Saturday, 17 March 2012

KERANA MU SAMSENG EPISOD 2 : "HIJRAH" DARI PTG RAMBAI KE KG BARU PENAGA - "JUMPA TEMAN LAMA"

As'salam dan Salam Sejahtera... alhamdulillah.. sihat, murah rezeki, ceria dan makin semarak perjuangan semata-mata kerana ALLAH swt izinkan....AMIN..!!


Ingat lagikan..!!, cerita kita sampai diSurah Al-Maa'idah sebelum direhatkan oleh iklan tak berbayar .... kikiki!!!.... OK kita sambung bicara ;


Masa Sdr Steven Sim memulakan ceramahnya, YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS Pusat muncul dalam celah-celah hadirin. Tak sempat urusetia bawa beliau ke pentas utama, beliau dah meluru pada kenalan lama masa zaman dia bertanding di kerusi DUN Penaga dalam tahun 70 an (admin budak-budak masa tu, dan tak tahu PRU keberapa, kena buat rujukan lagi lepas ni...nampak dah LEMBABnya admin)...kikiki!!!


Bukan main seronok lagi beliau beramah mesra dengan rakan-rakan seperjuangan. Veteran-veteran ni pun semakin kembali bersemangat admin lihat bila dapat "suntikan baru" dari YB Naib Presiden. Bukan nak "membodek" beliau (admin tak dapat projek apa pun mengampu beliau....kikiki!!), tapi keramahan beliau ni memang terserlah.


Admin masih ingat lagi ketika beliau begitu menyantuni setiap Warga Media masa "Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3" diAlor Setar pada 14 Januari yang lalu. Sanggup beliau memanjat tangga kepusat media diaras 2 Dewan Tertutup Sultan Abdul Halim, sedangkan orang lain sibuk di pentas utama masa tu.... (ok tu cerita lama.... kita komen hari ni punya kes)..


Lihat sendiri gambar Dato' Mahfuz, "hambel" bersama veteran PAS Penaga :


 Selaba aje YB mencelah dalam orang ramai nak jumpa
Rakan Veteran PAS Penaga .... dapat juga masing-masing  
si Pejuang Veteran PAS Penaga ni lepaskan rindunya pada YB...
**"tiba-tiba, admin terasa begitu kecil disisi MEREKA, betapa
Pejuang Veteran PAS ini telah menempuhi jutaan RANJAU Perjuangan
dalam menegakkan Syiar Islam diBumi ALLAH selama ini, 
admin baru berapa hari saja terlibat dalam kancah perjuangan ini...
ALLAHHUAKBAR... betapa untungnya mereka, menghabiskan Usia
mereka dalam Perjuangan Mulia ini... semakin kerdil rasanya diri ini...
admin malu sendiri.... SUNHANALLAH....

 "Tuanlah duduk sebelah YB... ambo ambil berkat aje"...kikiki!!
betapa sopannya yang muda pada yang lama... syukran..

 Anda kenal veteran-veteran ni?? Carilah mereka semasa 
mereka masih kuat, pelajari dari kisah-kisah mereka dalam menggapai
ERTI Perjuangan PAS dari zaman ke zaman...

Bekas Pengerusi Tetap Umno Kota Aur Penaga, Tn Hj Radhi 
(tengah berkopiah & kemeja putih),
 yang kini telah menjadi ahli keluarga PAS, 
sedang menyantuni YB pula.. 
*harap lepas ni makin ramai rakan-rakan dari Umno
 dapat KESEDARNAN dan menyertai PR...AMIN...AMIN...

Kembali fokas pada ceramah dipentas utama, leka admin seketika dengan ketibaan YB Mahfuz tadi, teruja dapat dekat dengan Pemimpin Lantang ni....kikiki!!! 
  
 Tiba giliran Ustaz Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda 
PAS Pulau Pinang, menaiki podium ceramah...
-Ulas pasal keprihatinan Steven Sim menimba Ilmu Al Quran,
walaupun bukan muslim, tapi gigih menghayati Al Quran, 
sedangkan kita (terutama rakan-rakan dari umno), 
tidak mengambil iktibar dari Al Quran, 
malah menidakkan "secara tak sedar", 
hukum-hukum dari Al-Quran, dan menjauhi Al Quran..
-Umno sombong, masa BN pegang Penang..
ada Imam dan Pegawai Masjid yang dipecat, 
masalah timbul bila Imam lantikan Umno tidak dapat
bawa jamaah Solat Subuh pagi Jumaat dengan Surah As-Sajdah.
-Punya takut umno pada PR, kerana KEBANGKITAN rakyat,
sampai ceramah sepatutnya diPtg Rambai dihalang, 
dan dipaksa pindah ke Kg Baru... ADA BERANI?? kikiki!!!

 -Bezakan sendiri ketelusan pemerintahan Pakatan vs BN..
berapa RASUAH pemimpin diKelantan sepanjang 22 tahun 
PAS / Pakatan Rakyat memerintah??
ZERO % rasuah diKedah sepanjang 3 tahun PAS perintah..
-Bekas MB Selangor dipenjara 1 tahun lepas SONGLAP berjuta,
rakyat marhaen curi 2 tin susu sebab terdesak, 
kerana susah tapi anak nak menyusu, kena 2 tahun penjara..
- NFC, dedahan Pakatan.. Suami Kak Jat didakwa dimahkamah 
selepas Kak Jat "habis kontrak Senator".. 
masak LEMBU kena turun naik mahkamah....kikiki!!!
-Memalukan aje, menteri umno bila diajak berdebat pasal isu
"bila TOL dihapuskan, Malaysia Bangkrap?" tak mau datang..
tapi berani kata dari jauh Pakatan cakap tak serupa bikin...DIRI tu??
 (Mana peginya Tan Sri Muhamed Noor Yaacob ye???)...
PLUS : Pantang Lalu Umno Sapu....pulak dah...kikiki!!!
-Mari kita sama-sama AJAR kepada ahli biasa umno, 
betapa pemimpin mereka diatas Kaki Songlap, Kaki Rasuah, 
Kroni, mementingkan diri, abaikan rakyat marhaen...!!
(pendekkan Hujahan, bagi lalaun Naib Presiden berceramah lama)..

Sampai dah kemuncak Ceramah malam itu.... YB Dato' Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS Pusat, Ahli Parlimen Pokok Sena naik pentas. Dari tiba tadi, YB duduk dibawah pentas bersama ahli veteran PAS, puas dipujuk naik pentas, dia kata "is OK disini"... :

 -Kagum dengan semangat rakan-rakan veteran PAS Penaga yang 
masih aktif membantu gerakerja dan menyumbang dizaman IT ni...
-Cerita kenangan berkempen masa PRU bersama Mat Sabu diPenaga
pada tahun-tahun 70an...kempen atas LORI...
-Surau Lebai Pak Ya' banyak simpan kenangan, 
banyak dah perubahan Surau ni, dulu bertiang tinggi...
-Dulu non muslim takut dengan PAS, la ni jadi kawan..sebab 
dapat Tarbiah dari Pimpinan PAS Pusat hingga ahli akar umbi..
-KEADILAN SOSIAL,
adalah lapangan dakwah yang terbaik dalam melayani non muslim..
*contoh : Saidina Ali dgn Yahudi, kes kecurian Baju Besi, 
bawa kemahkamah Islam.. Ali kalah sebab tiada bukti,
lawan kagum sistem undang-undang Islam yang adil, peluk Islam. 
*contoh : Nabi saw beri kuasa pemegang kunci Kaabah kekal 
ditangan Yahudi yang amanah, hingga Yahudi tu terima Islam...
(warisnya KEKAL Pemegang Kunci Kaabah hingga sekarang..)
TETAPI umno tak lihat Keadilan Sosial ini, mereka sombong..
*Zaman Khalifah Umar Al Khataab : Gabenur Amru bin As' rampas
tanah Yahudi nak buat Masjid, yahudi mengadu dan diberikan
TULANG oleh Khalifah sebagai jawapan, pening..!!
atas tulang ada satu garisan lurus, WARNING, supaya ADIL..
Gabenur menangis insaf, pulangkan tanah, Yahudi masuk islam..
akhirnya tanah diwaqaf buat Masjid...
*tapi umno tak faham semua ini....Keadilan Sosial...!!

-Asnaf Zakat dah jadi 9...kikiki!!!!
tambahan dari AMIL kepada JAMIL...
-Najib umum BR1M 500, betul ke nak ringankan beban rakyat..??
congak-congak dapat RM9.259 setahun dari 54 tahun perintah,
berapa KUPANG sehari?? nak RINGAN ape macam tu??
siap cakap, pemberian tu untuk rancakkan ekonomi rakyat, 
hingga dapat tingkat ekonomi Malaysia, dan dunia..kikiki!!
(memang mantop ZERO, Najib PM berhujah...kikiki!!!)..
-Beri RM100 pada budak sekolah, 
berapa "SEN" dapat belanja setahun??
**BELI "SAGON" PUN TAK CUKUP LA NI....**

-Belanja makan majlis pertunangan anak PM Najib, 
RM400,000?? Betul KE???
Jika betul...siapa punya duit??..kenapa nama tuntutan 
diRESIT ditujukan kepada Jabatan PM...bukan Tuan Badan...
Jika bayar duit sendiri pun, mana dapat duit banyak tu??
  
-Lambang Keborosan dan Pembaziran BN dan kerajaan PM Najib
-Tukang jahit baju diterbangkan khas, dari Malaysia ke Australia..
untuk UKUR badan isteri PM, tapi tak mengaku...
setelah 3 minngu baru nak nafikan dengan datang pula
seorang artis dan penggiat fesyen pakaian mengaku baju-baju
tu adalah untuk pertunjukan fesyennya..
so Kak Mah dah jadi MODEL ke pulak???
-Belum sentuh pasal Cincin, gelang, beg tangan lagi....!!!
**Shopping SAKAN nampak....kikiki!!!
-Harijadi PM Najib disambut dengan belanja RM80,000....
KEK BESAR MANA???...kikiki!!!
rasa kesian kat YB Firdaus Jaafar (YB Jerai), 
sambut brithday dengan Kek RM30 aje, tepi airport dgn
rakan-rakan & staff-staff penerbangan aje....kikiki!!
**(kira ok lagi tu YB, admin lansung tak sambut, No kek...!!)

-Hakim-hakim kena sindrom "takut" pada pemerintah,
hilang ketelusan sejak zaman Tun DrM...
Hakim tak bebas buat keputusan mahkamah, 
tunduk pada kerajaan.... hilang WIBAWA Hakim..
punya takut!!, sampai Tun DrM dan Hakim dah pencen,
baru ada HAKIM yang berani bersuara dan komen...
 Kerana itu ada Hakim kena BALING kasut dengan Imam..

-ISU Gaji : kakitangan awam jadi bahan UJIKAJI politik Najib
dengan SBPA dimain-mainkan, kejap lulus, kejap tarik balik...
MENTERI KEWANGAN tak kaji betul-betul masa buat
keputusan, SAPA menteri TU?? Layak ke jadi PM jika begini
MR Flip-Flop... flip-flop berterusan...sampai bila??
BOSS-boss makin senang, staff sokongan dapat CIPUT...
BAGUS batalkan, tetapi ambil kesempatan, pusing cakap...
mengaku pulak dia HERO kakitangan awam, prihatin kononnya..
ganjaran pencen yang tertinggi kat BOSS tu ialah
RM500,000... baru seorang... semua ada 36 orang, 
staff biasa dapat apa?? 
-Mahkamah kata ada kes Ling Liong Sik, 
mantan menteri yang kaki SONGLAP... tipu Kabinet..
maknanya Kerajaan Kena TIPU oleh Raja Penipu..
Kerajaan LEMAH, TAK LAYAK perintah NEGARA

Bosan ke??, admin banyak sembang sekarang ni...tengah rajin buat catitan. Mari kita lihat sedikit lagi gambaran masa dan selepas ceramah, sebelum tutup "KEDAI"...

 Mengikut kiraan kasar admin dan rakan-rakan,
kehadiran mencecah hampir 1000 orang... ramai juga,
walaupun malam ini, di Ptg Pauh ada ceramah Rafizi Ramli 
dan Bob Lokman.... kabarnya disana pun ramai...

 Jika tidak ada halangan dan provokasi dari samseng,
admin rasa, lagi ramai akan datang... namun, 
dari maklum balas yang diterima,
Majoriti penduduk Kg Ptg Rambai membenci tindakan
provokasi samseng-samseng itu....

 -YB Mahfuz dan Ust Yusni pekena karipap lepas ceramah..
admin sebat Mee Goreng 2 pinggan...

Orang lama...veteran PAS Penaga lepak bersama YB...
orang muda, Sdr Anuar (MC bertugas), temankan tetamu...

Dah panjang admin melalut... tutup kedai sementara waktu, ada isu berbangkit dan maklumat terkini kita bertemu lagi, insaALLAH....!!!

**Dari Surah Al-Furqaan : ayat ke 2 yang bermaksud : " Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahannya; dan DIAlah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna".

wallahhualam....terima kasih.....As'salam....

Berita Menarik Penaga Daily