Sunday 13 May 2012

"CHITTHIRAI PUTTHANDU" - Faham ke ni.. ?? .. Mai Baca & Lihat Dulu..!!

As'salammualaikum dan Salam Sejahtera.... bersama mendoakan kebahagian kedua Orang Tua kita, muga mereka didalam Rahmat dan Lindungan ALLAH swt.... AMIN...!!


Admin sedang cuba mengaktif diri semula dalam memberi "post-post" semasa diblog bertuah ini. Kebetulan pula, awal malam tadi admin telah dijemput menghadiri satu majlis  makan malam sempena "Sambutan Tahun Baru India", dari sahabat JKKK keturunan India di Taman Bertam Indah, Kepala Batas dalam KADUN Pinang Tunggal. Jadi jangan terkejut dan rasa salah masuk blog pula...  kikiki!!!  ..."VANAKEM"... 




Dalam kepala admin dah terbayang "Muruku, Vade, Putu Mayam dan Toseii.."...kikiki!!! ... inilah untungnya admin tak pilih Kaum / Bangsa dalam bermasyarakat ... !!!, Jadi No RASIS ye... !!! "ISLAM untuk semua manusia dan makhluk ALLAH.." !!!

Bila admin tiba dikhemah jamuan, dah ramai penduduk yang hadir. Mereka sedang menantikan beberapa pemimpin untuk sama-sama meraikan majlis...!! Sempat En Guna & S/U JKKK Pn Nirmala Devi membisikan ucapan Tahun Baru India kat admin,  biar admin terjemahkan kat sini pula ... "CHITTHIRAI PUTTHANDU"   ... kikiki!!!.. 

Sementara itu, para tetamu telah dihiburkan oleh artis2 tempatan (anak muda Kepala Batas) dengan rangkaian lagu-lagu Tamil dan Melayu... hebat juga mereka menyanyi lagu-lagu 70an seperti Rindu Bayangan, Sekumtum Mawar Merah dan beberapa lagu Indonesia lama-lama... admin dah lama tak ikut perkembangan dunia muzik ni.. jadi terkenang balik zaman muda-muda, jangan marah Ustaz-ustaz semua .... kikiki!!!



Setelah pemimpin (VIP) sampai, jamuan Makan Malam pun dihidangkan... walaupun simple, namun cukup sedap..!!.. Cuma admin terkejut dan hampa sikit (kikiki!!).. pasal tak ada "Muruku, Vade....Toseii", sebaliknya mereka jamu admin "Ikan Siakap 3 Rasa, Kari Ayam dan Aneka Sayur".... seekor ikan Siakap admin adap seorang... rezeki admin rupanya .. Alhamdulillah..!!!










Selepas selesai jamuan, Tuan Speker DUN - Datuk Halim, TKM1 - YB Datuk Mansor, YB Batu Uban - Tn Raveentharan dan YB Selambau, Kedah - Dato' Manikumar yang berselangseli menyampaikan ucapan "Tahun Baru" sambil menyampaikan "Hamper" kepada gulungan kurang berupaya dikawasan berkenaan... sambil-sambil tu cerita pasal kejayaan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Penang, komen sikit pasal himpunan BERSIH3.0 yang telah berlalu.. (admin difahamkan, kat Penang BERSIH3.0 cukup AMAN)...  

Majlis berkenaan telah diserikan lagi dengan kehadiran Penyelaras KADUN Pinang Tunggal - Ust Muhasdey, Penyelaras KADUN Bertam - Sdr Asrol Sani, Ahli Majlis MPSP - Tn Hj Johari Kassim, Ahli Majlis Tertinggi Pimpinan PKR Negeri - Ir Tn Hj Zakiyuddin dan beberapa pemimpin tempatan Pakatan Rakyat kawasan Kepala Batas.

Lepas ni, kita teruskan dengan gambar-gambar... admin nak rehat menulis pulak.... kikiki!!! ... layan sama-sama ..!!































Habis dah gambar-gambar ye ...!!! sampai jumpa lagi... "Rumbe Nandri" .. kikiki!!! Doakan admin sihat, lapang masa, dapat keberkatan ALLAH swt dan murah rezeki ... admin pun doakan semula tuan/puan begitu juga, malah berganda-ganda lagi hendaknya buat semua ... Amin... !!!

** Dari Surah ke 49 (Al-Hujurat) ayat ke13 yang bermaksud : " Wahai manusia !, Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenali. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti."


wallahhualam .... terima kasih.... as'salam...!!!. 

Berita Menarik Penaga Daily