Mawar..oh Mawar..!! Ada juga yang panggil bunga "rose"... tapi disini, yang admin mahu war-warkan ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilancarkan secara rasmi penubuhannya di Dewan Budi Penyayang Kepala Batas pada malam 9 Mac 2012. Perasmian disempurnakan oleh YB Chong Eng (MP Bukit Mertajam), merangkap Presiden "Good Governance And Gender Equality Society, Penang - (3Gs)" bersempena dengan HARI WANITA SEDUNIA, hari ini.
MAWAR..(Persatuan Kebajikan Wanita Pulau Pinang)... begitulah nama NGO yang baru ditubuhkan kira-kira sebulan yang lalu oleh "sekumpulan MUSLIMAT prihatin" dikawasan Kepala Batas amnya, dan diPenaga khususnya, yang mensasarkan keahlian serta kegiatan mereka dari kalangan WANITA untuk semua bangsa di Penaga, Kepala Batas dan umumnya Pulaiu Pinang...
Idea menubuhkan NGO ini terbit dari keprihatinan sekumpulan 'WANITA BESI" yang diterajui oleh Puan Kalsum Said, dengan dibantu oleh Kak Zah (Puan Azizah) bersama barisan SUKARELAWAN yang kuat iktizamnya untuk membantu Ibu-Ibu Tunggal, Anak-Anak Yatim dan gulungan susah yang lahir dari kepincangaan rumahtangga, dengan dorong kuat dari Penyelaras Kadun Penaga Ust Rosidi dan Penasihat MAWAR Sdr Zulkefli Md Lazim....Syabas, Syabas, Syabas dari admin...
Sempena perasmian MAWAR pada "HARI WANITA SEDUNIA" ini juga, satu Wacana Khas yang bertemakan "KESAKSAMAAN GENDER : SATU PENGENALAN" telah diadakan sebelum perasmian berlansung. Ahli Panelnya terdiri dari YB Chong Eng sendiri, Hjh Aida Yusof Rawa, Lembaga Pengarah Penang Women's Development Corporation (PWDC) dan Cik Sri Husnaini Sofian CEO PWDC, dengan moderatornya ialah Sdr Mohd Khir (Tim YDP PAS Kepala Batas).
Memulakan program perasmian MAWAR, ialah Majlis Makan Malam, admin cuba sampaikan maklumat bersama gambar..... teruskan bersiaran...kikiki!!!
Banner menyambut tetamu....
Abg Long ni bagi sokongan kepada penubuhan MAWAR,
dengan membeli meja jamuan Makan Malam "mawar ku, sayang ku..kikiki!!!"
Sibuk Kak Long, Kak Ngah, Kak Cik semua ye.... sian..!!
Tak dapat admin nak tolong.... nanti My Darling "Jeles"... kikiki!!
Meja Urusetia dan cabutan bertuah...
tapi admin memang tak ada tuah dalam mana-mana cabutan bertuah !!
pasal hang TUAH dah sapu semua tuah admin kut..kikiki!!!
jadi hang JEBAT demi RAKYAT dan KEBENARAN sajalah yang mampu..!!
Admin difahamkan, jualan tiket Jamuan Makan Malam terhad kepada 280 orang sahaja, nasib baiklah admin sambar 2 tiket hari tu awal-awal, dapat bawa "MEM" makan malam sempena Hari Wanita Sedunia ni... nak bawa pergi "HOTEL BESAQ" tak mampu lagi, kat sini pun ok juga... dapat pulak tambah rakan taulan kepada Isteri sama...
Sambung berita bergambar ... Makan Malam
Ust Rosidi & keluarga bersama Sdr Tarmizi & Isteri
sempat tiba ikut waktu Malaysia... ikut waktu Bangladesh, NASI habis...
WALAUPUN... kita diMalaysia ni, insaALLAH belum lagi KELAPARAN
seperti diEtopia dan lain-lain negara MISKIN.... tetapi...
jika kita biarkan REJIM terus mengkhianati Hasil Negara,
tak mustahil kita akan KEBULURAN sama seperti negara miskin juga..
NAU'ZUBILLAH....
Keluarga Bahagia Cikgu Azmi@Pazil... tiba ON TIME...
Seronok lihat keluarga ni sentiasa TOGETER-GETER...
admin bagi gelaran.... KELUARGA CONTOH 2012... kikiki!!
Peguam bertemu Peguam.... jangan saman admin ye....kikiki!!!
Puan Mangaleswary (Naib Pengerusi Wanita DAP Penang),
Suami dan anaknya disambut oleh YDP PAS Kepala Batas & the Gang..
From kanan with love : Ust Taufek, Bang Wan kite...!!
dan seorang RAKAN yang admin tak ingat namanya...maaf ye... kikiki!!
Rakan-rakan dari pelbagai bangsa hadir menyokong MAWAR..
kerana MAWAR bukan SEKUNTUM... dan,
Kumbang pula bukan seekor...tapi..
jika kita bersatu, amat indah sekali, bagaikan...
sejambak MAWAR....
Hadirin menunggu ketibaan VIP....
mana YB-YB dan yang bukan YB ni??..lambatnya, LAPAQ dah ni..!!
BERSABAQ no.. SABAQ tu sebahagian dari IMAN...kikiki!!
Ustazah lambat... meja dah penuh, pi duduk meja lain...kikiki!!
Pemuda DAP sokong MAWAR... beli 2 meja malam ni...
"lihat isyarat jari anak muda tu, 3 jari".. Pakatan Rakyat katanya,
PAS, DAP, PKR = 3 bersama-sama...
HIDUP PAKATAN, HIDUP RAKYAT ...HIDUP MAWAR...
Lapaq dah no... depa tak baca DOA lagi, mana boleh makan...
nanti tak BERKAT rezeki tu.... MENGUJI KESABARAN...
Pemuda PAS Kepala Batas, tak ketingalan menyokong...
sapa tak sayang MUSLIMAT.... indah seperti MAWAR lagi...
Pendokong Kuat PAS ... dari kanan Osman Ayub, Kamil
"nanti kenalkan dengan admin sahabat baru ni ya Ust Osman ye..."
Tulang Belakang Majlis Makan Malam dan MAWAR...
teringat lagu "Sekuntum MAWAR merah, sebuah pusi indah..
TAPI...yang ni
bukan Sekuntum...Sejambak MAWAR....kikiki!!!
Jalil and The Gang... lambat bangun dari meja, kena BAYAR Extra...!!.
Dari meja VIP...semua ada Pasangannya...
Semua Meja berjaya diJUAL... tahniah Urusetia...
Ustaz Taufek memulakan Majlis Makan Malam dan WACANA KHAS..
"ALLAH HUMMA BARIQLANA, FIMARAZAQTANA..
WAKINA AZABANNAR.. amin..."
Ok semua, KITA MAKAN DULU.... kikiki!!..
Maaf semua!!, admin dah malas dan mengantuk ni... pembaca budiman tunggu sajalah sambungan POST dalam SIRI kedua, yang akan memuatkan berita WACANA KHAS Sempena Hari Wanita Sedunia..... insaALLAH... (bila?? wallahhualam..kikiki!!).
** Dari Surah A-Li 'Imraan : ayat ke 92 yang bermaksud :"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya".
wallahhulam....terima kasih.... As'salam...