Thursday, 9 February 2012

KarPenTer 2012 PAS Penang Hari Ke4. 6 Feb / 13 Rabiulawal.

As'salam dan Salam Sejahtera... admin minta maaf lambat bawa cerita Hari ke4 program,  disibukkan dengan DUNIA ALAM NYATA yang melalaikan....kikiki!!!
(Teringat Pesan Nabi saw : Rebut yang 5 sebelum datang yang 5)..


Ada yang tanya admin, program apa ni??


Ini adalah Karnival Penerangan Terkini 2012 PAS Penang yang berlansung dari 4-7 Feb 2012. Tuan-Puan yg dikasihi ALLAH swt boleh LAYAN kat post sebelum ini, untuk dapat maklumat lampau...

Admin sampai lambat kat tapak Karnival pada hari ke4, ada tetamu dari KL datang rumah. Bila sampai, hujan mula turun dgn lebat... Masa tu YB Mahfuz sedang beri Ceramah... Pengunjung tetap ramai...dalam 5000 lebih yang datang...

PELIK dengan semangat juang PENYOKONG dan Pendukong Pakatan Rakyat ni... dalam HUJAN pun masih ada sebahagian yang masih dengar CELOTEH Pemimpin... ALLAHHUAKBAR...

Bila hujan teduh, padang Dewan JKKK kembali penuh dengan manusia...tadi masa hujan hilang kemana??...kikiki!!!


 Hujan mula turun masa ni..
Maaf gambar tak cantik...guna HP warisan... tambah dlm gelap
tapi nampak jugakan?? .kikiki!!..

Abg-Abg petugas Sukarelawan, ALLAH swt saja akan dapat membalas
SUMBANGAN curahan tenaga mereka untuk Perjuangan Pakatan Rakyat
ALLAHHUAKBAR...

 Kalau Tuan/Puan nak tahu, DIA nilah pemBURU berita dari Harakah..
kikiki!!..hari ni dia pula jadi buruan admin...kikiki!! 

 Lepas hujan...ada lagi yg penuhi padang...

 YB Mahfuz... admin tak payah ulas panjang2...

 Abg Redwan, 4 hari admin buru nak ambil gambar dia... baru dapat..kikiki!!
Bersama YB Mahfuz lepas ceramah..
Gerai2 dia yang jaga...Bendahari pun dia...lepas tu bantu lagi kerja belakang tabir...
Tak reti penat ke Bang Wan...(dia jawab, Perjuangan mana ada rehat2..)..
Akak tak kisah ke abg balik lambat hari-hari ...kikiki!!!

 Bang Wan dan Bro Omar.. 2 Dua ni Tulang belakang Karnival...
Ramai lagi yg admin nak kenalkan orang kuat disebalik program....
TETAPI admin tak dapat temui SEMUA....
Cuma ALLAH swt yang akan KENALkan mereka2 ni pada kita nnt..
Tak dekat sini.. diMahsyar kelak mereka dah ada SAHAM...

 Bukan semua orang nak buat kerja2 Pembersihan yang Pegang benda2 Kotor ni...
SYABAS Tuan... Orang dah tido dirumah, Abg ni masih membersihkan dewan
Tabik dari admin...ALLAHHUAKBAR.

 Adik yang jaga Audio.... admin paksa DIA bergambar...kikiki!!!
"Tak nak glamorlah Bang" katanya...

Bila admin sergah abang ni... Dia senyum aje dalam gelap...
sambil kutip sampah bibir kumat-kamit (zikir ke Bang...ALLAHHUAKBAR)

Saat-saat akhir nak tutup "KEDAI"... Padang perlu dibersihkan untuk Next Day..
Admin teringat cerita Adik Ust Hasbul Nizar (Pemuda PAS Kepala Batas)...:
""Ada Seorang Tua meninggal dunia dalam keadaan yang cukup tenang, mudah dan muka berseri-seri...
Bila ditanya isterinya apa amalan almarhom... siisteri jawab, tak ada apa2 pun, cuma dia RAJIN kutip
SAMPAH tiap kali lepas mana-mana Program Ceramah Parti.... Masa'ALLAH"" 

Admin mohon ampun maaf atas sebarang komen yang menyentuh keperibadian sepanjang melapurkan aktiviti KarPenTe 2012 PAS Pulau Pinang ini... biasalah, manusia lemah...kikiki!!!

Sekalung TAHNIAH buat Akhi Bukhori Hj Ghazali dan Semua Ahli Jawatan Kuasa Sekretarial Program yang telah berjaya menyelesaikan TUGASAN yang begitu cemerlang..

SYABAS....ALLAHHUAKBAR..."Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia"

**Dari Surah Al-Lail : ayat 18-21 yang bermaksud :" Yang mendermakan hartanya dengan bertujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya. Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas. Hanyalah mengharapkan keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkan)"

Wallahhualam...terima kasih...As'salam.

Berita Menarik Penaga Daily