Sekali lagi Pusat Zakat Pulau Pinang, melalui Penyelaras KADUN Penaga Ust Rosidi Hussain, yang juga Ahli Majlis Jabatan Agama Islam Negeri PP, telah menyampaikan Bantuan Zakat kepada 23 INSAN-INSAN terpilih dari kawasan KADUN Penaga bagi yang layak menerimanya.
**(asnaf yang 8 sahaja layak ye... DILARANG / HARAM kepada yang nak jadi ASNAF ke 9 pulak...kikiki!!!)
Juga didalam program yang sama, dengan kerjasama Pejabat Daerah & Tanah Kepala Batas, 4 orang telah menerima Bantuan Bencana Ribut dari Kerajaan Negeri, yang berlaku baru-baru ini.
Kesemua mereka menerima bantuan kewangan dari RM200 ke RM1000, bergantung pada keperluan dan penilaian khusus dari Pusat Zakat Negeri.
Majlis Bantuan Zakat....!!!
Tn Hj Abdullah Khalid, JKKK Ptg Janggus...
MC... "program petang ini baru saja mula...."..
dengan suaranya yang bak buluh perindu...kikiki
SEBUT betul-betul Pak Lah.... nama admin ada tak??
Bertempat diDewan Kelompok Padi Lahar Kepar, Penaga. 10 MAC 2012, selepas usai SOLAT ASAR, majlis berlansung ringkas dan penuh barakah....alhamdulillah...!!! Turut bersama dalam majlis itu ialah Sdr Azahari Zainal, Penghulu KADUN Penaga dari Pejabat Daerah & Tanah Kepala Batas....
YDP PAS Kepala Batas, Peguam & Ust Rosidi Hussain..
Sedikit pencerahan MINDA dan maklumat semasa, sempat disampaikan...
-Orang ramai makin yakin dengan PUSAT Zakat Negeri ...
dalam mengagihkan bantuan zakat sejak tahun-tahun kebelakangan ini,
menyebabkan pungutan Zakat 2011 meningkat ke RM60 juta...
Pengurusan yang Amanah, dipercayai rakyat...
-Oleh kerana Lembaga Pengarah Pusat Zakat Telus, Jujur dan Amanah..
ada YB-YB Hak Sebelah Sana yang marah, bila "anak buahNYA"
tak terima zakat kerana tidak LAYAK, setelah dikaji oleh Pusat Zakat...
-Tiap kita ada tanggungjawab didunia yang akan disoal diakhirat kelak,
jika tak jujur kerja , ada DOSA yang dibawa kesana nanti...
-amalkan solat malam / qiyaimulaiy bersama Isteri & anak-anak
-Didik anak cara Islam... era kebangkitan Islam.... ALLAHHUAKBAR...!!
2 gambar diatas, antara yang hadirin .....
Sementara gambar dibawah, adalah penerima bantuan ZAKAT
**(yang berbaju T-Shirt Kuning berkacamata ialah,
Sdr Azahari Zainal, Penghulu Kadun Penaga)
Sementara 4 gambar dibawah
adalah penerima bantuan Bencana Alam
"Ribut di Penaga, minggu lepas..."
Meringankan beban orang yang tidak berkeupayaan dan membantu yang susah, adalah tuntutan Agama dan satu dari amalan-amalan mulia... SAHAM akhirat.....!!!
**Dari Surah At- Taubah : ayat ke60 yang bermaksud : " Sesungguhnya sedekah-sedekah (ZAKAT) itu hanyalah untuk orang-orang Fakir, dan orang-orang Miskin, dan Amil-Amil yang menguruskannya, dan orang-orang Mu'allaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk Hamba-Hamba yang mahu memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang BERHUTANG, dan Pejuang-Pejuang (berbelanja) pada jalan ALLAH, dan orang-orang Musafir (yang keputusan bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari ALLAH. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
wallahhualam.....terima kasih....As'salam...