Kita sambung kisah Adam Adli balik kampung.... (Part 2 - Last Epesot..kikiki!!)..
Selesai mengerjakan Solat Isyak berjamaah, rombongan Adam Adli dan kakaknya Aiman Athirah Al Jundi, dimeriahkan lagi dengan gabungan ahli "keluarga" baru, sebelum bergerak ke tapak Ceramah di Permatang Rambai Penaga.
Mereka disertai oleh Sdr Asrol Sani (Penyelaras KADUN Bertam), Sdr Adam@Khairul Nizam (Tim Ketua AMK Kedah), Sdr Yusri Yaacob (Ketua Penerangan AMK Penang) dan Sdri Norhayati Bidin (S/U Dewan Muslimat PAS Johor)....
Admin pun tumpang "DUA KAKI" menyelit dalam Tokoh-Tokoh Muda ni....terasa muda semula, bersemangat admin dapat join malam tu.....kikiki!!!..
Setiba rombongan Adam Adli kekawasan ceramah, mereka disambut meriah oleh penduduk kampung Permatang Rambai, almaklum, pertama kali Adam dapat hadir berceramah dikampung sendiri, Penaga ... macam Pesta pulak admin tengok...
"TETAPI..."
Dalam masa yang sama, segelintir anak muda dari kejiranan kampung sekitar, seramai dalam lebih kurang 30 orang.. menyambut Adam dengan poster-poster liar... LIHAT :
Tuan Puan yang dikasihi ALLAH swt, lihat sendiri kain2 rentang
diatas... admin tak suka KUTUK sesiapa... tambah DOSA...kikiki!!
(saja admin ambil gambar ni waktu siangnya... malam tak akan nampak..
supaya lebih jelas untuk NILAIAN anda semua...kikiki!!).
**Pada adminlah, baik kain putih tu di SEDEKAH pada mana2
Anak Yatim ke, Surau2 ke... dapat juga SAHAM Pahala...
Modal 5 kain pemidang tu dah dibazirkan...kikiki!!!
Sesampainya kami ditapak ceramah, semuanya ok... disambut tuan rumah yang menyediakan halaman belakang rumahnya sebagai gelanggang ceramah, Pak Rahman Sekeluarga, memang admin TABIK Spring kat mereka. Berani buat program dalam KUBU kuat rakan admin dari "SEBELAH SANA" .... kikiki!!!
Bisik Pak Rahman pada admin, "Akhi, sejak dari tahun 60an lagi, tak pernah ada satu ceramah penerangan politik pun kat tempat ni".... terKEDU admin dengar bisikannya.. tapi admin ingat biasa aje....ceramah macam ni bukan pertama kali admin join...
Jadi admin tumpu pada ceramah yang bermula dengan MC Sdr Yusri buka majlis :
"As'salamualaikum...".. MC Yusri Yaacob
-Hari ini, hari org muda berceramah ya tuan/puan semua..
Ibu2 / Ayah2, harap sabar dalam hujan renyai2 yang mula menitis ni ya...
(TAK lari pun hadirin yang tak kurang dari 800 orang tu)..
-Kita akan sampaikan penerangan isu-isu semasa...
Ustaz Rosidi Hussain (YDP PAS Kepala Batas)
sampaikan kata2 alu-aluan sebagai Tuan Rumah..
satu-satunya penceramah yang melebihi usia 40 tahun malam ni...
"lebih setahun aje"...kikiki!!
-Seru pemimpin BN jangan sombong .. dan sedarlah, Pakatan yang
sedang perintah Penang sekarang...
-Penaga adalah jumlah paling ramai penerima sumbangan Warga Emas
-Minta pengudi nilai sendiri cara Pakatan perintah Penang..
- Pakatan didik rakyat untuk memilih Pemerintah dengan ilmu,
bukan dengan Emosi... rakan dari Umno buat Demo dgn cara yg memalukan..
hantar pakaian dalam wanita, kek bentuk najis, anak biawak, anak itek
kepada Kerajaan Negeri... tak ada yang halang.. pasal amalkan DEMOKRASI
tapi bila Program Pakatan Rakyat , ada saja yang ganggu..
-NFC, beri duit dulu baru buat PERJANJIAN... tu pun kena 2% aje "interes"
duit sapa?? siapa yang dapat?? siapa yang RUGI??? RAKYAT??
-Masa BN perintah lagi, tinggal 34% tanah orang Melayu di Seberang Prai..
dan tinggal 0.1% tanah orang Melayu di sebelah PULAU...
sapa yang GADAI semua ini... "Lu fikir la Sendiri"....
Adam@Khairul Nizam AMK
-Resolusi PBB 1937 dan Negara2 Arab selari dengan Ucapan DSAI
berkaitan Palestine dan Israel... mengakui SAMA HAK Rakyat & Negara Palestine
jika nak Hak Rakyat dan negara Israel diakui...
jelas BN dah SPIN dan putar belit ucapan dalam WSJ..
-Kenapa WSJ tanya DSAI dalam ISU ini??
SEBAB mereka amat yakin Pakatan Rakyat akan Perintah Malaysia
Selepas PRU13... kenapa WSJ tak tanya BN isu ini?? FAHAM tak??
-Malaysia henti hantar minyak sawit ke Iran kerana dengar cakap Israel
-Hantar minyak sawit ke Israel melebihi dari 3 kali ganda dari keperluan..
Kenapa dan untuk apa??
sedangkan RAKYAT Malaysia sendiri putus minyak..
berkali-kali dalam tahun lepas dipasaran tempatan...
Siapa yang sebenarnya bekerjasama dgn Israel??
-Tanpa sedar, peneroka Felda (Sawit) bantu Israel...
*Selesai Adam AMK berceramah... Aiman Athirah Al Jundi ambil alih Pentas... dimasa ini beberapa SUARA SUMBANG dalam gelap malam mula membuat PROVOKASI mengganggu ceramah...JERITAN2 LIAR, LUCAH, MAKI HAMUN mula terdengar...
Aiman Athirah Al Jundi... Cucu kepada "Tarzan of Malaysia"
Kerajaan Negeri Sabah anugerahkan pada Almarhom ATUKnya (pesara Polis)
-PM Najib lawat SeMalaysia, terutama negeri Pakatan, minta MAAF
dengan KETIDAK CEKAPAN BN perintah selama 54 tahun...
-Rakyat WAJIB berubah...WAJIB berubah...
buat pilihan BIJAK, pilih KERAJAAN BERSIH...
- ISLAM perlu diPERTAHANkan... bukan BANGSA diUTAMAkan..
-Sanggup berjuang...FISABILILLAH.. kerana ISLAM
-Hutang Negara sekarang MELEBIHI 55% dari Pendapatan...
- 2020 diwar-war jadi Negara Maju... tapi 2019 pula..
diumumkan Negara akan BANGKRAP oleh Idris Jala.. dimana SILAPnya??
-Fakta .. 3 dari 4 orang Melayu adalah MISKIN di Malaysia..
- Fakta.. hanya 68% Anak Melayu dapat memasuki Sekolah Menengah...
Fakta.. hanya 29% Anak Melayu dapat masuk Universiti..
Bandingkan Korea... 96.1% Pemuda dapat masuk Universiti...
**admin tanya : Adakah Rakyat Malaysia DAH CUKUP BERILMU??
-Minta pejuang2 Islam amalkan Solat Sunat Dhuha... minta bantuan ALLAH
selain BERUSAHA memenangi PUTRAJAYA...insaALLAH...
Selesai Aiman...Adam Adli ambil alih pentas... PROVOKASI semakin HEBAT... Suara Ancaman dan Maki Hamun makin rancak... Segelitir dari Samseng Upahan (admin kenal sebahagian dari mereka...tetapi tidak mahu menghebahkan siapa mereka, demi menjaga keperibadian mereka) mula menghampiri pentas selepas 5 minit pertama Adam Adli berhujah...
Tetapi Rantaian Manusia yang dibuat oleh ratusan penduduk tempatan, yang diketuai oleh Unit Amal dan Keselamatan AMK telah menghalang mereka dari menghampiri lebih dekat pentas...Admin terlihat, seorang PAK CIK TUA yang dah UZUR kudratnya, menyertai barisan Rantaian Manusia itu, demi menjaga keselamatan Penceramah dan hadirin....malu dan JELES admin pada semangat mempertahankan JAMAAH oleh beliau...
Akhirnya, Pihak Polis yang memantau Ceramah, telah menyuraikan dan meminta kumpulan Pengacau itu meninggalkan Majlis Ceramah... Syabas dan terima kasih pada yang berjaya menenangkan keadaan...
Adam Adli meneruskan ceramahnya...
Adam Adli....aktivis baru mahasiswa...
Pencetus Kebangkitan Mahasiswa yang telah lama diTIDORkan
kerana Kuku Besi AUKU...
-Terharu dengan sambutan dari Ibu2/Ayah2/Abg2/Kakak2/Adik2
atas sambutan kemunculan pertama kali di Daerah kelahirannya
-Mahasiswa mahu perubahan, sedar hasil pembelajaran..
tidak mahu lihat Rakyat terus ditipu oleh Kapitalis, Kronisma
serta kepincangan sang Penguasa...
-Kerajaan mahu jadikan Univesiti seperti KILANG melahirkan
Mahasiswa dalam ACUAN...tidak berfikiran terbuka
-Mahasiswa Univesity telah di PERDAGANGkan..
-Univesiti tempat buat DUIT, bukan tempat cari Ilmu macam dulu...
-Mahasiswa tuntut keADILan dalam berpolitik, mahu KEBENARAN,
KEBEBASAN, DEMOKRASI TULEN..
-Tidak memihak, Suara ke3 bagi mempastikan Kerajaan Telus
-Seru Anak Muda jangan JUAL MARUAH diri dengan Ringgit Malaysia
-Berpolitik matang...Hujah lawan Hujah..buka Hujah vs Penumbuk
-Cerita kisah Mahasiswa sambut Tahun Baru 2012 cara sendiri..
tapi dikasari Polis... ditangkap dan di penjara..
ada yang cedera parah... TAK buat SALAH... tapi dikasari
**admin cuba selitkan sedikit dari petikan ceramah Adam,
ihsan dari sorang sahabat..
(cuba klik disini..https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=365489710138377&id=100000727526398)
-Dedahkan cara mana Same Darby dan Gutrees diambil alih oleh
Tan Sri Khalid Ibrahim... dimasa yang sama takut Felda akan
diambilalih oleh Israel guna kaedah yang sama..
-PTPTN yang menghimpunkan Mahasiswa dengan HUTANG selepas Gred..
-
Cukup panjang komen admin untuk post kali ini...maaf telah ambil masa Tuan/Puan, admin kuatir jika dipendekkan pada Siri ke3, anda terpaksa tunggu lama pulak post berikutnya...maklumlah, akhir2 ni admin sibuk sikit...kikiki!!!
Layan gambar kenangan yangdilampirkan...:
Kenangan bersama.. Aktivis Mahasiswa dan Aktivis Masyarakat
Terpaksa di apit oleh abg-abg "Bodyguard" selepas ceramah
kerana provokasi keterlaluan dari samseng tak berilmu & tak matang
adat berjuang Adam... lama2 nanti ok le tu... sabarlah..
macam ni admin nak dekat pun tak berani dah...kikiki!!!
Sempat ambil BERKAT Tuan Rumah, Tn Hj Rahman...
yang sempat dirakam dalam gelap...
Memang ramai....tapi gelap, nak nampak macammana??
Kemera Phone Nokia cabuk aje admin pakai....kikiki!!!
Celah-celah pokok pisang dan kelapa... janji dapat
tengok macamana rupa budak Adam dan Athirah ni...
Tepi khemah.. rakan DAP admin pun datang (baju hijau)....
Aiman Athirah diapit Muslimat..beliau demam selsema
masa tu...minta2 dah sembuh masa admin tulis cerita ni...
Kesian dia....kikiki!!!
Apalah ditanya dik Ustaz dan Adam AMK pada budak Adam Adli tu
tak terjawab ke??.. kikiki!!!
belajar dari orang lama ni untung kamu Adam..oii.
Yang berdiri kanan tu, peminat dari kalangan kaum Cina nak jumpa Adam
Sempat bersama rakan-rakan sekampung dan
rakan sekerja kedai Nasi Arab dulu ye....
baguslah, tak pernah lupakan kawan-kawan lama..
Tak payah komen panjang lagi...entah-entah Pembaca dah JEMU...maaf semua, panjang cerita.
**Dari Surah Al-Insyiraah : ayat ke 5 - 7 yang bermaksud : "Oleh itu, (tetapkanlah kepercayaan mu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain)".
wallahhualam....terima kasih....As'salam....