Sepanjang "bercuti", mungkin banyak yang admin tertinggal dengan program dan isu yang berbangkit sekitar Penaga dan Kepala Batas, dalam beberapa hari ini... nama pun bercuti... kikiki!!!
(ooppp!!.. nanti ada lagi yang marah bila admin "kikiki!!!" ).... admin tahu ada yang kata admin ni tak serius dalam bermaklumat, "terpulang" pada tuan/puan menilai, tapi ini cara admin berceloteh.. namapun "kebebasan bermaklumat ... demokrasi"... nanti bila admin serius sangat, ada yang tak suka cara tu pulak. Maaf semua ye, so admin buat mana yang sesuai pada jiwa admin.... ini satu kepuasan pada admin...ALHAMDULILLAH...!!!.
Masa menulis ni, admin berada dalam Tren dari KL ke Butterworth bersama isteri tersayang. Dah lama juga tak naik tren ni. Tak banyak berubah, masih macam 5 tahun yang lepas juga, cuma yang bertukarnya kakitangan barisan hadapan. Jauh perjalanan dan tak dapat ikut masa yang dijadualkan masih macam dulu, tapi admin tak kisah pun kerana bukan nak kejar apa-apa...janji sampai....kikiki!!..
Nama aje bercuti, admin tak pergi merayau mana-mana pun, ziarah anak-anak, adik-adik dan rakan-rakan baru & lama.. Sempat juga admin ziarah teman lama, Pak Amjal.. rakan zaman BERDEMO dari tahun 1998 hingga tahun 2006 ... lepas 2006 admin dah jadi warga Penang pulak. Kebetulan beliau buat kenduri dirumah yang juga "restoran" tempat kami lepak dulu... rezeki admin sungguh...
Gambar ?? nak gambar macam selalu... alamak, admin tak ambil banyak gambar pun... yang ada gambar ni aje... so layan....
Gambar biasa KL waktu malam....
Yang admin suka hanya yang berwarna "HIJAU" tu saja..
biasalah dimana-mana bandar, lampu sahaja diwaktu malam..
Indah..!!! tapi tak SEINDAH KAMPUNG....
Bertemu dengan beberapa rakan Media Baru....santai ..
bukan diHotel 5 bintang... kedai tepi jalan je...
tapi PERTEMUAN itu yang MAHALnya....!!!
Ikatan salitulrahim terjalin Indah....
Bersama teman LAMA "adik-beradik" dalam Media Baru,
tapi BARU pertama kali berjumpa...!!!
Selalunya kami berbincang, bertengkar dan bermuafakat..
dalam dunia Maya...
Tapi kali ini dalam dunia Nyata...
Riuh rendah kami bersembang,
macam dah bertahun kenalnya...
padahal tu la kali pertama kami bertemu muka...
ALLAH mendekatkan yang jauh.. ALLAHHUAKBAR..
Sebelum admin beredar pulang... admin terpandang...!!
Seorang pemuda yang terlantar ditiang pusat membelibelah..
bila admin dekati, beliau terkejut dan cuba lari...
sempat admin bertanya "kenapa disini dik?"
dia tak jawab apa-apa, cuma terus makan sedikt juadah....
yang admin beli untuk anak saudara, tapi rupanya...
ketentuan ALLAH, rezeki anak muda ini...
dimana HAK anak muda ini sebagai warganegara Malaysia
Yang Kaya!! Yang Makmur!!...
Dimana perginya Pemimpin kita...
Teringat admin kisah dizaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khataab,
adakah MEREKA ini akan bergelandangan seperti ini??
Sebak admin melihatnya...!!!
sempat admin minta adik KTMB ni "possing"
untuk kenangan malam ini...TQ Bro Zakaria...kikiki!!
Saja admin ambik buat kenangan... minta semua
sukses dalam kerjaya .... TQ bro...!!!.
Memandangkan mata dah mengantuk dan gangguan line 'berukband" pula kejap ada, kejap tak ada.. admin berhenti takat ni....!!!
Maaf semua, gambar dahlah ciput, cerita pun tak ada... pemalas betul admin lepas cuti ni... kikiki!!! Sampai jumpa lagi...
**Dari surah Al-An'aam : ayat ke 59 yang bermaksud : " Dan pada sisi ALLAH jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada didarat dan yang dilaut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis didalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.
wallahhualam.....terima kasih....As'salam...