Sebelum ni, admin ada kata yang siAdam Adli "Hilang" selepas majlis makan malam, diculik ke dia?? .. kikiki!!... DAK Ehh...!!! dia naik ke Pejabat MTD PAS Bertam dibanguan berdekatan untuk Solat Isyak berjamaah bersama keluarga dan AJK penganjur.. Saja admin "gempak"... kikiki!!
"Jenderal Kanan" Unit Amal Kepala Batas, Pak Lah..
disyaki terlibat "menculik" Adam Adli, dan mempastikan anak muda
ni dapat Solat Is'yak di pejabat MTD Bertam malam tu....kikiki!!
PakLah letih, kena disoalsiasat dan didera oleh admin...
memaksanya mengembalikan Adam kepada orang ramai...kikiki!!
Selepas makan malam, budak Adam ni akan dipaksa berceramah bersama YB-YB dan pemimpin setempat Kepala Batas & Penang, jadi mana boleh dia balik lagi. Kenalah tunggu program ceramah habis pulak....
Yang admin nak TABIK kat PAKATAN RAKYAT Kepala Batas ni ialah, cara gerakkerja mereka. Selain dari Adam Adli yang akan berceramah, diundang sama ialah YB Firdaus Jaafar (YB Jerai) dan YB Yusmadi Yusof (YB Balik Pulau), tetapi kita merancang, ALLAH jua yang mengizinkan.
Bila YB Firdaus terlambat sampai seperti dijadualkan kerana "kepadatan" jadual kerjanya, sementara YB Yusmadi tak dapat mai lansung (masih diKL, sibuk Sidang Parlimen), admin ingat Adam seorang ajelah yang akan dipodium "with MC" Ust Mohd Akhir Che Mat malam ni. Rupa-rupanya "senjata pelapis jentera penggempur" mereka dah "ready", bila CALL terus sampai berduyun-duyun....kikiki!!... cayala Mr Bukhori &
The Gang....
Ust Mohd Akhir membukakan majlis dengan
mengajak semua hadirin bacaan "Ummu'l-Kitab"..Al-Fatihah...
Muga majlis diberkati ALLAH swt..
-Peringat dari "Amanat" Almarhom Ust Fadzil Noor,
sumber kewangan PAS dari poket Ahli, penghargaan kepada
ahli-ahli yang selama ini tak putus-putus bantu Parti..
-Pakatan Rakyat, bukan lagi sekadar jadi Pembangkang
(cheak & balance) dalam Parlimen, TETAPI..
Dah Layak jadi Pemerintah Kerajaan PUSAT.. Takbir..!!
kiri : Amir Ghazali, Adam Adli dan Ust Hafiz Kasim
yang mula-mula ambil tempat...
Mula-mula muncul Sdr Amir Ghazali, kemudian Ust Hafiz Kassim (Ketua Pemuda PAS Kepala Batas), lepas tu muncul Ust Hadi (Penyelaras Kadun Pinang Tunggal), diikuti Tn Hj Johari Kassim (Ketua Penerangan PKR Penang),.. majlis mula meriah...
dari kiri : Sdr Amir Ghazali, Ketua AMK Penang...sedang SMS isteri ke??
Adik Adam Adli, semua dah kenal budak muda ni...
Mr Bukhori Ghazali, selalu jadi mangsa kamera admin, semua kenal dah.
Mr MC mantop : Ust Mohd Akhir Tim YDP PAS Kepala Batas..
Kemudian tiba pula "Orang Besi" Penaga/Kepala Batas Ust Rosidi Hussain (YDP PAS Kepala Batas, Pengarah Pilihanraya PAS Penang yang juga Penyelaras Kadun Penaga) diikuti Ust Afnan Hamimi (S/U Dewan Pemuda PAS Penang) sebelum akhirnya YB Firdaus Jaafar pula tiba. Kejapan aje kerusi VIP dah penuh...kikiki!!!
Ust Rosidi kemudiannya bergegas meninggalkan majlis kerana menghadiri mesyuarat dan urusan penyampaian hadiah pertandingan "Futsal" di kawasan Kepala Batas juga, belum lagi jadi YB, sibuknya mengalahkan Menteri Ust Peguam ni....kikiki!!!
Sdr Amir Ghazali (di Podium)..
dari kiri : Ust Rosidi & Adam Adli (macam adik dengan abg je),
Hj Johari Kassim & Sdr Bukhori sembang sakan..
(2 Ketua Penerangan, seorang PKR, seorang PAS, habis diterangkan..)
*yang seterusnya, admin catitkan dlm gambar berikut...dibawah.
dari kanan : Ust Hadi, bertungkat dagu ye Ust, letih la tu..!!
Ust Hafiz Kassim, admin tak berani usik, tak rapat lagi...
(nanti bila dah mesra, siap le Ust, admin kacau kamu...kikiki!!)
Ust Afnan Hamimi (kemeja putih), leka dgn "I-pad".. Twitt ke FB ??
yang seterusnya semua dah dikenalkan diatas....kikiki!!!
Ceramah bermula dari Sdr Amir Ghazali, dikuti Tn Hj Johari Kassim, seterusnya YB Firdaus Jaafar dan Ust Afnan Hamimi. Admin tak mahu ulas panjang pengisian ceramah mereka ini, semua berkisar isu-isu politik semasa. Kerana sudah kerap kita dengar, biar sikit-sikit aje komennya.. nanti ramai yang boring, asik pasal politik aje.
Admin akan ulas lebih kepada celoteh Adam Adli, pasal yang ni lain sikit... "non partisan body" budak ni.....kikiki!!.... Jangan marah ye penceramah-penceramah lain...!!
Ketua AMK Penang..Amir Ghazali..:
-Gangguan ceramah oleh samseng (dari mana?).. tak berilmu
-Emosi Orang Tua-tua perlu dibelai selalu..
hati-hati dengan emosi nakal yang bodoh....!!
-Siapa zalimi Melayu Penang?? LGE ?? bukan baru ni lah oiii
-Angkatan Muda dah sedar, lihat Adam & Mahasiswa bangkit..!!
-Banyak projek sedang dibangunkan di Penang dan semua
untuk rakyat...(banyak, malas admin nak ulas...sorry ye)...
Selepas Sdr Amir, Tn Hj Johari Kassim pula ulas berkaitan isu-isu semasa. Admin rasa sama dengan Ceramah beliau pada 15 MAC 2012 di Kg Baru Penaga hari tu. Jadi sila rujuk dalam POST terdahulu (rujuk http://penagadaily.blogspot.com/2012/03/kerana-mu-samseng-episod-1-hijrah-dari.html ).....kikiki!!, admin dah kena penyakit malas ke??...kikiki!!!
Tengah (yg pegang BEG...bukanlah beg semahal beg KakMah ye)..
ialah Ust Firdaus Jaafar, YB Jerai & AJK Dewan Pemuda PAS Pusat,
baru tiba dan hanya singgah untuk ceramah,
sebelum bergegas ke KL,
sebelum bergegas ke KL,
esuk pagi giliran berhujah diParlimen...,
Tabik la YB.. dalam sibuk-sibuk
Tabik la YB.. dalam sibuk-sibuk
sempat beri ruang kat org Kepala Batas.... terbaik YB..
YB, sampai-sampai terus ambil podium.... kejar masa
sampai masa dah tak cukup... kesian :
-dimana ada ceramah PR, pasti ada bendera umno & BN
digantung sebelah pentas ceramah PR... tak pe, kita biarkan aje,
kan negara Demokrasi, bebas.. (nnt admin post gambarnya ya, LATER)
-SB call kenapa lewat datang ceramah, SB dah boring tunggu KUT!!
-RM500, 59% rakyat yg layak, maknanya kerajaan BN GAGAL
naikkan Ekonomi Rakyat (dibawah RM3000 sebulan)....
59% kekal susah selama 54 tahun BN perintah dan...
yg bawah RM3000 tu, ada yg pendapatan M300-400 sebulan...!!
-Isu Israel, BN nak pengaruh yang atas pagar, yang tak faham isu..
yang hanya baca utusan dan tonton TV3...
Jawapan Paling MUDAH : Kenapa Ulama Dunia (selain ulama BN)..
"TAK KUTUK & SALAHKAN" DSAI... termasuk Dr Yusof Qardawi..
Kecuh dalam Parlimen nak tarik perhatian rakyat melalui
TV & media cetak yang buat liputan besar-besaran...
-NFC, "bezakan" letak jawatan dgn abis KONTRAK senator...
-Cincin 24 juta, diakui Datuk Nazri bila ditanya oleh YB Segambut
-Kementerian Belia & Sukan guna dana untuk disalur
kepersatuan belia negeri sebanyak RM42 Juta,
bagi program "bersantai" bersama bakal-bakal calon BN.
"Anak Muda Terabai"...
(banyak lagi PENDEDAHAN Ketua Audit Negara :
nanti admin buat POST KHAS untuk dedahan dari YB ni :-
Nak pendekkan komen kat sini.. TUNGGU ye, ..) kikiki!!
Masa Ust Afnan ambil alih Podium, YB Firdaus bergegas nak ke KL... jam baru 10.45 malam... pesannya, "pandai-pandai hangpa lah no..."...kikiki!!
Ust Afnan Hamimi...
-1400 tahun dahulu, Nabi saw dah pesan :
"Jika Umat ku lakukan 15 perkara kerosakkan dimukabumi ini,
maka tunggu BALA diturunkan pada Kaum tersebut.."..Nauzubillah...
*kita ambik satu aje : "Bila Kekayaan berlegar diantara Pemimpin
yang kaya sahaja"... Bagaimana sekarang ni??
-Penyelewengan, ketirisan dan salah guna kekayaan
bukan untuk RAKYAT, tapi untuk diri & kroni.
-Tunang anak PM, guna nama JPM.. kata PM bayar sendiri..
RM400,000 dihabiskan untuk makanan saja...
untuk sorang makan & kos-kos lainnya = RM 359.60 seorang.
-Mana "Wasatiyah"nya??, diwar-warkan satu dunia...
cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap....
-Kad kredit mudah diperolehi, syarikat phone jual maklumat
diri kita pada bank-bank, tahu-tahu dah siap kad kredit..
ajar pemuda hidup mewah..muda-muda dah Bangkrap,
nak nikah pun kena belanja besar dan meminjam...
-Lawak pemotong getah : baca papan tanda "dilarang memotong"
tak jadi pergi toreh getah (pada hal itu "sign-board" jalanraya..)
moralnya, umno cari org kampung macam ni untuk terus
"bodoh-bodohkan rakyat" untuk kekal jadi Kerajaan...
-SPR kata 3.7 juta tak daftar undi lagi.. tapi bila PR minta
buat daftar automatik tak mahu walaupun mudah pada semua,
sebab takut, orang muda dah ramai tak sokong BN jika mudahkan proses.
Adam Adli, penceramah terakhir...
kesian kat budak ni, bila-bila pun admin lihat Anak Muda ni
selalu dapat 'Turn last" sekali... pasal apa simpan dia last??
kikiki!!... saja penganjur nak bagi "part kemuncak" kat dia kut!!
-Lahir dalam keluarga sederhana, sikit susah.
-Bukan ahli politik, tapi anak mahasiswa yang sedar keperitan hidup,
prihatin pada rakyat marhaen yang hidup susah,
pengalaman dari hidup diKL dan dikampung..
mengkritik bukan makna Benci, tapi menegur kerana Kebenaran
pengalaman bekerja dikedai-kedai makanan disekitar Kepala Batas
sebelah awal pagi dan malam semasa zaman persekolahan...
- Ingat pesanan Imam Hassan Al-Banna:
"Aku rindukan putera puteri yang tidak tidur lena
kerana turut memikirkan masalah ummat"
-PM Britain David Cameron ucap 'transformasi Britain',
Najib pun nak 'transformasi juga',
tapi David Cameron potong gaji Menteri 5%,
Elaun-elaun khas dll..Najib? Makin boros berbelanja.
-Majlis pertunangan anak+hari jadi = RM480,000.00 ,
gaji PM Najib 'hanya' RM23,000.00.. Mana dapat duit tu?
Berap bulan nak kumpul tu....kikiki!!!
-Isu terbaru, 6 mahasiswa diMesir dari Trengganu,
yang ikut Demo BERSIH dan Demo anti AUKU
ditarik semula PINJAMAN.... zalimnya..
Student tu nak makan apa?? Kata Demorkasi..!!
kata Najib nak pinda AUKU... nak hapus ISA... apa ni??
Rujuk Berita Penuh : http://www.malaysiakini.com/news/192457
-Keluar Univesiti, muda-muda dah berhutang, PTPTN..
kerja belum dapat, hutang dah kena bayar ..
dahlah pinjam RM15,000 aje, tapi bayar balik lebih RM18,000...
Kak Jat "PINJAM" RM250 juta pun tak perlu gesa-gesa bayar,
dengan "BUNGA" 2% aje pulak ... INI TIDAK ADIL..
Gambar masa kenangan diLOKAP Tanjong Malim
"Peristiwa Berdarah UPSI - 1.1.2012"
sambut Tahun Baru cara sendiri dalam LOKAP Polis...kikiki!!
-17 Disember 2011, demo anti AUKU,
dari Masjid Jamek KL hingga ke PWTC..
turun "BANNER" Najib, ...simbolik..
Tapi di fitnah pijak dan koyak "banner" oleh pemuda umno...
"MESEJ" jelas kepada PM Najib, sebagai Ketua Penguasa ...
Mahasiswa tidak bebas bersuara macam teman-teman sebaya
yang diluar Univesity... mana keadilan Hak Rakyat??
-Masuk U pasal nak pandai.... tapi pandai macam mana???
sekarang siapa masuk U, cuma diajar "FIKIR" diri sendiri..,
jauh sekali nak fikir pasal Negara, Rakyat dan Kebenaran..,
-Melahirkan mahasiswa BEKU saperti Acuan yang ditetapkan..,
-Tak boleh kritik dasar yang salah dan yang tidak adil..,
tak boleh berkata benar..,
Anak Melayu nak KEMANA sebenarnya??
Pemerintah takut pelajar bersuara dan pandai menegur ..,
Kerajaan tak semua betul dalam pentadbiran...!!!
-Tahun 70an, Mahasiswa lebih peka dari pembangkang,
mahasiswa akan sampai dan bertindak dahulu dalam menangani
sesuatu ISU, awal dari lain-lain NGO jika berlaku sesuatu ISU panas.
contoh : Peritiwa Kebuluran Baling 1974...
tapi Mahasiswa sekarang dah "DITIDURKAN" oleh AUKU..
-Dulu Mahasiswa bawa "menifesto sendiri", tawar pada semua
parti politik yang bertanding di 13 daerah, diterima oleh Pembangkang,
memberi kemenangan kepada Pembangkang 9 dari 13 kerusi...,
Kerajaan BN takut hal ini berlaku lagi ...dalam PRU13..
"STUNAMI politik"...
Ketika berpeluang mengunjungi TGNA di pejabat MB
dalam gerakerja "Mahasiswa Bangkit" di Kelantan baru-baru ini.
Pesan TGNA "Adam, mu mahasiswa, bergerak cara sendiri, bebas,
tak usah dipegang oleh sesiapa" .. ingat tu Adam...!!!
-Seruan Rakyat Bangkit, melibatkan semua gulongan Rakyat..,
bercakap atas hak seorang rakyat, bukan semata-mata atas tiket politik.
-Anak muda kena sedar, semua nak muda, tak kira dari golongan mana,
Mat rempit cara Mat rempit, mat kereta cara Mat kereta,
anak nelayan cara sendiri, anak petani juga sama, semua kena sedar,
Semua Kena Bangkit... !!!
-Jangan Jual Maruah Anak Muda dengan upah RM20-30 untuk
ganggu program ceramah untuk kesedaran Rakyat Marhaen..
-Pemuda Boleh berhibur, tapi ingat sama pada Rakyat,
bangun pagi, ambil tahu sama isu-isu kepentingan rakyat...
fikir sama hal rakyat selain kepentingan diri sendiri,
-Kerana ambil tahu dan perjuangkan Hak Mahasiswa (rakyat)..
digantung 3 semester.. (setahun setengah) dari pengajian, REDHA..,
tak mahu dipersalah oleh generasi akan datang kerana tidak mahu
menegakkan kebenaran dan menuntut keadilan pada masa sekarang,
-Ingat dan kagum dengan Pak Samad Said (usia dah 84 tahun)
dan Pak Amjal (lebih kurang seusia itu juga)
yang sanggup hilang keselesaan dan kemewahan demi perjuagan,
"PERJUANGAN APA"
**Menumbangkan REJIM, ini pesanan dari Pak Samad & Pak Amjal.
-Negara sedang bermasaalah, walaupun dah 54 tahun diberi kepercayaan..
-Anak Muda kena bantu masyarakat setempat, ayuh anak muda bangun.!!
Buka mata pagi-pagi, fikir sama hal sekeliling kita..,
jangan sekadar habis diFB, twitter, blog...,
bantu dan buat sesuatu diDunia Nyata, bagi kepentingan semua rakyat..
Media sekarang banyak propaganda dan menipu rakyat...
anak muda muda kena sedarkan mereka yang tertipu...!!!
-Lihat PM Najib, memalukan DIRInya dan membodohkan Rakyat,
Menyorakkan Negeri-negeri yang miskin, jadi modal politiknya..
sedangkan Negeri tu dalam Negara mana??
Siapa yang perintah Negara..., inikah Pemimpin ??
-Ingat orang Kepala Batas, siapa yang Jatuhkan dan Malukan
Bekas PM ke 5 kita .. TUN "Pak Lah", insaflan...
sudah-sudahlah la tu, yang kaya pemimpin...rakyatnya ??
"Pilihanraya, BOLEH undi siapa sahaja..,
Asal Bukan Umno"... ingat ABU... ALLAHHUAKBAR..!!
Sedikit gambar, yang sempat admin ambil untuk kenangan semua. Ditempat terang tidak ramai yang kelihatan, tetapi diseberang jalan utama (agak gelap) ramai yang datang mendengar ceramah. Mungkin mereka takut dikenali sebagai penyokong PR bila duduk ditempat terang, maklumlah ini kubu kuat umno...atau mereka memang "alergik" cahaya kut....kikiki.!!! ...LAYAN...:
yang berani duduk tepi kiri kanan, dan depan-depan...!!!
yang lebih berani lagi duduk sebelah pentas...
siap berkelah lagi tu....kikiki!!
Cuba fokas betul-betul, dalam gelap tu, sayup-sayup boleh nampak
hadirin dicelah-celah pokok disebelah belakang sana...!!!
yang ni lansung tak makan saman, duduk betul-betul depan podium...
bukan tahu takut budak-budak Siber Troper Generasi Baru ni..
siap ambil gambar semua orang,
wartawan baru nak belajar hidup budak-budak ni kikiki!!
Peminat setia Adam Adli katanya...!!
Pakar audio generasi terkini... tulang belakang ceramah,
tak kena gaya, dia sabotage PA system, semua lingkup..
Kena buat baik dengan adik PA system ni..kikiki!!
Inlah yang YB Firdaus cakap kat admin tadi...
dimana ada ceramah dan program Pakatan Rakyat,
bendera BN yang banyak kat tapak ceramah...
Ceramah siapa sebenarnya ni....kikiki!!!
"tapi ada sesiapa kisah??"... biarkan...biarkan..
biarkan begitu sahaja... REMEH-TEMEH.. kikiki!!
Panjang pulak komen pagi ni... jika bosan baca lain kali sahaja. Untuk makluman, admin hanya akan menyampaikan berita dari sumber yang sahih. Jika admin tidak lihat & dengar sendiri, admin tak akan melapurkan sewenang-wenangnya, kerana ini akan menimbulka fitnah, dan admin akan bertanggungjawab diakhirat kelak.
**Dari Surah Al-Balad : ayat ke 17-18 yang bermaksud : "Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya disisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga)".
wallahhualam....terima kasih....As'salam.....