Monday, 20 February 2012

PERSIDANGAN "TRUE MODERATION" PENANG 2012

As'salam dan Selamat Sejahtera buat rakan-rakan pembaca yang dikasihi ALLAH swt... semuga seisi keluarga sihat-sihat hendaknya.....amin.


Pada 18 Febuari 2012, bertempat di The Gurney Resort Hotel & Residences, Pulau Pinang telah beransung Persidangan Kesederhanaan Tulen (True Moderation) Negeri Pulau Pinang 2012, bersempena dengan Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...

Program dianjur oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dibawah selian YB Tn Hj Abdul Malik Kassim selaku Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri.

Motif Persidangan ialah membentuk keharmonian dikalangan rakyat, selaras dengan tuntutan semua agama mengutamakan keharmonian hidup bukan sahaja dari kalangan penganut agama masing-masing, juga mencakupi semua INSAN.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng pada sebelah paginya dan ditutup dengan sempurna oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tengaharinya.

Ucaptama telah disampaikan oleh Prof Dr Sirajudin Syamsuddin atau lebih dikenali sebagai Pak Din Syamsuddin, Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Indonesia. Beliau adalah wakil Umat Islam Sedunia berucap semasa Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia diPBB.

Ahli Panel Persidangan terdiri dari :


1. Dato' Dr Siddiq bin Haji Fadzil.
     Presiden Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAH).
2. Tan Sri Lee Kim Yew.
     Pengerusi Cheng-Ho Multi-Cultural Education Trust (CHMCET).
3. Prof Dr Ramasamy a/l Palanisamy, Tim Ketua Menteri II.
     Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang.
4.  Bishop Antony Selvanayagam.
     Persekutuan Kristian Malaysia (P.Pinang) MCCBCHST.


Moderator ialah : 
YB Dr Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar). 
Pengerusi Dailog Antara Agama Untuk Keamanan Asia Tenggara.


Persidangan turut dihadiri oleh Sahibul Samahah Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Para Ilmuan dan Wakil-Wakil pertubuhan agama dengan pelbagai latar belakang dan disiplin akademik daripada pelbagai kaum dan agama (Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan Taoism).

Admin rasa amat bertuah dapat memenuhi undangan persidangan, sedangkan masih ramai lagi, malah RIBUAN para Ilmuan dan Cerdik Pandai diluar sana yang tidak berkesempatan hadir...ALLAHHUAKBAR..segala Puji bagi ALLAH swt yang menentukan.....


Gambar-gambar Persidangan yang sempat diabadikan...:


 Pengerusi majlis mula ambil tempat...

 Penyampaian Tokoh Anugerah Khas Maal Hijrah 1433H Pulau Pinang
kepada Prof Dr Din Syamsuddin oleh DSAI

 Rakan-rakan Persidangan dari kalangan NGO

 Wakil NGO berfahaman Taoism

 Wakil NGO Islam

 CM Lim Guan Eng sempat merasmikan persidangan
sebelum bergegas ke KL untuk "DEBAT"

 Pak Din Syamsudin

 Wakil NGO Hindu 

 Lagi Pak Din Syamsuddin

 Sessi bersama dengan Ahli Panel

 Tuan Moderator, Dr Mujahid

 Tan Sri Lee Kim Yew

 Dato'Dr Siddiq Fadzil

 Prof Dr Ramasamy

 Barisan VVIP

 Bishop Antony Selvanayagam

 Cenderahati kepada Tokoh Maal Hijrah 1433

 "Kapan Pak Din bisa datang lagi ni.."

 Wakil NGO Sikh dan NGO Islam duduk sebelah menyebelah dengan HARMONI

 Kenangan bersama DSAI



 Antara Gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa persidangan

*Kredit buat adik Lukman yang menyumbang sebahagian dari gambar-gambar diatas. Terima kasih Daun Keladi dik......


**Dari Surah Az-Zumar : ayat ke 70 yang bermaksud : " Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang balasan apa  yang telah dikerjakannya, dan ALLAH lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan".

wallahhualam....terima kasih..as'salam.

Berita Menarik Penaga Daily