Thursday, 23 February 2012

AGIHAN BANTUAN ZAKAT KAWASAN KEPALA BATAS PENANG.

As'salam dan Salam Sejahtera.....kesihatan kita tanggungjawab kita.....kikiki!!!


Bertempat didewan orang ramai Pekan Penaga, selepas Solat Asar 22 Feb 2012, telah berlansung penyampaian Wang Bantuan Pusat Zakat Pulau Pinang kawasan Kepala Batas. 


Majlis disempurnakan oleh Penyelaras KADUN Penaga, Ust Rosidi Hussain, yang juga Ahli Majlis Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.


Pada kali ini seramai 36 orang telah menerima sumbangan bantuan wang dari Pusat Zakat Negeri... 


Mereka terdiri dari ASNAF yang lapan setelah dikenal pasti layak menerima. Adalah difahamkan program sebegini telah berlansung setiap bulan, samada melalui pemberian secara berkelumpuk, mahu pun dari rumah kerumah bagi yang kurang upaya.


 "welcome" buat penerima bantuan.....kikiki!!

 Bang Wan....nama "cek" ada tak??

 Lega sikit...ada bantuan dari Pusat Zakat ...

 Terima kasih Pusat Zakat....Syukur pada ALLAH swt 
dapat meringankan beban Rakyat Marhaen...

 Terlalu gembira Pakcik ni....
Kegembiraan beliau jelas terpancar..

 Kepuasan pula kepada Pusat Zakat ..
..bila dapat menunaikan Amanah ALLAH swt..

 Semua yang berhak wajib dibantu ..Terima kasih Ustaz..
..memudahkan urusan rakyat marhaen macam kami.

 Amin Ya ALLAH...amin...murahkan rezeki kami...

 Antara yang layak menerima dari kalangan Muslimat..

 Assalammualaikum.... tolong semak nama saya..
ada tak dalam senarai???

  www.Zakat Penang.com
Kutipan zakat tahun lepas naik 15%...
..RM60 juta berjaya dikutip...
Sudah ramai yang sedar kewajipan mengeluarkan zakat

 Pak Lah kita (pengerusi majlis) buka gelanggang...

 Syukran...syukran... alhamdulillah.

 Muslimin yang bakal menerima bantuan...
khusyuk dengar taklimat...

 Sdr Sukri cari nama juga ke???
Bang Wan cakap "kamu mana layak Sukri"...kikiki!!!

"Puan sudilah terima bantuan ini dari pihak Pusat Zakat negeri..
muga sedikit sebanyak dapat melegakan kehidupan harian"..insaALLAH..

**Dari Surah Al-Baqrah : ayat ke 42 yang bermaksud : " Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan ruku'lah kamu semua (berjamaah) bersama-sama orang yang ruku'."

wallahhualam..terima kasih..As'salam...

Berita Menarik Penaga Daily