Tuesday 15 May 2012

INGATAN DAN SAYANG PADA YANG KURANG BERNASIB BAIK : RAKYAT MARHAEN DAPAT PERHATIAN

As'salammualikum dan Salam Sejahtera ... kita memberi orang merasa, dapat memberi kegembiraan pada orang lain adalah satu dari amalan mulia ... Insaallah, ALLAH swt makin sayang ... AMIN.. !!! 

Pada hari Ahad (29.04.2012) dalam tiga minggu yang telah berlalu, seperti lazimnya,  Penyelaras KADUN Penaga dan "Skuad Prihatin Lahar Kepar", telah melaksanakan rutin ziarah mingguan disekitar Kg Padang dan Lahar Ikan Mati dalam DUN Penaga.  

Sebenarnya mereka masih dalam keletihan dari perjalanan jauh sehari sebelumnya, kerana turun dalam program BERSIH diKuala Lumpur. Namun jadual yang telah siap diatur, perlu disempurnakan. Bantuan sambil-sambil berziarah tidak boleh diabaikan dan dilengahkan. Juga sikap mahu BERSIH dari kemalasan akibat keletihan mesti disingkir dari diri ... tapi kekadang  sebagai manusia yang serba lemah, tidak dapat juga dihindarkan, jadi kena selalu Mua'sabah diri kita... Insallah, saling ingat dan mengingatkan antara kita .... !!!   

Bersama kita hayati sedikit gambar-gambar program ziarah yang ada dalam simpanan admin, hasil ehsan dari seorang sahabat .... jazzakallah... !!! 

Tergambar kegembiraan dari wajah kedua-dua pihak : 
Seorang menerima ziarah dan terhibur dengan kunjungan ...
dan dapat pula ole-ole dari tetamu ... !!!
Sebelah pihak lagi, gembira dapat menyumbang sambil 
menunaikan amanah sebagai pemimpin ... !!! 
syabbas, tahniah dan syukran.... 
"admin tumpang gembira atas kegembiraan kalian"..
kerana kegembiraan itu, adalah satu Penghargaan dari ILAHI ..
so ... admin pun ... kikiki!!!! 

Insaallah, satu hari nanti, admin akan seTUA dan sebongkok begini, 
atas izin ALLAH swt jua kita dilanjutkan usia yang panjang ...!!!
Namun jika tak mahu dimakan tua, kenalah mati cepat ... kikiki!!! 

Skuad Prihatin sedang beraksi dalam Perang menentang sifat :
Malas, Tamak, Pentingkan diri, Pilih kasih dan lain-lain Sifat KEJI ... 
Kerana dengan sifat Pemurah, adalah antara senjata terbaik merawat jiwa ...
wallahhualam .... !!!  

Sayu hati admin lihat keuzuran dan kedaifan saudara admin ini ...!!!
Andailah dalam sesaat juga diizin ALLAH swt, admin merasa KAYA harta,
Mungkinkah admin ingat akan kesusahan saudara ini ..??? 
ya ALLAH, ampunkan kami ... !!!

Melayan bicara seorang Rakyat Marhaen yang sudah  bergelar
"Warga Emas".... sambil bersembang, sambil mengusik.. kikiki!!!
tambah mesra dan tambah kasih kerana ALLAH swt... !!!

Tidak sebesar mana pun sumbangan yang dapat disalurkan,
tetapi nilai budi ini amat besar dan dibawa keakhir hayat sipenerima .. !!! 

Kepada yang uzur dan kurang bernasib baik, 
Penyelaras KADUN Penaga dan Skuad Prihatin...
tidak lupakan dan abaikan begitu sahaja ... TQ Tuan Peguam !!!
ada lagi bagi admin sama, admin pun anak yatim dan musafir kelana..
kikiki !!! .. tak percaya tanya Bonda admin.. 

Bertanya khabar dan beramah mesra, 
Rakyat Marhaen terus disapa,
tak kira hari, tak kira masa,
Janji semua kita turun dapat PAHALA .. !!!
Tak gitu Tuan Yang Pertua ??? .. kikiki!!!

Semuga program Ziarah Mingguan ini akan berjalan terus sampai bila-bila, serta dapat  diluaskan lagi keseluruh kawasan dan daerah Kepala Batas, dan Penang amnya dengan lebih giat lagi ... 

Walau apapun, admin bagi pihak Rakyat Marhaen mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang "Menyumbang" dan yang menjayakan program ini .... !!! Muga nanti ALLAH rahmati kalian dunia akhirat, itu Doa admin untuk semua ... AMIN... !!!

**Dari Surah Ke43 (Al-Zukhruf) ayat 10 - 11 yang bermaksud : " Yang menjadikan bumi bagi tempat menetap bagimu dan DIA menjadikan jalan-jalan diatas bumi untuk mu agar kamu mendapat petunjuk. Dan yang menurunkan air hujan dari langit menurut sukatan (yang diperlukan), lalu dengan air itu KAMI hidupkan negeri yang mati (tandus). Seperti itulah juga kamu akan dikeluarkan (dari kubur)."

wallahhualam .... terima kasih .... as'salam .... !!! 

Berita Menarik Penaga Daily