Petang 24 Feb 2012 (Jumaat) dalam jam sekitar jam 5.30 petang...semasa admin bersama rakan-rakan mengadakan program "ZIARAH" disekitar kampung Lahar Kepar, tiba-tiba YDP PAS Kepala Batas Ust Rosidi maklumkan kawasan sekitar Pinang Tunggal dilanda bencana RIBUT...
Kami bergegas kesana, untuk meninjau dan cuba membantu sekadar apa yang termampu kepada mangsa....
Dimasa yang sama, Penyelaras Kadun Pinang Tunggal (Ust Hadi), Tn Hj Zaki (Ahli Majlis Pimpinan PKR negeri Pulau Pinang) serta lain-lain JKKK kawasn Kepala Batas, dengan dibantu oleh Penyelaras Kadun Penaga, sedang menyelaraskan beberapa bantuan yang diperlukan mangsa dari pihak berkuasa Kerajaan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Daerah Kepala Batas.
Dari bancian awal yang dibuat oleh Penyelaras Kadun Pinang Tunggal, sebanyak 58 buah biji rumah telah terlibat dalam bencana ini. Kampung-kampung yang terlibat ialah Permatang Langsat, Lahar Tiang, Paya Keladi, Bumbung Lima, Permatang Saga dan Bertam Perdana.
Admin difahamkan, ada diantara mangsa yang terlibat menumpang dirumah jiran dan saudara mara terdekat untuk malam ini. Namun bersyukur kita, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan terhadap mangs-mangsa ribut.
Semasa admin bertolak balik jam 8.30 malam, Penyelaras Kadun Pinang Tunggal dan JKKK kawasan masih berada ditempat kejadian...
Admin sempat singgah solat Magrib diMasjid Jamek Al-Hidayah Lahar Tiang, yang turut terkena tempias ribut. Dimana khemah besar dihadapan masjid untuk program Maulidul Rasul pada 26 Feb 2012 nanti, turut separuh rebah terkena pukulan ribut.
Juga kerana bekalan kuasa letrik masih terputus, kami solat magrib dalam cahaya lilin sahaja. Admin teringat zaman kanak-kanak duhulu, berjamaah disurau dalam suasana begini...
Bersabarlah wahai saudara-saudara ku diPinang Tunggal, ini ujian dari ALLAH swt, ada hikmahnya yang kita tak terduga...ALLAHHUAKBAR...
**Dari Surah Al-An'aam : ayat ke17 yang bermaksud : "Dan jika ALLAH mengenakan (menimpakan) dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
wallahhualam..terima kasih...As'salam..