Agak sibuk sehari yang lepas... ini baru admin berpeluang "BERBERITA dalam Celoteh"..
11 MAC 2012...dalam hujan renyai-renyai, admin bersama Isteri.. (makin TUA, makin ROMANTIK kami sekarang ni ..kikiki!!)...ke Paya Keladi Hujung, Pinang Tunggal atas undangan Sdr Bukhori (Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang) dan Ust Hadi (Penyelaras KADUN Pinang Tunggal).
Bagi meraikan Sdr Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR Pusat) dan Ustaz Idrus Ahmad (Pegawai Khas Ust Firdaus Jaafar, MP Jerai) yang datang dari jauh untuk berceramah diperkarangan PASTI Nurul Iman, Paya Keladi.
Kami sampai, hujan renyai-renyai "STOP" !!...alhamdulillah... admin sempat solat Isyak berjamaah dengan Sdr Bukhori & Unit AMAL...
Selesai SOLAT, hidangan makan malam dah tersedia...MUSLIMAT Kepala Batas memang cekap dalm bab ni...SYUKRAN ya ALLAH... Admin masih kekenyangan, so pekena Teh O cukup.
Korum dicukupkan lagi dengan ketibaan Ustaz Hadi dan Ir Zakiyuddin (Ahli Majlis Pimpinan PKR negeri Pulau Pinang) bersama Ust Mohd Akhir (Tim YDP PAS Kepala Batas)... meriah, tak rugi admin datang...
Berita Bergambar mengambil tempat:
Jemput makan... Kari Ikan Masin + Nangka, Gulai Ikan Temenong,
sambal belacan + ulam pucuk janggus & ulam raja .. lauk org kampung..
"fress dari LADANG"... Menyelerakan...meleleh ayaq liuq...kikiki!!
admin rasa nak join sekali....malu pulak, tadi dah tolak masa dipelawa...!!
Ustaz Hadi (Nama penuh panjang, cuma ingat tang HADI aje..kikiki!!!)
-Buka majlis... ingatkan hadirin, PRU13 dah hampir,
mungkin APRIL, mungkin MEI, JUN ...wallahhualam... siapa yang tahu??
tak macam luar negara, 5 tahun dah tahu bila PRU... (LEMBAB ??)
-Cukup 54 tahun dijaga oleh yang KURANG AMANAH mentadbir PUSAT...
-Sistem pemerintahan dirosakan oleh REJIM,
Belanjawan TERIS & "DEFISIT"...
-REKOD Pinang Tunggal = tempat ke 40 sokongan RAKYAT
kepada PAKATAN dalam PRU12, 2008... dari seluruh 40 DUN Pulau Pinang..
memang kubu umno "KELAT + JATI" = TOTOK....kikiki!!
**dapat buat program pun BERBALOI admin rasa, jika dilihat dari segi sambutan
-Tempah Sdr Rafizi, dah 4 bulan, baru ni dapat datang Pinang Tunggal....
Kata aluan dari Tuan Rumah... Tn Hj Ir Zakiyuddin..
pendek, padat & ringkas...
-"Selamat Datang / Ahlanwahsahlan...Rafizi & the Gang,
Welcome / Huan Ying Guan Ling kepada Ust Idrus Ahmad & family..
Vanakkum / Selamat Bertamu kepada hadirin"....kikiki!!!
-mari kita hayati Ceramah ini, dan sampai-sampaikan pada yang tak datang...
-dapatkan juga maklumat lain, bukan dari sumber media arus perdana sahaja...
-dapatkan juga maklumat lain, bukan dari sumber media arus perdana sahaja...
Ust Mohd Akhir, kawan baik admin ni..kikiki!!!
-Wakilkan Ust Rosidi katanya...(merendah diri lagi tu)... pelapis yang mantop!!
lantang bila berbicara...penuh fakta dan maklumat...Syabas Orang Muda..
-Ukhuwah amat ditekan dimana-mana beliau berucap...
-Fitnah umno dimainkan berulang-ulang dalam TV dan akhbar tempatan..
dari isu meliwat ke Israel, lepas tu Badrulamin khalwat (1 orang berkhalwat ke?),
lepas tu Kedah pulak diwar-warkan kecoh... "is nothing MEN"...
-umno guna NGO = Jati & Perkasa untuk serang PR...
-Israel dan umno dah lama berkawan!! contoh : umno tolak HAMAS..
= Israel tolak Hamas juga... Fitnah-fitnah... (belasah Ust Mohd ..kikki!!)
-Budaya menakut-nakutkan rakyat, dengan isu perkauman, isu Islam & Melayu.
-Program & Ceramah BN tak pernah PR kacau,
tapi program PR sering diganggu oleh "samsemg upahan umno"..
-Datuk Shayrizat Jalil bukan letak jawatan, tapi dah tamat kontrak senatornya
-Dana kepunyaan rakyat RM250 diseleweng, kebajikan rakyat hancur.!!
-Program & Ceramah BN tak pernah PR kacau,
tapi program PR sering diganggu oleh "samsemg upahan umno"..
-Datuk Shayrizat Jalil bukan letak jawatan, tapi dah tamat kontrak senatornya
-Dana kepunyaan rakyat RM250 diseleweng, kebajikan rakyat hancur.!!
dari kiri : Ust Idrus Ahmad, Sdr Bukhori, Tn Hj Ir Zakiyuddin.
Sdr Razimi Ramli dan Ust Mohd Akhir....
dalam gelap belakang sana, berdiri rakan-rakan dari umno..
mereka juga turut dengar ceramah... semuga dapat menilai sendiri..
Bang masuk PenagaDaily ye.... popular lah saya lepas ni...
admin suruh senyum, dia ketawa pulak...kikiki!!!
sedikit yang kental dan berkualiti...
sampaikan pada yang tak dapat hadir bila balik nanti ye....
tetamu tak ramai sangat... cuaca tidak begitu ok malam ni..
kehadiran dalam 300 orang sahaja... kira ok juga dalam lubuk BN...
antara hadirin dihujung halaman tapak ceramah...
halaman padang agak luas, hadirin berpecah-pecah...
jadi nampak macam kurang sambutan...
tetapi admin sempat kira secara rambang....dalam 300 orang yang hadir...
ramai jugakan....
admin tak kata terlalu ramai... tapi memang ramai ..
Cadangnya admin nak tulis semua lapuran kat sini ni, tapi panjang sangat.. jadi admin terpaksa buat post siri kedua, elak tuan-puan bosan pulak nanti.. jadi kita ikuti nanti sambung dalam post berikutnya...insaALLAH...
**Dari Surah Saba' : ayat 36 yang bermaksud : " Katakanlah (wahai Muhammad); 'Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNYA, dan DIA juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNYA); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)".
wallahhualam....terima kasih....As'salam....