Dah sampai mana celoteh hari tu ye...!!, sekejap admin "semak balik"...kikiki!!
Rupanya kita dah sampai BAB makan minum bila usainya Ust Taufik memanjatkan DOA keberkatan agar majlis lancar, dengan diAMINkan oleh 280 hadirin....Amin Ya ALLAH...
Jamuan secara layan diri yang santai ni memang admin suka, tetamu tidak kekok dan bebas bersembang sesama tetamu yang lain...tambah ramai lagi kenalan baru admin malam tu.... syukran...
Asik jaga keselamatan orang aje.....
perut kita pun kena jaga jugakan !!... makan kenyang2 Pak Lah...
"Kak RUBEE catering..." makan sekali, akan cari lagi..
Syukur pada ALLAH swt, rezeki kita ada dimana-mana,
jangan JUMUDkan fikiran kita,
selalu dikatakan REZEKI ni datang dari sesama MAHKLUK ...
kita ni perantaraan sahaja...ingat..!! ..SEMUANYA dari ALLAH swt...
Lihat Abg ni.... dari area Kuala Muda datangnya beri sokongan...
dalam keadaan BERTONGKAT, separuh lumpuh sebelah kiri badan,
mengalami kemalangan jalan raya ...
KITA yang sihat ni pun, belum tentu sanggup sokong kerja-kerja AMAL..
Tahniah Bang...Admin TABIK.....
Puan Mangaleswary & Puan Hjh Aida Yusof Rawa....
dua WANITA BESI WAJA bertemu...kikiki!!
Ustazah Rahmah Md Isa pulak jadi MAGNET
(Ketua Dewan Muslimat PAS Penang)
bila dah lama tak jumpa kawan, macam ni lah jadinya..kikiki!!
Ustazah Rahmah menemani YB Chong Eng ....
YB ni keluarnya dari rumah pagi, malamnya baru balik semula...
hari ni lepas metting jam 8.00 mlm...sangkut dalam "JEM" nak ke..
Dewan Budi Penyayang... jam 10.30 baru sampai... kesian...
Cukuplah celoteh pasal makan malam,... kita FOKAS pada WACANA KHAS Sempena Hari Wanita Sedunia, dengan tajuk "KESAKSAMAAN GENDER : SATU PENGENALAN"
Sdr Mohd Khir...MC pun dia,..Moderator pun dia malam ni...
-pecahan penduduk ikut Jantina... 14.56 juta Lelaki + 13.77 juta Wanita
= 28.33 juta penduduk Malaysia sekarang...
Kiri.. : Puan Kalsom Said, Pengerusi MAWAR..
Puan Hjh Aida Yusof Rawa, Lembaga Pengarah PWDC
Cik Sri Husnaini Sofian, CEO PWDC... mengambil pentas wacana...
Kata-kata aluan dari Pengerusi MAWAR...
-25 Januari 2012, MAWAR ditubuhkan adalah sebuah NGO,
- keahlian terbuka kepada WANITA dari semua lapisan Bangsa dan Agama,
istimewa untuk WANITA yang duduk di Penang...
-bukan badan politik... bebas dalam membantu semua golongan wanitawalaupun berlainan fahaman politik, Agama dan Bangsa..
-berpusat di Penaga, pejabat sementaranya di Pasir Gebu..
-Cuba bantu Ibu Tunggal dan Anak Yatim antara agenda utama MAWAR,
-mencari dana dan bantuan dari agensi2 kerajaan dan swasta bagi
ringankan beban dan memberi galakan kepada Ibu Tunggal berusaha
dalam menambah pendapatan sendiri...
-bantu Anak Yatim dengan bimbingan pelajaran tambahan dan
bantu bahan peralatan pembelajaran...
-lebih kepada perpaduan antara kaum
-nama MAWAR adalah simbolik dari keindahan BUNGA MAWAR
yang disukai ramai kaum HAWA...
-buat masa ni dana pertubuhan dari usaha Sukarelawan MAWAR sendiri...
-dapat sokongan dan panduan dari Ust Rosidi...
-sokongan, bantuan dan khidmat nasihat dari Sdr Zulkefli Lazim
Ust Rosidi Hussain, Penyelaras Kadun Penaga
-Minta tumpuan lebih pada Anak Yatim dengan bantuan peralatan
pembelajaran terkini...ilmu IT perlu didedahkan kepada mereka ini..
-Penghargaan kepada Masjid Taman Bertam Indah....banyak bantu Anak Yatim
sekitar Kepala Batas, ...ada Tabung Khas Anak Yatim...
-Ibu Tunggal ramai di Kepala Batas... contohnya...
dalam lawatan ke Pulau Metajam, dalam satu hari saje jumpa 6 Ibu Tunggal
-NGO tidak ada kepentingan diri dan politik, cuma NIAT nak membantu...
-minta MAWAR terus aktif...
-Puan Azizah (Kak Zah).. IRON LADY SEBENAR,
penggerak belakang tabir MAWAR....
Pejuang Sepanjang Zaman Kaum Hawa Penaga, Kepala Batas..
Cik Sri Husnaini Sofian...CEO PWDC..
-Bangga kehadiaran majlis Wanita dapat sokongan Lelaki...
kehadiran sama banyak..50 - 50... malam ni.
-PWDC dibawah Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
-PWDC akan beri kerjasama dengan MAWAR..
-Pecahan jantina, 51% lelaki dan 49% wanita di Penang..
-Akan atur program bersama JIM
-Mahu wanita ada kesedaran dalam semua bidang
-sanggup bangkit bersama lelaki dalam mengejar ilmu
(**apa lagi ye ??... admin leka dengan ketibaan YB Chong Eng,
sampai hilang fokas pada ucapan beliau seterusnya...kikiki!!)
MAAFKAN kami....maafkan kami...maafkan Admin (Bujang Lapuk)
Hjh Aida Yuof Rawa....
-Wanita sebaik-baik kejadian ALLAH, indah, cantek, comel... jadi.!!
kena pandai 'menten' kecantikan...terutama kecantikan dalaman..
-Kita semua berakal, lelaki & wanita perlukan satu sama lain.
"Kesaksamaan Gender" adalah berlainan/beza dgn "Kesamaan Gender"
-Wanita dilahirkan KUAT.. boleh mengandung, melahirkan (sakit melahirkan
tak terdaya ditanggung oleh lelaki, pasal tu ALLAH tak bagi pada lelaki)...
-Lelaki KUAT juga...kuat TIDUR, susah nak jaga BABY waktu malam ..kikiki!!
-Kesaksamaan, jangan banding cara FIZIKAL tubuh badan, contoh...
bina badan, ada halangan..hukum dedah aurat...
-Surah An-Nisaa', betapa ALLAH memuliakan wanita...Surah Khas wanita..
-Disisi ALLAH, wanita & lelaki sama, mahkluk...hambaNYA,
yang bezakannya hanya "TAQWA"
-timbul isu-isu lelaki menyalah guna tanggungjawab, menunaikan
amanah ALLAH supaya melindungi wanita..
-lelaki kena ingat, keselamatan wanita yang teribat aktif dalam gerakerja
jika balik lewat malam, perlu diiring pulang beramai-ramai....
supaya keselamatan terjamin...dan fitnah terhindar...
**Meletakan Sesuatu Pada Tempatnya, itulah KESAKSAMAAN yang BETUL.
YB Chong Eng..
-Tahniah pada MAWAR... juga Syabas kepada Tuan Penasihat MAWAR
Sdr Zulkefli Lazim...bantu sampai MAWAR tertubuh.. Penggerak Utama...
-kerjaya politik wanita, kena ada kefahaman dari SUAMI...
-Peranan wanita berubah ikut masa, ikut zaman..
-Saling hormati menghormati sesama suami isteri, baru semua OK...
-ISLAM seru keadilan pada semua, so kena adil antara lelaki & wanita
sampai nak kawin lebih dari seorang, pun kena ADIL.. kikiki!!
*(boleh ke adil??...kikiki!!)
-222 ahli Parlimen, cuma ada 23 wanita... 28 Menteri, cuma ada 2 wanita
so siapa yang nak bela nasib wanita di parlimen, dedah isu2 terhadap wanita??
-siapa yang jaga rumah bila suami keluar... 24 jam jaga.. tak ada cuti,
kerja dirumah tak henti, NO gaji.... tapi wanita redha.. jadi hargai samalah..
-si isteri yang berkerjaya, masih kena jaga rumahtangga, PENAT maaa...
ada lelaki tolong ..?? ringan-ringankan beban isteri...
-Jika wanita ada masalah, suami akan ikut bermasalah..keluarga juga ikut kena..
-di Univesiti.. lebih banyak wanita dari lelaki sekarang..
-Kerajaan bagi peruntukan banyak pada BOLA..(pasal menteri lelaki minat bola)
tapi BUGET untuk penjagaan kanak-kanak sikit (pasal menteri wanita sikit)
-Keseksamaan : Tidak mendahului, tidak ditinggal jauh kebelakang..tetapi..
mahu seiring/seimbang antara Lelaki dan Wanita pada TEMPATNYA..
Panjang sangat ke?? Boring Ke?? sorry lah..., nak buat macamana... kena post semua yang disampaikan pemidato... nanti lari matlamat... jadi admin tamatkan sementara waktu....nanti sambung siri 3 (last episod).... hanya lebih pada gambar pula... tunggu ye... kikiki!!!
**Dari Surah A-Nisaa' : ayat 1 yang bermaksud : " Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah pada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari kedua-duanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada ALLAH yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNYA, serta peliharalah hubungan (silat'ur-rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya ALLAH sentiasa memerhati (mengawas) kamu".
wallahhualam...terima kasih...As'slam....