Tuesday, 6 March 2012

ADAM ADLI DISAMBUT MERIAH dan DIIRINGI PROVOKASI DIPENAGA (Part One) **HI-TEA BUMBUNG 5**

As'salam dan Salam Sejahtera .... alhamdulillah admin makin bertambah-tambah sihat, begitu jugalah admin DOAkan buat semua Warga Penaga dan Warga Pembaca Budiman ...AMIN.


Alhamdulillah, tugasan membawa balik Adam Adli untuk beramah mesra dan menceritakan sendiri gerakkan Kebangkitan Mahasiswa masa kini kepada warga Kepala Batas, dan Penaga khasnya, berjaya direalisasikan oleh Penyelaras & JKKK KADUN Bertam pada 5 Mac 2012 (Isnin), dengan dibantu oleh Penyelaras & JKKK Kadun Penaga. 


Perancangannya telah lama dibuat, tetapi dik keSIBUKkan Adam Adli MENGEMBARA seluruh Malaysia dan lebih dulu berjaya diTEMPAH oleh rakyat negeri lain, membuat kami di Penaga, Kepala Batas menahan RINDU DENDAM (admin ajuk kata-kata Muslimat PAS Kepala Batas aje...kikiki!!). 


Memandangkan Anak Muda ini dah berada diKAMPUNG  sendiri... pengisian masa beliau telah dimanafaatkan sepenuhnya sepanjang beliau disini...itu pun beliau cuma ada masa lebih kurang 12 jam di Penaga dan Kepala Batas... admin perhatikan, jika kini masa untuk dia bersama Ibu Ayah dia pun dah amat-amat terhad, bagimana jika dia dah BERISTERI pula nanti?? ... silap-silap nak jengah Mak Bapak Mertua pun TAK DAN....kikiki!!! .. mungkin ini memang RUTIN hidup aktivis kot??


Walaupun Adam Adli anak kelahiran Penaga yang membesar "REMAJAnya" diKuala Lumpur, kemudian menyambung persekolahan di Kepala Batas Penang, sering mendapat tempat di media-media sejak peristiwa 17 Disember 2011... admin tak SUKA memberi komen berkaitan beliau sebelum ini, kerana cara admin melapurkan SESUATU ISU berdasarkan maklumat yang diperolehi sendiri, bukan diambil dari mana-mana blog atau sumber orang lain.... so setelah mengikuti sendiri lintas lansung sesuatu kejadian, barulah admin berani melapurkan dalam blog ini....kikiki!!! (panjang sikit komen kali ni)...


Bermula dari HI-TEA bersama Muslimat PAS Kepala Batas di Dewan JKKK Bumbung Lima.. Adam Adli bersama "Kakak Barunya" Saudari Aiman Athirah Al Jundi (Ketua Lajnah Penerangan Muslimat PAS Pusat).., admin ikut mereka hingga berCERAMAH dimalam harinya bersama seorang lagi Adam.. (Kharul Nizam@Adam AMK Kedah) dan Wakil tuan rumah yang dikasihi, Ustaz Rosidi Hussain... 


admin akan cuba sampaikan ceritanya bersama GAMBAR pula....


 Orang Lama...Cikgu Azmi buka majlis Hi-Tea..
...dengan ZIKIR MUNAJAT.... 
ALLAH, ALLAH..ALLAH.. ya ALLAH.. 
HASBI RABBI JALALLAH..MAFIQALBI GHAIRULLAH...
NUR MUHAMMAD SALLALLAH....NUR MUHAMMAD SALLALLAH....
kemudian, awal katanya...majlis ini SANTAI....

 adik Adam Adli, dan kakaknya Aiman Athirah ...
seorang dari Penang, seorang dari Sabah..
di Bumbung 5 bersatu pentas dengan izin ALLAH....

 Muslimat yang amat menanti-nanti ketibaan Adam...
Majlis Ramah Mesra IBU-IBU dan Anak Muda...
ada yang berkenan nak buat Menantu dah....
nasib kau lah Adam...kikiki!!!

 Ayah-ayah yang beri sokongan turut datang menjengah...
nampak ke...gelap banyak gambar ni...maaf ye...kikiki!!

 2 orang belakang tabir sedang tunggu tetamu sempat
sembang kesihatan masing-masing... 
admin DOAkan dua-duanya SIHAT diberi ALLAH swt..amin...

 Aiman Athirah Al Jundi....
-ISA masih digunakan , walaupun PM dah umum mansuh.. 
masih ada yang kena tahan..hingga ada yang dah meninggal..
nama masih dalam siasatan tahanan ISA ...
-Berada dalam PAS kerana ISLAM, bukan kerana PAS itu Parti semata2..
dah berada 20 tahun dalam PAS.... 
-Bawa pengertian ISLAM sebenar dalam kehidupan... 
cara paling afdal tarik rakyat kepada PAS... 
-Jangan terlalu TAKSUB pada Pemimin hingga TAK BUKA MINDA...
mesti ada fikiran dan idea tersendiri sama....
-PAS berani tegur kepincangan Pemerintah...
-Usul Dakwah LUAS....ada pelbagai kaedah.
-Bapa dan Atuk Polis...
-Kebangkitan Anak Muda diluar kelaziman hidup perlu ada..
..baru ada kemajuan dan perubahan..
-Ada yang dapat RM500, dah tak datang mesyuarat cawangan... 
-Pengurusan kekayaan Malaysia tidak amanah.., 
disalah guna oleh yang memerintah...
-Abad ke 21 untuk Islam BANGKIT...Yusuf Qardawi cakap...
-Yang nak join Demo... bawa keluarga, DEMO cara santai...
solat taubat, hajat sebelum keluar rumah...
semuga berakhir hayat dalam Jihat... mati dimana-mana pun mati...
-BANTU AGAMA ALLAH, bukan setakat Bantu PAS sahaja..
-Ingat lagu ni..masa 901 ... 
"jaga-jaga putrajaya.. Pakatan Rakyat sudah TIBA"

 Belum apa-apa, kita "bergambar" dulu..
nanti dah ramai NO Chan....

Adam Adli.... "The Bettle"...kikiki!!
-Zaman Mahasiswa singkat, guna dengan bijak...
-Pemimpin-Pemimpin ramai dari Aktivis Mahasiswa masa dulu..
kerana prahatin dengan keSUSAHan Rakyat Marhaen...
contoh..Almarhom Ust Fadzil Noor, Mat Sabu, DSAI, Ibrahim Ali..
dan ramai lagi...ada yang lahir dari hidup susah juga...
-Kisah masa kecil buat Demo kat sekolah rendah, pasal...
Lepas Exam UPSR, kena exam Sek Keb lagi, Sek Ugama bagi cuti... tapi 
masa exam Sek Ugama, Sek Keb tak bagi cuti... 
so ajak satu kelas baikot exam hujung tahun Sek Keb Darjah 6...
dari Darjah Satu sentiasa dapat no1 tiap penggal...
tapi hujng tahun darjah 6 dapat paling corot... tanda protes...
-Kisah kena penjara masa Demo... kena ugut bunuh dan pijak,
tumbuk, simbah asid.. kereta kena rosakan dan simbah cat, 
pindah randah diburu samseng upahan..
disorokkan rakan-rakan demi keselamatan..
digantung 3 Semester di UPSI..
-Empat Imam Mazhab juga di penjara demi Kebenaran...
-Diasuh dari kecil melalui BUKU-BUKU Tokoh Perjuang2 Islam
yang ayah Hadiahkan... mula kenal perjuangan...
-Mahasiswa bukan perjuangkan sesuatu PARTI, tapi.. 
isu KEBENARAN..BEBAS AKADEMIK.. 
AUKU minta dihapuskan, mahu mahasiswa bebas dapat POLITIK 
macam Anak Muda lain juga... BARU ADIL...
tak terikat pada Parti semata-mata.. PEGANG pada KEBENARAN..
-Jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.. Mahasiswa akan
KEKAL kuasa Ke3... "Cheak & Balance".. tetap TEGUR..
-Terharu orang kampung terima Perjuagan...lebih bermakna
dari sanjungan dari orang luar kampung... itu lebih AFDAL..
 -Yang PENTING dapatkan RESTU IBU BAPA... 
kepada IBU BAPA berilah restu pada Perjuangan Anak-Anak...
jika ada Anak yang tak dapat RESTU ibu bapa, 
BERUSAHAlah FAHAMkan Ibu Bapa kita dengan BERHEMAH
-Bila buat salah, ingat diri....muasabah diri... Istiqamah..
-Matlamat arah tuju perjuangan kena JELAS..
MUSUH utama Perjuangan ialah...
"KEMEWAHAN MELAMPAU"
-Ingat kata-kata Tuan Guru Nik Aziz masa melawat beliau... : "Adam,
saya baca hal kamu, teruskan berPENDIRIAN yang kamu pegang,
tanpa diPEGANG oleh sesiapa, kamu Mahasiswa ada jalan Sendiri.."
(panjangnya BEBEL admin pasal kamu Adam oiii...kikiki!!!)

 Seisi Dailog Ramah Mesra...
anak Adam dah ada CALON?? kikiki!!
Macammana nak jadikan Anak Ibu juga Pejuang macam kamu??
Sementara kena gantung  18 bulan... buat apa ??
dah tak kerja gerai Nasi Arab dan Char Kuew Teuw...atau
kerja kedai buat TEH/Kopi kat Kedai Pokok Rambutan lagi ke??
kikiki!!!... semua soalan cepu mas...kikiki!!

 Kenangan bersama pengajur majlis Hi-Tea...

 Peminat seangkatan Muda dari Sg Petani pun datang...
Tak takut jadi WANTED juga ke dik...
Adam Adli ni budak Bahaya.....kikiki!!!

 Pak Lah, Azman dan "Orang Muda Kita".. 
BODYGUARD paling SETIA BERJASA
ALLAH sentiasa BERKATI KALIAN...
Keselamatan Tetamu, Tanggungjawab TUAN-TUAN... berat tu..

 Ibu-Ibu sedang menanti kedua-dua Anak Muda...
santai sambil sembang-sembang petang....

Saat-saat bersama IBU Tersayang, masa berMANJA yang
terhad digunakan sepenuhnya... 
Ibunya Redha kongsi Anak dgn Masyarakat... 
admin terpaksa edit wajah Ibu demi keselamatan, serta...
Si-ibu PESAN kat admin..
tak mahu glamor macam anak, katanya...kikiki!!!

Sila ikuti "Part 2" kembara Adam Adli & Aiman Atirah seterusnya nanti... PANAS masa Ceramah dgn Provokasi Samseng Upahan... jika admin rajin cepat postnya ...jika tak ...TUNGGU...kikiki!!

**Dari Surah Al-Ahzaab : ayat ke 38 yang bermaksud : " Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang ditetapkan ALLAH baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan ALLAH yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-Nabi yang telah lalu. Dan (ingatlah) peritah ALLAH itu ada lah satu ketetapan yang ditentukan berlaku".

wallahhualam...terima kasih....As'salam....

Berita Menarik Penaga Daily