Tuesday, 27 March 2012

RAHSIA yang BUKAN lagi RAHSIA - HUBUNGAN DAGANG MALAYSIA & ISRAEL

As'salam dan Salam Sejahtera... mendoakan kedua IbuBapa kita satu dari amalan Mulia, sampai masanya nanti kita pula akan diDOAkan oleh anak-anak kita, insaALLAH...Amin..!!


Kali ini admin suka mengulas "SIAPA.. Malaysia?" disisi negara "HARAM" Israel. 


Kerana sekarang ini, rakyat jelata masih dikelirukan dengan isu perhubungan kedua negara ini. Kerajaan BN kata mereka tiada hubungan POLITIK dengan negara Israel, tetapi bagaimana dengan hubungan DAGANGAN??


Siapa "TARGET" siapa dalam isi Israel ni..??
Jangan salah "Bedek"... nanti peluru makan tuan..!!! 

Kita benci keganasan Israel...!!
Mari sama-sama kita nilai SIAPA kita..
disisi Negara Haram ini...!!


Terus kita merujuk kepada Data Rasmi Statistik Perdagangan Komoditi Persetubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebelum kita pergi lebih jauh :


i). Pada tahun 2001 sahaja Malaysia telah mengimport sebanyak USD615.924 juta (RM1,847 juta) barangan dari Israel. Sementara Malaysia pula HANYA mengeksport USD26.553 juta (RM79.65 juta) barangannya ke negara "haram" itu..!! 


SOALAN : Siapa yang lebih untung dalam urusan dagangan ini?? Bijakkah berniaga..??
Kenapa bantu Israel ??


ii). Sejak itu, perdagangan antara Malaysia dengan Israel terus meningkat. Tahun 2010, Malaysia mengimport USD798.069 juta (RM2,394 juta) barangan Israel, berbanding dengan barangan Malaysia yang dieksport ke Israel hanya HANYA USD85.129 (RM255.38 juta) .


SOALAN : Siapa yang menguntungkan Israel dalam urus dagang ini?? Pakatan Rakyat?? Siapa bantu Israel ??


iii). Dari database itu juga, Malaysia adalah negara ke18 dunia yang terbanyak menerima barangan eksport dari Israel, dimana Amerika dikedudukan teratas. Sedangkan banyak lagi negara-negara Eropah (bukan negara Islam) yang telah menghentikan hubungan dagangan dengan Israel sekarang. 


SOALAN : Siapa dan Kerajaan mana yang memerintah Malaysia sekarang dan yang mengizinkan URUSNIAGA ini ?? Pakatan Rakyat ?? Siapa bantu Israel ??


iv). Dikedudukkan yang ke18, Malaysia jauh lebih tinggi dari Cyprus (19), Kanada (20), Taiwan (21), Japan (22), Australia (23), Singapore (24) dan Thailand (25).


SOALAN : Kata negara Malaysia ni negara Islam, dan tiada hubungan dengan Israel, kenapa adanya hubungan DAGANGAN ini?? Siapa bantu Israel ??


v).  Dalam tahun 2010, antara barangan import utama dari Israel ke Malaysia ialah barangan eletrik dan peralatan elektronik bernilai USD777.940 (RM2,333.82), selain mengimport barangan mesin, reaktor nuklear dan pemanas sebanyak USD4.66 juta, baja (USD3.6 juta), bahan kimia organik (USD2.998 juta).


SOALAN : Adakan barangan yang diimport dari Israel ini tidak terdapat dinegara-negara lain, hingga memaksa Malaysia mengimport dari Israel ?? Siapa bantu Israel ??


vi). Turut diimport dari Israel oleh Malaysia ialah permata, bahan kimia bukan organik, plastik, alumnium, kacang, minyak bijian dan wangian.  


SOALAN : Mana lebih bahaya, antara hubungan DAGANGAN atau hubungan POLITIK??.. Siapa bantu Israel ??


 Setakat kita bakar bendera Israel, adakah kita benar-benar
telah membantu rakyat Palestine..??
BELUM CUKUP...ada yang LEBIH WAJAR perlu kita buat...!!

 Jangan hanya SLOGAN sahaja... buktikan..!!
Menentang Yahudi Israel, bermula dari Diri KITA...
Mari kita Baikot semua barangan Israel di Malaysia..

KEZALIMAN terhadap kanak-kanak Palastine..
Kerajaan Malaysia sekarang ada SAHAMnya...!!
Siapa pilih Kerajaan BN/Umno ini.??... bukankah KITA..!!
Kita yang memberikan undi kita...kita yang lantik mereka jadi...
Kerajaan Malaysia sekarang..!!
kemudian mereka BANTU ekonomi Israel..,
Kenapa kita jadi KEJAM...???

Kesimpulan dari admin...: 


*Kita kena terima kenyataan, terbukti BN-Umno telah membantu ekonomi REJIM Zionis Yahudi "Haram" Israel. Kerajaan BN-Umno yang bawa barangan Yahudi Israel masuk ke Malaysia.


*Jika ada yang tuduh Pakatan Rakyat ada hubungan Politik dengan Israel (Jika benar, sila kemukakan BUKTI dan Fakta ), bagaimana pula dengan Menteri-Menteri BN-Umno yang terang-terang berhubungan dengan pihak Kerajaan Yahudi Israel "Haram" itu. Sudah banyak terbukti seperti isu kriket, isu peninju, isu khidmat nasihat senjata dan yang terHEBATnya isu APCO.


*Hubungan Politik tidak membantu si "Haram Israel" tu jadi kaya, setelah menjadi kaya ia mengganas, menindas, menjajah, mencederakan kanak-kanak, membunuh, merogol yang wanitanya, menghina dan segala jenis KEBEJATAN terhadap Rakyat Palestine yang seagama dengan kita. 


*Jadi apa yang kerajaan BN-Umno buat sekarang ialah mengadakan "Hubungan Dagangan", berdagang dan membantu mengkaya Zionis Yahudi Israel. Ini adalah lebih KEJAM, KEJI, ZALIM dan BUSUK dari tuduhan serta FITNAH kepada Pakatan Rakyat yang "BELUM" berpeluang jadi pemerintah kerajaan Malaysia. 








Oleh itu, "UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA" dengan memilih Pakatan Rakyat menjadi kerajaan Pusat pada PRU13. Dengan itu kita akan membantu menghentikan dagangan dengan Israel, secara tak lansung juga kita membantu mengurangkan penderitaan Rakyat Palestin apabila ekonomi Israel turut terjejas. 


ALLAHHUAKBAR.... ALAHHUAKBAR.... ALLAHHUAKBAR...!!


**Dari Surah Al-Jaathiyah : ayat ke19 yang bermaksud : "Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikit pun dari (azab) ALLAH (kalau engkau menuruti mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu setengahnya menjadi penolong dan menyokong bagi setengahnya yang lain (dalam perkara yang salah); dan (sebaliknya) ALLAH menjadi penolong dan pelindung bagi orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya)".


wallahhualam....terima kasih....As'salam....!!

Berita Menarik Penaga Daily