Sekarang negara sedang diserang isu "sokong dan lawan" Negara HARAM Israel...., sampai isu sebenar ; RAKYAT PALESTINE, hampir hilang dari bualan Rakyat Marhaen Malaysia ni....
PELIK Malaysia ni, apa yang digaduhkan sekarang bukan lagi isu kita BANTU Palastine lagi .... TAPI duk lawan siapa yang BANTU Israel selama ini...pulak dah... barulah admin tahu, yang selama ni MALAYSIA adalah rakan AKRAB Israel rupanya. Tak kira siapa yang dikatakan memBANTU tu.... KAU ke AKU ke,... kan ke kita ni Negara Islam... kikiki!!!
Pada 8 Mac 2012 (Khamis), DS Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan ceramah isu ini Markaz PAS Pungsu 1000 selepas solat Isyak...
Seperti biasa, admin tak akan lepaskan peluang dalam ceramah-ceramah sebegini, pasti menyelit aje bersama isteri, anak-anak dan rakan-rakan FB & Bloger lain dicelah-celah hadirin... walaupun tapak ceramah malam tu basah dan lecah/becak, tak kurang dari 5000 hamba-hamba ALLAH yang dahagakan maklumat "terus" dari mulut tuan punya badan datang, membanjiri tapak ceramah... sampai "kering" semula padang tu....kikiki!!!
dari kanan : Datuk Mansor Othman (Tim Ketua Menteri I Penang)..
DS Anwar Ibrahim.. sempat "twitt" lagi Datuk Seri...kikiki!!
Ust Khalid Man (Tim Pesuruhjaya I PAS Negeri)
MC Majlis, Abg Rahman Kasim (Ketua Penerangan PAS tasek Gelugur)
Berucap (terlindung) Ust Soid Md Amin (Ketua Dewan Ulama PAS Penang)
Awal-awal lagi admin dibisikkan oleh Abg Rahman, semasa menunggu waktu Solat Isyak disurau markaz, yang dua Wakil Palestine tidak dapat hadir ceramah atas sebab-sebab KESELAMATAN... kecewa sikit admin.
Bang Rahman, ulas pasal YAHUDI dari....
zaman "PEMBANTAIAN" Hitler hingga ke hari ini.
*Jenuh Bang Man buat pengumuman Program / Ceramah untuk kawasan
sekitar Kepala Batas minggu depan :
i). 9 MAC, Makan Malam Sempena Hari Wanita, Dewan Budi Penyayang.
ii). 10 MAC, Padang Benggali ceramah YB Azmin Ali,..
YB Salleh Man & YBDatuk Mansor.
iii). 11 MAC, Paya Keladi Hujung ceramah Rafizi Ramli & YB Firdaus Jaafar.
iv). 15 MAC, Ptg Rambai Penaga ceramah Dato Mahfuz Omar,..
Steven Sim, Yusni Mat Piah, Azman Nasrudin dan Johari Kassim.
v). 18 MAC, Tmn Sepakat (Affin Bank) K.Batas ceramah ADAM ADLI,
YB Firdaus Jaafar & YB Yusmai Yusuf.
Ketua Dewan Ulama Penang Ust Soid Md Amin..
Hanya mahu berucap selama 5 minit,
mahu beri masa yang panjang kepada DSAI
kerana beliau pun nak juga dengar kupasan DSAI isu israel ni....
Ust Kahlid Man pun cuma ulas pendek malam tu...
Juga nak bagi ruang masa yang lebih pada DSAI katanya....
-Ulas beza antara PAS dan UMNO dalam pendekatan ISLAM
-PAS semakin diterima Rakyat Marhaen...
sudah ramai yang berani menyokong secara terbuka
-PM & YM ronda satu Malaysia kempen untuk BN...
-1.7 Trillion wang Negara keluar secara SENYAP-SENYAP
dari zaman Tun Mahathir lagi...
-Jika kerajaan jujur nak agik kekayaan negara,
serap melalui KOPERASI...ramai dapat rakyat rasa... bukan Kroni/NFC.
Bank Bumiputra lingkup...ganti CIMB..
Minta MELAYU Penang, bagi kerusi DUN yg umno pegang bagi kat PAS/PKR
Non muslim dah ramai faham isu Islam dari penerangan PAS...
YB Mansor Othman ..
Mengalu-alukan kedatangan DSAI...
(admin tak dapat ikut sangat ucapan beliau, sibuk kat belakang pentas
jumpa ramai rakan-rakan lama dari KL yang mengiringi DSAI...)
...tak berani nak komen jika tak pasti isi ceramah yg tak didengari.. kikiki!!!
siapa tak kenal lagi .. BUKAN RAKYAT MALAYSIA....kikiki!!!
terlalu panjang ceramah dan banyak isu yang dibangkitkan,
TERUTAMA isu Israel... bagaimana BN pusing dan "SPIN"
ulasan DSAI dalam temuramah AWSJ....
admin lihat masing-masing DIAM dan Khusyuk mendengar...
cukup dengan fakta, gurauan, sindiran, emosi panas yang terkawal..
Banyak sangat yang dijelaskan, tapi admin malas nak komen panjang2...
cuma antara ringkasnya...difitnah, jumpa dgn pemimpin Palestine, Turki
Tunisia dan ramai lagi...yang admin tak ingat..
(selalu admin catit, tapi malam tadi leka/khusyuk sampai tak tercatit..kikiki!!)
Dr Yusuf Qardawi doakan beliau dan Malaysia...
-Suruh Pemuda-pemuda bangkit dan sedar dengan KEBENARAN
dan sentiasa Berkata BENAR... Islam bagi kebebasan bersuara.
-Galakkan Pemuda Amalkan Surah Al-Kaffi, kuatkan jiwa PERJUANGAN
ada iktibar penting dalam Surah itu....
-Orang Tua-Tua pun kena berkata benar pada yang Muda-Muda,
walaupun Pahit...
-DEBAT untuk bagi Rakyat Faham dan Nilai sendiri Isu Sebenar..
tapi...!! Berani Ke?? nanti terdedah semua YANG BUSUK-BUSUK..
Nasihat admin, jika ada Ceramah atau Program Penerangan disekitar tempat anda.. rajin-rajinkan diri menyertainya.... Maklumat yang disampaikan tak ada dalam TV3, Utusan dan lain-lain Media arus perdana.... jika nak harap admin ni, bukan 24 jam rajin menulisnya.... bila angin / mood admin DINGIN, "ciput" ajelah maklumat yang disampaikan ... kikiki!!!..
Kita layan sikit lagi gambar yang sempat admin rakam...
kikiki!!! adik-adik admin jadi pemuda baik-baik
bila dapat bergambar dengan Tokoh Ulama PAS Penang..
Empat pemimpin dari berlainan latar belakang pendidikan
TETAPI dengan SATU tujuan...tumbangkan REJIM..
Admin tak dapat rakam secantik mana, dalam gelap malam...
lihatlah berhimpit-himpit atas Padang BASAH...
sampai kering padang lepas mereka balik...kikiki!!!
Poster ni ada 2 helai, diambil oleh seorang Tua dari simpang menghala
ketapak ceramah Pungsu Seribu malam tu.., dia buat alas tempat duduknya..
BERANI betul Pakcik ni ambil depan budak-budak muda samseng tu...kikiki!!!
Caya lah Pakcik...
**Dari Surah Al-Kaffi : ayat 13 - 14 yang bermaksud : " Kami ceritakan kepada mu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan bena (*715 : yakni bukan seperti yang dikatakan atau yang difahamkan oleh kaum-kaum Yahudi, Kristian dan Musyrik yang tidak berasas), sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah pertunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : 'Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah lain darinya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran".
wallahhualam....terima kasih...As'salam...