Thursday 2 February 2012

Restoran Bertuah pada 5 Feb 2012 (Ahad) di Kepala Batas.

Dalam banyak-banyak restoran yang ada kat Kepala Batas Pulau Pinang, restoran ini yang terpilih untuk memulakan Program Lawatan Sehari Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden  PAS, ke Kepala Batas Pulau Pinang pada 5 Feb 2012 bersamaan 12 Rabiulawal 1433.

Bertuah sungguh taukey restoran ini, telah diberi penghormatan sebagai tempat pertama program berlansung, iaitu "Bersarapan/Minum Pagi bersama Presiden PAS", sempena program lawatan  beliau itu. Adalah difahamkan, restoran ini baru sahaja 4 bulan beroperasi, semuga bertambah -tambahlah lagi rezeki dan keberkatan dari ALLAH swt buat perniagaan saudara kita ini nanti, insaALLAH.

Mahu tahu dimana lokasi restoran itu ??... lihat sendiri :




Restoran ini terletak di Jalan Dua, Kepala Batas.
Bersebelahan dengan Komplek Bangunan Kerajaan Kepala Batas yang baru 
dan berhampiran Hospital Kepala Batas.

Admin difahamkan, majlis "Bersarapan/Minum Pagi bersama Presiden PAS" ini akan bermula jam 7.00 pagi, semua penduduk setempat dijemput hadir sama. Kemudian tuan Guru akan meneruskan lawatan ke Penaga (merasmikan Laman Ilmu Pekan Penaga), diikuti ke Lahar Kepar (melawat  bilik gerakan PAS cawangan) dan seterusnya ke Tasek Gelugur. 

Semuga semuanya berjalan lancar, insaALLAH. 

**Surah Adh-Dhuha : ayat ke 5 yang bermaksud : " Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikan mu (kejayaan dan kebahagian didunia dan diakhirat) sehingga engkau redha; berpuas hati".

Wallahhualam.

Berita Menarik Penaga Daily