Sunday 1 April 2012

"ANAK YATIM PENAGA" bersama RINGGO ARROW : Bantuan Pusat Zakat Penang

As'salam dan Salam Sejahtera... Doa dari anak yang soleh & solehah, hadiah terbaik buat kedua IbuBapa, kita baik yang masih hidup, atau yang telah tiada disisi kita, jadikan ia amalan harian kita...Amin..!!!

Muzik !! ia memang tidak asing lagi buat kita dizaman serba canggih ini. Jika kita tidak berminat sekalipun, mahu tidak mahu, kita tetap terdedah dengannya. Walaupun kita tidak mencarinya, muzik tetap datang pada kita.... baik melalui kaca TV & radio yang ada disetiap rumah sekarang, mahupun dari pelbagai rakaman yang ujud hari ini, kita tidak dapat lari dari muzik...!! Malah muzik sudah sebati dalam hidup kita...  

Hinggakan kicauan burung, deruan ombak, nada deringan phone kita, malah siulan dari bibir kita juga adalah satu dari cabang muzik. Ianya "halwa telinga" ciptaan ALLAH swt bagi meredakan ketegangan kepada manusia, kecuali bagi mereka yang dilahirkan cacat pendengaran,..wallahhualam. Bersyukurlah kita atas nikmat & indahnya ciptaan Ilahi....!!!

Pada jam 3.00 petang tadi (31 Mac 2012), bertempat diDewan JKKK Pekan Penaga, telah berlansung majlis penyampaian bantuan dari Pusat Zakat Negeri Pulau Pinang bagi penduduk kawasan Penaga. Ini adalah Bantuan Zakat kali ke 5 bagi penduduk yang layak, dan penyampaian Sumbangan Anak Yatim Kadun Penaga bagi kali ke 3. 



Bagi penyampaian sumbangan kali ini, satu kelainan telah dibuat. Dimana tetamu undangan bagi menyampaikan sumbangan ialah penyanyi kumpulan Arrow, Sdr  Mohamad Zin bin Ramli yang lebih dikenali sebagai "Ringgo Arrow" telah berlapang masa menyerikan, menghiburkan dan beramah mesra dengan anak-anak Yatim yang diraikan. Bertuah adik-adik ni dapat bersama "seliberity", bukan senang nak dekat mereka ni..!!   


dari kiri : Sdr Ringgo Arrow.
Ust Rosidi Hussain, Penyelaras  KADUN Penaga,
Cikgu Azmi@Padil, Pengerusi majlis..

Buka majlis dengan Ummu'l Kitab dan zikir munajat...!!
-Tahniah Ust Rosidi yang sudi bawa Sdr Ringgo Arrow ke majlis ini.. 
-Sdr Ringgo serahkan borang join PAS pada TGNA di Kelantan..
-Seronok dapat meraikan Anak Yatim, menghidupkan Sunnah Nabi saw..
-Ambil iktibar dari Surah At-Tiin (8 ayat), buat pedoman kita..!!

YDP PAS Kepala Batas, ucapan alu-aluan..
-Menyampaikan salam "Assalamualaikum" dari Hj Zakiyuddin..
Ahli Lembaga Pengarah PUZ Negeri yang tak dapat hadir.., 
-Kali ini penerima bantuan zakat seramai 10 orang..!!
-Penerima Sumbangan Anak Yatim 40 orang..,
seramai 37 orang dari Sek Men Keb Ptg Tok Labu,
3 orang dari Sek Ren Keb Lahar Kepar, hari ini..., 
-Setakat ini seramai 123 orang anak yatim kawasan Penaga 
telah dapat sumbangan sepanjang tahun 2012 ..!!!
-Umat Islam diPenang ialah 44% dari jumlah seluruh penduduk..
Jabatan Agama Islam Penang dibawah Agong Malaysia, untung..!!
-Galakan Umat Islam kemasjid, tuntut ilmu Islam dan amalkan..
-Banyak majlis ilmu disekitar Penaga sekarang...
-RM100 tak banyak, tapi tanda penghargaan buat Anak Yatim..
-Remaja kena bahagi masa belajar, bermain dan layan "FB",
dan keluarga kena pantau sama...!!

Anak-anak Yatim dan penjaga masing-masing....!!
admin juga bergelar anak yatim tika usia 4 tahun.. 
"Al Fatihah buat almarhom Ayahanda ku.." 
BONDA adminlah segala-galanya hingga dewasa...TQ IBU ku.!!

Ringgo Arrow, datang bersama Isterinya..."ayang"..!!
Romatik kamu dik....kikiki!!. admin suka cara kamu layan isteri...
Banyak yang disentuhnya sebelum menghibur dengan 2 lagu..!!
-Dilahirkan di Semanggol Perak 40 tahun lepas...,
usia 14 hari diserah kepada keluarga dari Kelantan.. jadi ore Kelate..!!
-Ayah angkat meninggal masa kecil, cuma tinggal Ibu angkat,
kurang dapat didikan & asuhan agama, banyak ikut kawan..
tiada siapa tegur dan buat apa suka.
-Apa Cikgu cakap semua dianggap salah, diri sendiri je betul..!!
-Masa muda hanya ingat muzik, suka-suka... tak ingat 
pasal akhirat, tak ambil tahu hal masyarakat, tiada hal tuju..,
dunia politik Islam jauh sekali... hanya muzik...!!
-Hanya fikir nak lawan sapa power dengan kumpulan rock lain..,
jadi artis mesti libatkan dadah, untuk buat show jadi meletup..,
jika tak, tak ragged, tak cukup rock..!!
tak siapa tegur, bebas buat apa suka...!! Tetapi...
Dulu jika nak buat jahat SOROK-SOROK, 
sekarang buat jahat MEGAH, siap tayang kat Media...!!


 -Kepada anak-anak yang masih ada Ibu atau Bapa.., 
biar BEBELAN mereka jadi PANDUAN..
Tuguran itu tanda sayang, "Jeles" tak pernah dibebelkan..!!
-IbuBapa kena lebih prihatin, jika dulu kejar dan ajar anak
selaju 80 kmj, la ni kena speed sampai 160 kmj.. anak dah laju..!!
-Hayati kegemaran anak, pantau dan beri panduan..
-Zaman dah moden, gaduh dgn isteri kat sebelah pakai SMS..!!
-Kisah masa kecilnya susah , Ibu Angkat adalah Ibu Tunggal, 
dan tak dapat didik dengan sempurna dan betul..,
duduk sewa rumah yang bumbungnya jejak kepala bila berdiri..,
makan beras hancur, bila masak jadi macan ketupat..,
kerja kedai roti canai, cari sendiri duit untuk yuran SPM..,
TETAPI, ingat selalu, kita susah...ada yang lebih susah..!!
Duit ni tak pernah cukup-cukup.. bila cukupnya??
-Nafsu jadikan kita hebat, tapi nafsu yang dipandu 
jadikan kita lebih hebat..,
-Kena banyak sabar, sabar bawa kemenangan...
-Kesal kejiranan sekarang, tak boleh nak tegur anak jiran..,
-IbuBapa adalah HERO kepada anak-anak, tetapi ini ujian getir..!!
-Rezeki dari ALLAH ada dimana-mana...tak payah risau.., 
dalam perut Ibu 4 bulan dah ditetapkan rezeki kita..!!
-Suruh adik-adik teka lagu apa nak nyanyi..??
"Beliau menyanyi dua lagu"... maaf admin tak ingat lagu apa...!!

Barisan hadapan, antara anak-anak yatim yang hadir...!!

Berikutnya, dibawah ini adalah gambar-gambar penerima Bantuan Zakat dan penerima sumbangan Anak Yatim petang itu,  sama-sama kita doakan mereka berjaya dimasa depan dan sihat-sihat selalu...!!


















Puan Hasnah bte Ahmad (bertudung pink).. 
salah seorang ibu tunggal 7 anak (seorang dari anaknya OKU)
ibu kepada penerima sumbangan Anak Yatim..,
beliau disantuni oleh Isteri kepada Ringgo Arrow (tudung kuning)..

Majlis diakhiri dengan DOA dari semua hadirin
memohon kesejahteraan dunia akhirat..!!



Rumusan dari Ustaz Rosidi pada penghujung program :
i). Kita ada Ayah dan Ibu, samada yang masih hidup atau sudah tiada, kita bertanggungjawab menDOAkan mereka.
ii). Gunakan peluang hidup yang masih ada untuk belajar & kejar Ilmu Islam serta giat mengamalkan ilmu Islam untuk dunia dan akhirat.
iii). Sama-sama kita tegakkan ISLAM 24 jam sehari, sampai dalam tidur jika mampu. Pegang teguh pada agama dari subuh ke subuh, jangan lalai.


**Dari Surah At-Tiin : ayat 1 - 8 yang bermaksud : " Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Mekkah) yang aman ini, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalah-gunakan itu), Kami kembalikan dia keserendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (Jika demikian kekuasan Ku), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaan Ku mangadakan hari pembalasan) itu?. Bukankah ALLAH (yang demikian kekuasaanNya) seadl-adil Hakim?".

wallahhualam....terima kasih...As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily