Sengaja admin asingkan coretan ini dari post asal "Adam Adli balik Kampung" walaupun "sajak KHAS" ini lahir ketika majlis Hi-Tea petang 5 Mac 2012 di Bumbung 5 tempohari.
Sajak ini lahir spontan dari pengerusi majlis tempohari, jadi admin abadikan "Istimewa" disini... mari sama-sama kita hayati....
KHAS buat mu Adam Adli & Aiman Athirah Al Jundi.. dari Tuan Pengerusi Cikgu Azmi:
"SEJENAK BERSAMA MERAUT REDHAMU RABBI ....!!!"
Penghargaan tidak terperi Adam Adli & Aiman Athirah Al Jundi
Pengkongsian idea arah tuju terpuji mengapung visi Rabbani
Menyambunng perjuangan legasi Nabi, sarat disepuh onak duri
Mendepani gugatan, zalimnya PEMERINTAH bangsa SENDIRI
guna akta
guna media
serakah tipudaya
agenda 'pecah perintah'
terencana membudaya
angkara Yahudi pasti
penerus Perang Salibi
Pragmatisme, Neofeudalisme mengakari....
DiDoAkan kekal dalam arus perjuangan deeni
perkasa peribadi dan misi suci demi ILAHI
Semuga kebersamaan mengundang limpah kurnia RABBI
Mari kita tekuni azam tekad disepakati
Menyantuni perjuangan penerusan legasi sakral NABI
Meraih "Rahmatan lil Alamin" yang dijanji RABBUL IZZATI...
iklas dari
Cikgu Azmi@Pazil Zakaria
5/3/2012. 7.00pm.
Dewan JKKK Bumbung Lima Kepala Batas.
Demikian tadi hasil lontaran SENI seorang Pejuang Kebenaran terdahulu, yang pernah terHUMBAN dalam lokap Polis.... kerana Menuntut di Univesiti "BERSIH2.0" 709...
Cikgu Azmi (kanan sekali) sesama Adam Adli, Aiman Athirah Al Jundi
dan Barisan Muslimat PAS Kepala Batas
Santai sepetang di Hi-Tea Bumbung Lima...
ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR...!!!
**Dari Surah MUHAMMAD (S.A.W) : ayat ke 36 yang bermaksud :" (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, ALLAH akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan IA tidak meminta kamu hartabenda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya)".
wallahhualam...terima kasih....As'salam...