Thursday 8 March 2012

"PASAR BISIK" KUALA MUDA AKAN BERHIJRAH TEMPAT-PROJEK TEBATAN BANJIR SG MUDA

As'salam dan Salam Sejahtera..... sihat dan gembira disisi keluarga tersayang hendaknya buat semua pembaca yang dikasihi ALLAH swt....AMIN...!!!



Pagi tadi 8 Mac 2012 (Khamis), admin dihubungi Pembantu Khas Penyelaras KADUN Penaga, Abg Wan... 


Katanya.. ada perjumpaan dan lawatan tapak antara pihak pentadbiran Pejabat Daerah & Tanah Kepala Batas, agensi-agensi Kerajaan Pusat & Negeri, beserta Penyelaras KADUN Penaga dengan pihak kontraktor Projek Tebatan Banjir Sg Muda (disebelah area Penang)...



Antara Agensi Kerajaan yang terlibat ialah Pejabat Daerah & Tanah Kepala Batas (DO & ADO), UPEN, LKIM, JPS-RTB, JPS Daerah,  Penyelaras KADUN, Pemimpin-Pemimpin Tempatan dan REDMAX (pihak kontraktor).. 



 Dari Peguam jadi Ustaz, 
kini nak jadi Akitek pulak ke Tuan Rosidi..kikiki!!!

 Lawatan Tapak...

 Antara binaan banguan yang terlibat...

 Penyelaras Kadun bertemu Pegawai UPEN

 Antara pimpinan setempat yang hadir....

Tengok betul-betul PLAN tu TUAN-TUAN..
Nanti salah tempat yang mahu dibangunkan.. 
jangan Tebatan Banjir jadi "Kondo" pulak nanti....kikiki!!!


Bagi kerja-kerja Tebatan Banjir ini lancar dan selesai mengikut perancangan, semua Pasarana nelayan, jeti, PASAR BISIK dan Pusat Pemasaran Hasil Laut yang sedia ada, dan beberapa rumah kediaman penduduk setempat, terpaksa dipindahkn bagi menyiapkan kerja-kerja berkenaan mengikut yang masa dirancangkan... 


Semua yang terlibat menerima PAMPASAN berpatutan dari pihak Kerajaan, serta akan,  dan ada yang telah pun dipindahkan kekawasan berhampiran..


Akan dirobohkan...

Juga terlibat.... roboh dan ganti tempat lain...


Admin nampak kerja-kerja pembersihan kawasan berkaitan Projek TEBATAN BANJIR ini sedang giat dilaksanakan...






Selepas ini kita akan melihat Pasarana dan Jeti Nelayan Kuala Muda akan berubah tempat dan wajah ... adakah PASAR BISIK akan semeriah sekarang..?? wallahhualam...


 Ok "Side visit" dah selesai...jom balik...HUJAN ni...

Apa agaknya yang dibincangkan mereka ye....kikiki!!!

Apa pun, segala usaha kerja Projek Tebatan Banjir disamping menyediakan Pasarana Baru kepada Para Nelayan Kuala Muda ini, admin berharap sangat-sangat, agar ianya mendatangkan Faedah, Memudahkan dan Menyenangkan semua pihak, terutamanya kepada Para Nelayan dan Rakyat Marhaen dikawasan Kuala Muda ini...insaALLAH...


"Biar Rakyat menikmati yang terbaik, kerana RAKYAT adalah MAJIKAN Kerajaan..."


**Dari Surah An-Nasr : ayat ke 3  yang bermaksud : "Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadanya, sesungguhnya IA sangat-sangat menerima taubat".


wallahhualam...terima kasih...As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily