Tuesday 29 May 2012

SEJENAK BERSAMA INSAN-INSAN ISTIMEWA : MEMBUAT KITA MAKIN INSAF

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera .... kecerian dan kesempurnaan hidup yang semua individu hajat-hajatkan, hanya diperolehi dengan izin Yang Maha Berkuasa ...  !!!

Pada pagi Ahad 27 Mei 2012 yang baru lalu, satu lagi majlis bersama Rakyat Marhaen telah berlansung diperkarangan Pejabat Daerah dan Tanah SPU Kepala Batas. Majlis menyampaikan Bantuan Hamper Barangan Dapur dan berhibur secara santai sambil Bermotivasi Diri bersama artis ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman.

"Tetamu Khas Lagi Istimewa" seramai 300 orang yang diraikan pada hari tersebut adalah dari kalangan Ibu-Ibu Warga Emas yang Istimewa (cacat penglihatan dan uzur tua), Warga OKU akibat kemalangan, Anak-Anak Kelahiran Istimewa dan Ibu-Ibu Tunggal yang membanting tenaga secara bersendirian dalam membesarkan anak-anak tercinta. 












Program kemasyarakatan ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Penyelaras KADUN Bertam dan Persatuan Kebajikan Delima Kasih (sebuah NGO Ibu-Ibu Tunggal Pulau Pinang) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah SPU. 

Sementara artis yang menghibur dan menyampaikan motovasi kepada "Para Tetamu Khas Istimewa" pagi itu ialah yang Berbahagia Ustaz Fadhly Hasbullah bersama Kumpulan Nasyid Manis dari Manisedutainment.com.my.

Turut sama dalam majlis menyampaikan Bantuan, Ramah Mesra dan Berhibur sambil Bermotivasi ini ialah Datuk Abdul Halim Hussain (Speaker DUN Pulau Pinang), YB Abdul Malik Kassim (Pengerusi Hal Ehwal Agama & Perdagangan Dalam  Negeri), Tn Hj Johari Kassim (Ahli MPSP & Ketua Penerangan PKR Negeri), Ustaz Muhasdey Muhamad (Penyelaras KADUN Pinang Tunggal), Ahli JKKK Kawasan DUN Bertam dan pemimpin-pemimpin NGO setempat.













































Terus terang admin nyatakan, kali ini naluri hati kecil admin benar-benar tersentuh lebih dari biasa. Walaupun program kemasyarakatan sebegini biasa admin ikuti, kali ini lain rasanya bila disekelilingi oleh Warga Istimewa yang uzur dan benar-benar perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan. Malah ada yang demam, memakai saluran tiub khas ditubuh badan dan yang perlu dipapah bila berjalan.

Admin ternampak YB Datuk Mansor Othman dalam diam mengesat hujung penjuru mata menahan sebak semasa menyampaikan bantuan. Beberapa VIP yang turut mengiringi TKM 1, pun turut dilihat cuba juga menyorokkan kesebakkan, kerana tidak mahu menyuramkan majlis, tapi admin masih perasan wajah-wajah sebak mereka. Namun keletah dari MC, Penghulu Hafizi dapat mengembalikan keceriaan majlis.

Dalam masa yang sama, beberapa ibu tunggal yang telah tamat berkursus dalam bidang jahitan dan sulaman turut menerima bantuan mesin jahit dari pihak Pusat Urusan Zakat Negeri. Tahniah kepada penerima dan terimakasih PUZ.  
















































Insan-Insan Istimewa seramai 300 orang ini telah dikumpul selia oleh penganjur kali ini adalah dari seluruh Pulau Pinang. Bagi yang terlepas pandang dan namanya tidak tersenarai,  INSAALLAH dimasa yang akan datang akan menyusul pula giliran anda, bersabarlah ...!!!

Bagi Pihak "Tetamu Khas Lagi Istimewa", admin menyampaikan JUTAAN TERIMA KASIH atas layanan dan bantuan yang diberikan dengan iringan pantun :


 Terima Kasih Daun Keladi, 
Ada Rezeki Lebih Hulurlah Lagi, 
Ada Umur Jumpa Lagi, 
Semuga Kita Semua Diberkati ILAHI ... 


Kemudiannya, sambil "Tetamu Khas Lagi Istimewa" menjamu selera, mereka turut dihiburkan oleh gelagat santai Ustaz Fadhly & Kumpulan Nasyid Manis. Dalam pada itu, Ustaz Fadhly menyelitkan elimen Motovasi Santai bagi memberi semangat kepada Insan-Insan Istimewa ini.


















Belum terlambat rasanya untuk admin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Sdr Asrol Sani (Penyelaras KADUN Bertam dan Pasukannya), Cik Puan Ku Azwati Ku Putera (Pengerusi Persatuan Kebajikan Delima Pulau Pinang dan Sukarewannya) serta tidak lupa kepada Penghulu Hafizi Mohamad (Pejabat Daerah dan Tanah serta Pasukannya) yang menjayakan program ini. 

Juga tidak lupa kepada Puan Emma, Awei, Lan, Bahari and The Gang dan semua yang terlibat secara lansung atau tidak lansung sebagai tulang belakang majlis, admin ucapkan "SALUTE" dan muga semuanya dirahmati dan dilindungi ALLAH swt dunia dan akhirat. .. AMIN..!!!

**Dari Surah Ke 36 (YAA SIIN) ayat ke 81 - 83 yang bermaksud : "Dan bukankah (ALLAH) yang menciptakan langit dan bumi, mampu menciptakan kembali yang serupa itu (jasad mereka yang sudah hancur itu)?. Benar, dan DIA Maha Pencipta, lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya urusanNYA apabila dia mengkehendaki sesuatu DIA hanya berkata kepadanya : "Jadilah". Maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha Suci (ALLAH) yang ditanganNYA kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNYA kamu dikembalikan." 

wallahhualam .... terima kasih .... as'salam ...!!!

Berita Menarik Penaga Daily