Friday 18 May 2012

"PRA" PERASMIAN PECAH TANAH : GELANGGANG SUKAN RAKYAT PENAGA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ... sentiasa mendoakan anda semua sihat, ceria dan dibawah rahmat ALLAH swt ... AMIN ya ALLAH ...!!!

Bersama lagi kita, ... kali ini admin hanya nak bagi tahu sedikit maklumat berkaitan "PRA" Majlis Perasmian Pecah Tanah Gelanggang Sukan Rakyat yang dijadualkan pada 17 Mei 2012 (Khamis) di Kampung Guar Tuan Syed, Penaga.

Bagi menjayakan majlis berkenaan esuknya, pihak Penyelaras KADUN dan seluruh JKKK Kadun Penaga, bersama kakitangan dari Pejabat  Daerah dan Tanah SPU, dengan kerjasama beberapa lagi agesi kerajaan yang lain, telah bersiap siaga menyediakan pasarana sementara pada 16.05.2012 (rabu) ditapak perasmian dari pagi hingga ke petangnya. Majlis perasmian akan dilaksanakan oleh YAB Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang pada jam 9.30 pagi.

Disini admin ambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas kerjasama tuan-tuan semua .... syabbas ...!!! .. nanti admin unjurkan USUL kepada Penyelaras KADUN, meminta elaun JKKK(N) dinaikkan lagi ... BOLEH tak Bakal YB ...?? .. kikiki !!! ... insaALLAH, tak salah meminta pada Boss yang akan membawa usul ke pihak Big Boss pula nanti ... kikiki!!!.

Sedikit sahaja gambar yang dapat admin sertakan, atas ehsan seorang JKKK Penaga yang terlibat dalam gerak kerja ini, sama-sama kita lihat paparannya ... !!!


Pandangan sisi tapak gelanggang sukan yang akan dibangunkan

pandangan tapak gelanggang dari depan .. 
bekas tapak sawah yang ditebus guna atas usaha 
Penyelaras KADUN Penaga dan Pejabat Daerah & Tanah SPU

pentas utama majlis sedang "disolek" cantik-cantik .. 
ini kerja-kerja kepakaran pihak JKR dan 
Pejabat Daerah & Tanah SPU ...
bagi aje kat depa, nanti depa akan "ejas"
 nak bagi jadi macam "TAMAN BUNGA" .... kikiki!!


apa admin cakap tadi, lihat sendiri ... kan dah cantik tu ...!!!

gerak kerja terakhir ... esuk dah nak pakai awal pagi ..
 petang ni juga kena siapkan .. kita panggil Tenaga Pakar mai ...!!!

Pakar TAK diimpot dari Bangla ye, .. semua Anak Tempatan
janji kerja beres ... tak gitu bang Wan ??... kikiki!!!
awatnya Pak Lah ni ... penat ka ??? 


Kerja membersih dan menghias dah selesai ... 
JKR bergerak balik ... TQ abg-abg JKR ... esuk mai lain no ..!!!

Yang bercekak pinggang tu MANDOR tak berlesen ... kikiki!!!
sekarang tenaga pakar PA system pula buat "tuch-up" terakhir ...

Yang ini baru betul Tuan Mandor .. Berlesen Penuh ni ... !!!
Bang Wan yang "Montel"... admin suka sakat dia ni .. kikiki!!!
suka lihat dia marah-marah sayang ...  tapi kerja up-to-date .. 

Hanya tunggu nak dirasmikan esuknya .. insaallah ..!!!

Setakat ini dulu, nanti admin cuba beri gambaran hari perasmian "pecah tanah" gelanggang sukan rakyat ini, insallah ... minta admin lapang dan sihat ajelah ... !!!

**Dari Surah ke 45 (Al-Jathiyah) ayat ke 15 yang bermaksud : Barang siapa yang mengerjakan kebajikan, maka itu untuk dirinya sendiri dan barang siapa mengerjakan kejahatan, maka itu juga akan menimpa dirinya sendiri; kemudian kepada Tuhanmu kamu dikembalikan."

wallahhualam .... terima kasih ..... as'salam ...!!!

Berita Menarik Penaga Daily