Friday 18 May 2012

BUKAN kes PECAH RUMAH YE .. "TETAPI" : MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH MEMBINA GELANGGANG SUKAN RAKYAT.

As'salammualaikum dan Salam Sejahtera ... admin berharap, agar kita semua sentiasa dapat mendoakan kita sesama kita, tanpa batas usia dan pegangan aliran politik tanahair. Yang penting kita semua selamat dari musibah, bencana dan dari fitnah dunia, mahupun fitnah akhirat ... Amin ...!!!..  

Admin dapat tiba awal ketapak perasmian Majlis Pecah Tanah membina Gelanggang Sukan Rakyat diKampung Guar Tuan Syed Penaga atas izin ALLAH swt ... sementara menanti ketibaan VVIP yang dijadual tiba jam 9.30 pagi ... admin merayau-rayau sekitar tapak gelanggang. 

Yang admin nak tergelak, sepanjang jalan masuk dan sekitar tapak perasmian, kibaran bendera BN dan Umno terlalu banyak, macam program kelolaan mereka yang sedang berlansung disitu pulak ... kikiki!!! ... sempat admin tanya kat penganjur program hal ini .... 

Ini jawapan mereka pada admin .. "biaq pi laaa... bukan depa sakitkan atau pukul kita pun, depa nak tumpang meriahkan aje tu, lagi pun masa mereka perintah dulu, mereka tak DAN buat semua ni" ... admin hanya mampu SENYUM sendirian .... kikiki!!!  


satu Bendera PAS (Penganjur) .. dua bendera BN & Umno
meriah sungguh .. kikiki!!!
sampai rakan admin, repoter akbar berbahasa cina pun terkejut ...!!!

SATU untuk Engkau ... DUA untuk AKU .. Adil ke ..??? 
walaupun Kerajaan Negeri ni dibawah Pakatan Rakyat, 
tapi lagak BN macam mereka tu BUKAN Pembangkang

"tapi hakikatnya mereka masih tak MATANG lagi berpolitik"
(maaf, ini pandangan admin sendiri ... )

Anda lihat sendiri ... (zoom dekat sikit ye ...) ..
BN masih mengangap Pulau Pinang mereka yang perintah ..
kesiannya .. "fikiran masih menipu diri sendiri" ... kikiki!!! sian

Jalan masuk ketapak gelanggang .. rakan-rakan Umno mungkin ingat
ini majlis mereka, atau mereka nak join sekali, tapi malu .. ??? 

Tuan/Puan tengoklah sendiri, tak cukup dengan bendera .... 
GUNI bekas baja pun nak dipolitikkan ... kesian ... kesian ... !!!

Lepas itu admin jalan-jalan belakang pentas utama, sempat lihat Penyelaras KADUN Penaga (Ust Rosidi), Tuan Pegawai Daerah (Hj Jusni Ismail), ADO, Penghulu Kanan, barisan Penghulu-Penghulu , Pengerusi & Ahli JKKK KADUN Penaga, Kakitangan Kerajaan, para jemputan dan orang ramai telah sedia menanti.

belakang pentas utama ... 
Ust Rosidi dan Tuan ADO .. sembang apa tu ..??

Kanan : Tuan Hj Jusni (Pegawai Daerah SPU) & 
Sdr Rusli (JKKK Penaga)

Ni dia barisan Penghulu SPU , JKKK .. Tuan DO (tengah-tengah)
Ust Rosidi dan Tuan ADO (kanan batek biru) .. 

Penghulu, Kakitangan Pejabat Daerah SPU & JKKK

Muslimat setempat, awal lagi dah sampai ye kak ..!!!
untung Penaga dapat padang Futsal .. 

sementara menanti VVIP tiba , admin merayau-rayau.. 
cari post yang cun-cun sikit ... !!!

Abg Leh (berserban) dan rakan-rakan disambut oleh Tuan DO

(Lepas ni kita cuba buka Gelanggang 'go-kart' kat hujung sana 
pula Tuan DO .... Boleh ke tuan ..??)
 .. mungkin ni kut yang Ust Rosidi cakapkan ..!!!
 "tak mustahil" sampuk si Zukfakar (rakan blogger admin) 
Tuan DO (batek hijau)..  layan je depa ni tuan ...kikiki!!!

dah mula ramai ambil tempat ... kerusi admin mana ???

Banyak lagi yang kosong ... admin dah "cup" yg hujung ye ..
senang nak cabut bila habis program nanti .. kikiki!!!

dari sudut kiri pentas ...

dari sudut kanan pula ...

Tuan ADO (batek merah) sedang melayan para wartawan 

"Chef Kamil" (baju putih berkopiah) sedang menyediakan juadah ... !!
Ni seorang lagi, yang admin suka usik  ... 
Akhi Kamil, makan free ada lagi KE minggu depan akhi ??? kikiki!!!! 

ambil tempat cepat ... lambat sat lagi kena berdiri kat belakang ...

Jam 9.15 pagi, kelihatan kenderaan KM Tuan Lim Gua Eng masuk kejalan utama arah pentas dan gelanggang (before  time beliau sampai), kita layan sikit sausana dan detik permulaan perasmian ... silakan ..!!!

welcome ... !!!

"wah .. gelanggang atas tanah bekas sawah, wah .. hebat ooo "
admin suka dengar olahan bahasa CM ni .. bernada ...!!!

siap untuk memulakan majlis .. MC dah ambil tempat dah .. !!

bertanya khabar dulu ... 

Bacaan DOA .. diketuai Penghulu Azhari .. Amin .. amin..

Amin ..amin...  amin ..

Geng-geng wartawan admin .. cuma berlainan media aje,  
tujuan sama, tugas menyampaikan maklumat ..!!!

masing-masing berbaju kuning, putih dan hijau ... admin suka warna ni .!!! 

ada lagi gambar ...??? banyaknya ... kikiki!!!

Majlis bermula dengan ucapan aluan Ust Rosidi, lepas tu ucapan perasmian KM Lim Guan Eng, dikuti menanda tangani 'plak', kemudian KM diringi Ust Rosidi gunakan jentera "bulldozer" (bajak dalam bahasa kampung admin, masa kecik-kecik dulu) mengorek tanah sebagai simbolik Perasmian Pecah Tanah GELANGGANG SUKAN RAKYAT Kg Guar Tuan Syed .. 

Sedikit fakta .. : 
No 1.  Peruntukkan bina Gelanggang Rakyat ini ialah RM150,000.00.

No 2.  10 buah Syarikat memasuki tender sebutharga dan projek berjaya diperolehi oleh syarikat MBN Teguh Enterprise.

No 3.  Gelanggang adalah yang pertama dibina dalam KADUN Penaga, dan yang pertama dibina oleh Kerajaan Negeri diKepala Batas dari zaman BN memerintah.

No  4.   Gelanggang meliputi gelanggang "futsal", gelanggang takraw & gelanggang bola jaring (netball). 

Dan last sekali, pastilah majlis ditutup dengan Jamua Ringan yang agak Berat juga .. kali ini admin kena makan last sekali, pasal sibuk ambil gambar orang je ... untungnya orang last ni kena jadi tukang habiskan makan ... kikiki!!!

Lepas ni admin nak biarkan tuan/puan melayari gambar-gambar ini tanpa komen lagi .. admin nak habiskan "mee-hun, karipap, tepung talam dan pisang" kat meja sebelah bersama bro Zahir (JKKK Kuala Muda Penaga).... kikiki!!!































Satu yang admin wajar puji pemimpin Pakatan Rakyat ni, sambil menjamu selera (KM Lim Guan Eng tidak makan yang berat-berat, sekadar minum sahaja) .. beliau masih masih menerima aduan rakyat marhaen secara terus, tanpa protokol. Malah beliau sedia menerima teguran dari rakyat yang tidak puas hati atas sesuatu urusan tanpa mengira keturunan ... 

Dalam pada tu pun admin dengar macam-macam soksek, desas-desus yang negetif pada beliau ... memang kita tak mungkin dapat puaskan hati semua orang ... namapun manusia ...   






Tidak lupa admin abadikan juga beberapa wajah-wajah mereka yang terlibat dalam menjaga keselamatan KM dan orang ramai, sepanjang program berlansung ... lihatlah wajah-wajah bodygroud ini ... sedia berkhidmat ... !!!

Bro Roslan memberi post terbaiknya bersama KM .. !!!

Ni dia, SAF Bodyguard yang mengawal selia program dan 
keselamatan semua, terutama VVIP ... TQ Bro ...

Sebelum berakhir program, admin sempat minta KM berikan
satu post terakhir bersama Ust Rosidi .. 
KM ok je ... TQ Big Boss .. kikiki.!!!

Dah panjang dah admin berceloteh, sampai jumpa lagi ... jaga diri, keluarga dan para sahabat kita semua, muga tetap dalam kerahmatan ALLAH swt .. insaalllah .. !!!! 

**Dari  Surah ke 22 (Al-Hajj) ayat ke 11 yang bermaksud : "Dan ada diantara manusia ada yang menyembah ALLAH hanya ditepi; maka jika ia memperolehi kebajikan, tetaplah dia merasa puas, dan jika dia ditimpa oleh sesuatu bencana, berbaliklah dia kebelakang. Rugilah dia didunia dan diakhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."

wallahhualam ... terima kasih .... as'salam ... !!!

Berita Menarik Penaga Daily