Friday, 30 March 2012

PEMERGIANNYA MENINGGALKAN RIBUAN JASA KEPADA RAKYAT PENANG: didikasi buat seorang sahabat.!! ..Al-Fatihah.

As'salam dan Salam Sejahtera... Alhamdulillah, dapat kita bersama kembali dengan diringi doa buat semua...  AMIN..!!

Subhanallah..!! masuk hari ketiga baru admin berjaya menulis kembali disini, kesibukan bermasyarakat telah menyekat untuk bersiaran. Ini membuat admin semakin menginsafi akan erti sebenarnya "NIKMAT masa LAPANG", sebelum "DATANG waktu SIBUK" bagaimana yang Nabi saw riwayatkan dalam hadithnya... Wallahhualam...!!!

Pada 28 MAC 2012 (Rabu), admin sempat bersama beberapa rakan mengikuti ceramah umum yang disampaikan oleh Dr Dzulkefly Ahmad (YB Kuala Selangor) dan Sdr Steven Sim (Bendarhari DAPsy), turut berpidato malam tu adalah beberapa pemimpin tempatan.

Admin tidak dapat menunggu hingga habis ceramah seperti biasa hari tu, kerana semasa YB Dr Dzulkefly mula berceramah, admin mendapat panggilan kecemasan dari seorang rakan yang lebih memerlukan perhatian admin. Masa mahu beredar dari majlis bersama Isteri, admin sempat juga bersalaman serta mengucapkan  "Assalamualikum"  kepada SAHABAT ini...!!

Rupanya itulah saat terakhir admin bertemunya, dan ini adalah majlis terakhir beliau untuk program bersama RAKYAT. Kerana dimana sahaja admin pergi bagi program bersama rakyat, beliau pasti ada. Beliau memang "pejuang rakyat" sejati. Namun dalam usia yang masih "MUDA", beliau telah dipanggil pulang mengadap ALLAH swt, TUAN sebenar diri kita yang lebih menyayanginya dari kita....!! 

Pada petang esuk harinya, selesai Solat A'sar admin telah menerima pesanan SMS dari rakan, memaklumkan Sdr Bahktiar terlibat dengan kemalangan dan meningal dunia ditempat kejadian. Admin dan isteri terus kehospital Kepala Batas, kerana jenazah beliau dibawa kesana.

 "..Innalillah hiwainna ilaihirajiun.." .

 "AL-FATIHAH".. buat ..
Almarhom Sdr BAHKTIAR APPANDI BIN YAHYA, 
Ahli Majlis MPSP.

 Rakaman terakhir yang sempat admin ambil...!!
Kiri : Almarhom bersama Sdr Steven Sim..
pada malam 28 Mac 2012 jam 10.00 malam yang lalu..!!

 Dari kiri : Sdr Mohamed Nasir Mohammad..PKR Sg Dua,
YB Dr Dzulkefly Ahmad.. PAS Pusat,
Sdr Syed Mikael Rizal Aidid..S/U AMK Penang,
Almarhom Bahktiar Appandi Yahya.. Ahli MPSP..,
Sdr Steven Sim.. DAPsy Penang...
*Kenangan terakhir bersama -rakan-rakan Pejuang Rakyat..!!

 Motosikal almarhom yang terlibat dalam kemalangan maut..!!
semua hanya tinggal kenangan... Al Fatihah..!!

 YB Dato' Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Penang..
(kemeja putih berkopiah)...
antara yang tiba awal di Hospital Kepala Batas dimalam kejadian..

Kemalangan maut yang melibatkan almarhom..
juga membabitkan sebuah lori... 
gambar ditempat kemalangan, ehsan Paksu..!!

Ramai rakan-rakan dari Pakatan Rakyat, MPSP, Exco-Exco negeri..,
sempat datang menziarahi, menyampaikan takziah dan 
memberi sokongan moral kepada keluarga almarhom..!!
**Tidak terdapat dalam gambar :
termasuk Tim Ketua Menteri I Datuk Mansor Othman,
YB Malik Kassim, YB Phee Boon Poh,  YB Lim Hock Seng..,
dan ramai lagi pemimpin negeri yang admin tak dapat sebutkan disini..

Pemergian almarhom satu kehilangan dan telah selamat disemadikan diperkampungan  beliau pada malam tersebut juga. Admin bagi pihak keluarga menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dari mula hingga selesai dalam menyempurnakan pengkebumian almarhom. Sementara bagi pihak rakan-rakan, admin menyampaikan SALAM TAKZIAH kepada seluruh keluarga Almarhom, semuga semua ahli keluarga terus sabar, redha dan tabah menghadapi ujian ALLAH swt ini. 

Admin dan warga keluarga Penaga Daily mendoakan agarAlmarhom ditempatkan oleh  ALLAH swt bersama "Para Syuhada".. AMIN..!!

**Dari Surah Al-'Ankabut : ayat ke 57 - 59 yang bermaksud : " Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). Dan orang-orang yang beriman serta beramal salih, Kami akan tempatkan mereka dalam mahligai-mahligai di Syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya. Demikian balasan sebaik-baiknya bagi orang-orang yang beramal salih. (Iaitu) mereka yang sabar, dan mereka pula berserah diri bulat-bulat kepada Tuhannya".

wallahhualam....terima kasih....As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily