Thursday, 15 March 2012

RAZIMI vs LEMBU SYARIZAT DI PAYA KELADI Part 2. (NAK PINJAM JAGUAR & FERRERI DATUK ROSLAN SAIDIN)

As'salam dan Salam Sejahtera.... admin sentiasa menDOAkan kesihatan yang terbaik buat semua, terutama kepada IBU admin yang jauh dari diselatan Malaysia... AMIN..!!!

Kita sambung cerita kita dari Paya Keladi, Pinang Tunggal....!!!

Ustaz Idrus Ahmad ambil podium... panjangnya ceramah beliau.. admin dapat satu "port baik", pengajur bagi kerusi & meja, senang nak catit lapuran... panjang pun tak pe lah, selesa.... kikiki!! TQ Ust Hadi & Bro Bukhori, memudahkan kerja admin...

Ust Idrus Ahmad..."saya bukan Ust Azhar Idrus dalam DVD tu ye...
 pengerusi yang tersasul tadi tu",...
admin pun terpanggil beliau begitu tadi...kikiki!!!  
-Negara kita Demokrasi, semua berhak dan bebas bercakap, ada undang-
undang yang kawal kita...jangan bimbang bercakap yang BENAR..
-TV3 dan Utusan dah tak mampu bantu kerajaan BN, hinggakan...
PM & TPM terpaksa turun berceramah kekampung-kampung...TETAPI..
bawa cara bandar dan tak MAHU susah macam Rakyat Marhaen, 
khemah siap ada air-cond... makan mewah-mewah...
dan dah tak percaya kat pemimpin tempatan umno bagi ceramah,
terpaksa turun sendiri... kikiki!!.. awat Najib takut ke??

-Di Arab, terpaksa berperang untuk dapat kebebasan demokrasi, 
kita tak perlu begitu, DOA dan Dakwah dari para Ulama, Malaysia aman...
Pemimpin boleh beri ceramah , asal tidak diprovokasi...Aman...
-DiKelantan, tak siapa dizalimi, sampai TG Nik Aziz bagi ucapan...
"Khabarkan jika ada sehelai bulu roma rakyat Kelantan yang diCABUT..
sepanjang PAS perintah"..... punyalah adil kat rakyat...
-Hassan Ali (malas admin nak sebut nama dia, tapi terpaksa lapur juga)..,
dikatakan paling kuat "aqidahnya"... TETAPI.. sejauh mana??,
kenapa bawa cerita fitnah dan serang PAKATAN... ??
BETULkan aqidah umno tu dulu...
-Antara syarat syahid pertahan Aqidah, wajib buat persiapan  sebelum
turun perang..., dah tahu boleh kalah, kena atur strategi supaya menang...
-Patut JAKIM jaga aqidah umno, jaga Agama, tegur Jamil Khir..
**(panjang lagi ni...tahan tak baca??)...kikiki!!!

-Isteri PM tak tutup aurat...mana Ulama umno??
-MCA kutuk HUDUD, umno biar...
-Negara Berkebajikan tak difahami umno... ini hanya satu dari
"Tagline"..."Motto".. yang boleh berubah-ubah, DASAR tak berubah....
CONTOH : Perjanjan Hudaibiah, Nabi saw sanggup padam tulisan ...
Nama Pujian ALLAH yang segala Maha & nama penuh Nabi saw
(macam dalam ucapan syahadah umat Islam)... 
demi mahu menarik hati non muslim masa itu, tapi dasar Islam KEKAL..
-Kita boleh pakat dengan non muslim tentang kemungkaran, 
lawan kezaliman dan tuntut kebenaran..
-MCA tinggalkan Najib & BN jika kuatkuasa HUDUD Islam dlm BN...
DAP pula hormati Islam dalam PR, atas dasar demokrasi dan tidak tentang
-Nak gelak besar...Ust Badrulamin dikata khalwat, tapi berseorangan..!!
"awas, lepas ni sapa masuk tandas seorang-seorang dah
 boleh kena tuduh khalwat"..kikiki!!

-Kedah dikata runtuh surau.. Trengganu runtuh Masjid Bujal lagi...
Kedah runtuh surau, nak buat baru..lebih baik, disamping beri pampasan..
Masjidil Haram pun runtuh nak repair baru...kikiki!! kecik punya hal...
-Pakatan tak GAM Ustaz, tak tarik tauliah, hidupkan majlis ilmu..
..itu cara hidupkan aqidah, bukan fitnah sana sini...
-makin pening dengan umno yang sekejap A, sekejap B.. kikiki!! 
Flip-Flop...Flip-Flop....  
-Najib terpaksa minta maaf pada rakyat Kedah pulak...katanya,
"pemimpin BN dulu dah buat silap, bagi peluang semula kat BN"...kikiki!!
BOLEH PERCAYA KE, selepas 54 tahun baru SEDAR???
Ucapan yang memalukan BN aje.... Najib..Najib...PM..PM.. Flip-Flop..
Tagline baru BN Kedah "BN menang Kedah senang".... tu dia,
 awat ni...sebelum ni ZALIM ke..!! 54 tahun dulu duk tipu rakyat ke??


-Tunjuk selalu Kedah dalam TV Bersama Mu, 
yang daif-daif aje... lagi HARU-BIRU..
bila tanya kat penduduk tu, berapa lama DERITA ni... jawabnya
kikiki!!!.. "DAH 20 TAHUN LAGU NI.." ... siapa perintah masa tu??
PAKATAN baru 3 tahun CEK oiii...kikiki!!!
-Isu krisis PAS Kedah, selesai cara MUSYAWARAH..., beza pendapat,
biasa dimana-mana, bagus, ada perbincangan.. 
"Lagikan Lidah Lagi Tergigit, ini kan pulak Suami Isteri" Lagu lama!!


-Kedah "No Rasuah".. Sifar Rasuah....
-TGNA pun dituduh rasuah, pergi Mekah atas tajaan...pasal apa dengki ni!!
Rasuah : bila nak satu projek, beri imbuhan dulu...ni TAJAAN lah...
iklas dari yang Sayang TGNA... jeles la tu... kikiki!!
-Nak Dunia ?? SOKONG Pakatan Rakyat, dapat dunia... air free,
cukai tanah rendah, TOL tiada, hasil negara/negeri diagih pada rakyat
 Nak Akhirat pun dapat dengan... Im'marah majlis Ilmu, Amanah..
tak rasuah... patuh pada ALLAH...jujur/adil perintah..
-Hak siMiskin pada siKaya.... ZAKAT...
-Masjid DiKelantan tak ada yang baru... pasal Masjid lama masih cukup,
tak penuh lagi, penuh baru buat yang lain... APA YANG PENTING??
Pengisian Ilmu dalam Masjid tu yang utama...


Sampai turn Rafizi Ramli....
-Muqadimah : Adam Adli (anak Kepala Batas) dah sama popular
kat Malaysia dengan Tun (Pak Lah), mantan PM kita yg ke 5...
Ceramah Adam Adli di Trengganu 400 orang datang, ..tapi,
ceramah Hassan ali sebelah Adam Adli cuma ada 400 kerusi kosong..
-"ROSLAN SAIDIN pakai kereta mewah didalam
kampung yang rakyat susah payah nak sara keluarga, mana dia "keserderhanaan"
-Syarizat tak tawar diri lagi jadi Menteri...sebenarnya dah sampai
"TARIKH LUPUT".. faham betul-betul ye... bukan letak jawatan...
-Dari mula isu LEMBU ini PANAS, sampai 6 bulan baru ni nak mengaku..!!
-Sampai hari ni belum minta maaf pada rakyat, siap nak selak2....kikiki!!


-Rakyat dah naik marah... umno akan dihukum jika tak berhenti,
jadi petualang Negara, berbelanja cara tak betul, TIRIS....
-NFC lambang TIDAK BETUL dalam umno, menggambarkan
segala kepincangan pemerintah / kroni... MACAM di Pinang Tunggal..
ada Roslan Saidin yang kaya, tapi tidak fikir pasal rakyat sekeliling...
pakai Ferrari dan Jaguar, tayang kat sapa dalam kampung ni??
-Kak Jat kata ini isu suami, dia tak telibat...tapi tak kan tak pernah
nak tanya suami dan anak, mana dapat duit belanja mewah ni??
-balik umrah, tak balik rumah, balik Kondo, tak tanya anak 
mana dapat duit beli kondo JUTA-JUTA..
-Beli Kondo tingkat 8 di S'pore , dibawah kondo ada "PUB" 
kepunyaan pembeli Kondo tu...
SIAPA dia??..duit mana tu?? Juta-Juta lagi...


-Kat KL pun ada kondo, mulanya takut kena saman pasal kata beli 1 biji kondo
tapi bila dibetulkan siSuami... ada 2 kondo lah pulak...kikiki!!!
-Orang Pertama dedah Isu Lembu NFC ni ialah DSAI masa sidang Parlimen
bulan MAC 2010, diulang lagi pada bulan JUN 2010..
-Diarahkan oleh DSAI agar pi Gemas, kira Lembu sebenar di NFC tu...
pasal diri akauntan, kenalah pi kira....maka.. 
jumpa ladang terbesar diAsia Tenggara (5000 ekar keluasan padang ragut)
"bermula episod Rafizi dikatakan DEDAH isu NFC"...jadi mangsa keadaan.
-Menyamar jadi pembeli / penternak lembu dari Selangor... 
baru dapat cerita siapa sebenar disebalik NFC dari budak kerani...
-Lembu hanya ada dalam 1000 ekor dalam satu masa.. sepatutnya 3000 ekor.
-Seekor lembu dapat keluasan 5 ekar padang ragut dalam satu masa.
-Hanya 20 ekor disembelih seminggu untuk restoran orang kaya di S'pore
milik keluarga Syarizat juga...


-Kerani NFC diayatnya, dedahkan siapa tuan punya sebenar..
yang teratas, Kak Jat, follow by Suami...anak-anak.... bongkar semua..
-Bila nak balik, cuma nampak 4 ekor aje... 
-Takdir, Kuasa ALLAH bantu pendedahan bila Noh Omar kata...
NFC projek besar yang berjaya, cabar MP Pakatan, kata iri hati
dengan kejayaan anak muda buat projek Lembu yang berjaya....


**-Tanggungjawab Kerajaan kepada NFC (ikut perjanjian)...:
1. Berikan tanah kepada Syarikat NCF secara PERCUMA..
2. Kena Bina Pagar untuk 5000 ekar ... NFC masuk bersih, cuci kaki...
3. Bagi Pinjaman RM250, tak perlu bayar cepat, tanpa cagaran dan 
bila bayar balik dengan kadar faedah 2% aje.... 
"GILA ke APA perjanjian ni.."


**Tanggungjawab NFC pula pada Kerajaan...:
1. Tiap tahun kena bela 60,000 ekor lembu (bukan 3000 sahaja) ...
2. NFC kena bawa rakan niaga luar negara yang ada teknologi tinggi 
hal LEMBU, dan pindahkan kepakaran pada Malaysia....
3. Tiap-tiap Tahun kena cari dan didik 310 orang anak muda jadi 
penternak dengan sebanyak 500 ekor untuk setiap seorang tahun.
"bila ALLAH nak aibkan tak ada siapa boleh TUTUP lagi..."
-Polis dan SPRM lebih suka cari siapa punca yang dedah isu ini,
tak minat nak siasat ISU ini pun....
**(kan admin dah kata, panjang ucapan mereka ni)..kikiki!!


-E-mail dedahkan lagi, dari "Lembu bin Lembu" tidak dapat diNAFIkan
oleh Keluarga Syarizat, TEPAT dan BETUL, info yang diberi tu.
-Zaman sekarang tak payah naik kapalterbang nak beli Lembu...
zaman pakai Internet/Call, selesai jual beli....
-Jual daging pada syarikat sendiri dari hasil daging NFC..
-TAK aibkan dia pun, minta pulangkan DUIT rakyat
-Beli Spring 10 kat putrajaya, nak bela lembu ke??... TETAPI...
bila CEK... tanah tu sebelah rumah PM Najib....


-Tuduh DAP dan Peniaga Cina yang bekal maklumat NFC... SEBENARnya,
dasar S'pore yang TAK RAHSIAkan jual beli....TELUS...
-Adik-adik / anak-anak kita keluar Univesiti kana hutang pada PTPTN..
tapi anak menteri boleh beli macam-macam, bebas.. 
-Rakyat jadi pencuri susu tin untuk beri anak minum...silapnya dimana??  
*"GEMPAR SELEPAS SYARIZAT....TUNGGU PENDEDAHAN YANG
LEBIH HEBAT "SUSPEN" MELIBATKAN
"PERDANA MENTERI, DS Najib Tun Razak pulak...."
-Lebih kotor dan jijik...
-Sepingan Jamuan Makan Majlis Petunangan Anak PM Najib RM 522...
lebih mahal dan beza dengan beri Rakyat RM 500 untuk 54 tahun


Layan gambar-gambar kenangan selepas Ceramah...


 Mengetuai DOA mohon keberkatan program dan kemenangan
bagi Pakatan Rakyat dalam PRU13...amin...


 Tuan Rumah, mengaminkan DOA.....insaALLAH...


 Santai lepas cermah...pekena Roti Benggali & Kari
lawan dengan Kopi O lagi sedap.....kikiki!!! 
Bab makan admin tak LARI....


 Cecah kari bang.... MENTONG ye...


Macam tak puas hati dengan admin je Boos...
awat, tak cukup Roti Benggali ke boss??? kikiki!!!


 Biasa lah... lepas Ceramah, kerja mengemas kita sama-sama bereskan..
Unit Amal.. tulang belakang sesuatu ceramah jadi sukses... 
Syabas Pak Lah & The Gang


 Sembang sebelum berpisah....entah bila boleh jumpa lagi...


 Alhamdulillah...majlis selesai...semua ok, tanpa gangguan..
Berkat Perjuangan dijalan Kebenaran demi Rakyat kerana ALLAH swt


Tu dia, Ust Idrus Ahmad bawa sekeluaga datang ceramah...
senang, sambil bertugas dapat bawa keluarga berjalan.....


Tak payah komen panjang-panjang lagi .... nanti makin boring pada tuan/puan semua... CUKUP SAMPAI DISINI...berjumpa lagi...insaALLAH...

**Dari Surah Al-Mu'min : ayat ke 39 yang bermaksud : "Wahai kamuku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat negeri yang kekal".

wallahhualam....terima kasih....As'salam..

Berita Menarik Penaga Daily