Sunday, 25 March 2012

BERGEMA "Siapa Peduli Pada MAAF" - Sajak KHAS buat PM Najib dari YB Mat Kassim..!!

As'salam dan Salam Sejahtera... bertemu lagi dengan iringi DOA kebahagian buat kedua IbuBapa kita semua....AMIN..!!


Sebelum ni admin ada sebut nak sambung cerita "Jelajahan DSAI " hingga keKomplek Sukan MPSP Bertam pada malam 24 MAC 2012, tetapi tuan/puan kena sabar-sabar dululah ye..!! Admin rasa kebanyakan dari pembaca masih segar dengan Ingatan dan Pesanan dari DSAI dalam post admin terdahulu sebelum ini (petang tadi). Jadi jangan kita bebankan diri kita dengan ulangan amanat DSAI terlalu kerap. Gerakerja yang perlu kita semua lipat gandakan sekarang ni...!!


Kata nak tawan Putrajaya...kikiki!!, Kerja kena lebih kuatlah sekarang inikan..!!??..


Jadi sebagai peniup semangat perjuangan kita, admin "rakamkan" dahulu sebuah "Sajak Khas" yang dicipta dan dideklemenasikan sendiri oleh YB Hj Ahmad bin Kassim, Ahli Parlimen Kuala Kedah pada malam tesebut. Beliau merupakan penceramah terakhir malam itu, setelah DSAI mengambil tempat sebagai Pemidato terdahulu, kerana DSAI ada program ceramah seterusnya diSg Aceh Nibong Tebal selepas di Bertam ini.


dari kiri : YB Hj Ahmad Kassim, Ustaz Rosidi Hussain,
dan Tn Hj Johari Kassim ..
masa ni mereka turut sama mendengar Amanat Perdana
yang sedang disampaikan oleh DSAI yang turun kepadang
bersama hadirin secara lebih dekat, mesra dan santai...!! 

Sama kita hayati SAJAKnya :


"SIAPA PEDULI PADA MAAF"..!!


Siapa peduli pada maaf.
Ketika nafas sudah kering,
Ketika suara semakin serak dipenghujung,
Ketika Tenaga semakin lemah,
Berputar mengelilingi segenap pelusuk negara,
Menagih simpati, Menabur gula-gula.
Memperdaya rakyat dengan umpan-umpan kebendaan.


Siapa peduli pada maaf,
Bila senang, rakyat dilupa,
Bermewahan ke serata dunia,
Menginap di Villa mewah,
Pakaian cantik tak terkata.
Berpesta sakan menyambut menantu,
Entah duit siapa?


Siapa peduli pada maaf,
Harga barang naik tidak terkata,
Rakyat semakin menderita,
Tahanan tanpa bicara,
Kata ekonomi makin Berjaya,
Tapi minyak belum turun juga.
Ini tunggu pula pilihanraya
Lepas ni GST menanti setia.


YB Ahmad Kassim... turun ke "balapan" stadium
untuk mendekati rakyat, sambil berceramah sambil "bersajak"..,
tak sangka admin, YB yang biasa menjadi Imam Solat berjamaah..,
yang pergi kemajlis kenduri rakyat tanpa iringan sesiapa.., 
yang hanya guna kereta "waja".. juga beliau BISA bersajak..,
Bisa pula mencipta sendiri Sajaknya..., admin 'Salute'..!!
"Pak Samad, Datuk dah dapat pengikut baru ni...kikiki"

**Sambungan Sajaknya.... :


Siapa peduli pada maaf,
Berlakun sana sini,
Buat muka sedih, merayu minta kuasa,
Baru ada cadang nak berubah,
54 Tahun cukup resah.
Rasuah masih membarah, bermaharajalela.
Menekan suara yang bercanggah.
Hak asasi manusia kemana ia.


Siapa peduli pada maaf,
Duit kerajaan macam harta parti dia,
Agih projek pada kerabat dan sahabat,
RM 250 Juta, Tak ada apa-apa,
Ini pinjaman mudah je.


Siapa peduli pada maaf.
Tiada demokrasi dalam media.
Dihamput 24 jam tanpa henti.
Hanya satu suara sahaja.
Suara mereka
Suara resah pemimpin yang dambakan kuasa.


Siaa peduli pada maaf,
Orang bersalah, sewajarnya bertaubat,
Taubat Nasuha.
Tidak mahu buat jahat lagi.
Tak mahu ulang kesilapan lagi.
Mengembalikan hak pada yang berhak...
Agihan saksama.


Tapi....kini
Rakyat tidak bodoh lagi.
Cukuplah......cukuplah, Demi Rakyat.
Sebelum mentari piliharaya menjelang tiba.
Pohon maaf ....
Minta maaf.
Siapa peduli maaf mereka.


Hasil ikhtiar :
Ibnu Qassim.
Bukit Beruntung.
20 March 2012.


Demikianlah sajak khas yang dibaca oleh beliau semasa ceramah "Amanat Perdana" pada malam tersebut.  Menurut beliau, sajak ini sepatutnya diLONTARkan semasa penutup hujahan beliau dalam Sidang Parlimen baru-baru ini. Tapi atas kesuntukan masa yang diberi oleh Tuan Speaker Dewan, beliau mempersembahkannya pada ribuan hadirin diStadium MPSP Bertam. Beruntunglah hadirin malam itu, Ahli Parlimen tak dapat dengar, kita yang dapat dengar dahulu.... !!! 



"YB Ahmad sedang menanti hidangan Nasi Arab Kepala Batas"..,
admin sempat pekena sepinggan bersama YB dan rakan-rakan
urusetia setelah usainya ceramah "Amanat Perdana" DSAI...
Terima kasih Ust Yusof yang bermurah REZEKI belanja kami,
pekena Kambing Kurma malam tu... jazakallah.. syukran..!!

Dengan izin ALLAH swt, muga kita dapat bertemu lagi, dengan cerita bergambar DSAI and The Gang berceramah diKomplek Sukan MPSP Bertam, dalam post yang akan datang... insaALLAH...!!


**Dari Surah Al-Munaafiquun : ayat ke 9 yang bermaksud : "Wahai orang-oarang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) hartabenda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati ALLAH (dengan menjalankan perintahNya). Dan  (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi".


wallahhualam...terima kasih....As'salam....

Berita Menarik Penaga Daily