Sunday 22 April 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9S TAWAR HADIAH BERJUMLAH RM 8,000



KEPALA BATAS- Satu Kejohanan Bola Sepak  9 sebelah (9s) akan diadakan  sempena hari pekerja pada 1 Mei depan anjuran Kelab Bola Sepak Penaga, Pinang Tunggal dan Bertam FC.

Kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM 8,000. Kejohanan kali ini akan diadakan di Padang Mardi, Paya Keladi, Kepala Batas.

Kejohanan ini diadakan secara terbuka dan dijangka menarik minat penyertaan dari dalam dan luar Pulau Pinang.

Juara bakal menerima wang tunai RM3,000, trofi dan pingat, manakala naib juara RM2,000 selain ketiga/keempat masing-masing menerima RM1,000 dan RM 700 selain sebiji bola diberikan secara percuma kepada pasukan yang mengambil bahagian.

Yuran penyertaan setiap pasukan sebanyak RM160. Tarikh tutup pada 25 April (rabu) 2012 dan majlis undian akan dilangsungkan di Dewan JKKK Penaga pada 29 April 2012.

Pengarah Program, Mustaffa Ariffin berkata program ini adalah satu kejohanan yang bermotifkan semangat ikatan silaturahim dikalangan belia sekaligus ingin mencungkil bakat pemain.

 "Saya yakin sambutan tahun ini pasti hangat dengan hadiah wang tunai cukup lumayan jesteru itu kami menggunakan konsep siapa cepat dia dapat.

 "Penyertaan dibuka hingga ke seluruh Negara dan dijangka ianya satu kejohanan yang hebat dan menarik ,"katanya.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi Mustaffa Ariffin di talian 016-4678353  atau Sham ditalian 019-4744236. Segala pertanyaan juga boleh menghubungi talian diatas.

Berita Menarik Penaga Daily