JPN Pas Pulau Pinang Saudara Rozaini berkata " InsyaAllah Pas mampu memenangi sekurang-kurangnya 4 kerusi dari 5 yang dipertandingkan berikutan 'signal' yang diterima dari rakyat Pulau Pinang khasnya warga emas dan lapisan masyarakat lainnya ". 

Beliau juga menambah " Isyarat  yang diberikan oleh warga emas dan golongan tertentu memberikan kekuatan kepada kita ( Pas Pulau Pinang ) untuk merebut kemenangan seperti yang disasarkan JPN pada PRU ke-13 nanti ".

Antara kerusi yang dipertandingkan oleh Pas Pulau Pinang ialah DUN Sungai Dua , DUN Permatang Berangan , DUN Penaga , Parlimen Tasek Gelugor dan Parlimen Kepala Batas.
 
Calon-calon muda dan mempunyai latar belakang agama yang kuat akan diketengahkan bagi memberi satu keyakinan kepada pengundi untuk memilih PAS sebagai wakil rakyat dan pembela hak kepada mereka agar kesejahteraan hidup sebagai rakyat dapat dinikmati.

Di akhir pertemuan , Saudara Rozaini menyatakan bahawa peluang untuk mengubah corak pemerintahan hanya berada di tangan pengundi Pulau Pinang maka beliau menyeru untuk PRU ke-13 ini rakyat Pulau Pinang harus berani untuk tampil membuat perubahan drastik dengan memberi kemenangan kepada calon Pas sekaligus mempertabatkan kembali Islam sebagai jaminan kepada hidup yang lebih sejahtera dan berkebajikan.



Berita Menarik Penaga Daily