LOKASI
University of Kamunting atau Tempat Tahanan Perlindungan Taiping lebih dikenali sebagai KEMTA. Ia terletak kira-kira 8 km. dari bandar Taiping dan 3 km. dari pekan Kamunting dan mempunyai keluasan 230 hektar.
Institusi ini mula dibuka pada November 1973 bagi menempatkan orang-orang yang telah melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Walaupun diperingkat awal pembukaannya ia menempatkan tahanan-tahanan yang sebahagian besarnya merupakan anasir-anasir subversif tetapi sekarang ianya menempatkan tahanan-tahanan yang ekstremis politik, pelampau-pelampau agama dan juga bekas anggota-anggota komunis yang menyerah diri.
Jadual pembelajaran harian
0530 – 0600 : Urus Diri
0600 – 0630 : Solat Subuh Berjemaah & Zikir
0630 – 0700 : Tazkirah (banduan)
0700 – 0730 : Muster, nyanyian Negaraku, Patriotik, Ikrar & Doa
0730 – 0800 : Sarapan Pagi
0800 – 0900 : Kelas Kerohanian/ Motivasi/ LDK/ Ketatanegaraan/
Sivik/Moral/ Kaunseling
0900 – 1100 : Senaman pagi dan kawad
1100 – 1130 : Rehat
1130 – 1200 : Muster
1200 – 0100 : Makan
0100 – 1400 : Persiapan Solat Zohor Berjemaah & Solat Zohor
1400 – 1430 : Muster
1430 – 1600 : Kawad
1600 – 1630 : Muster & Khidmat Diri
1630 – 1700 : Solat Asar Berjemaah & Mathurat
1700 – 1800 : Kelas Kerohanian/ Motivasi/ LDK/ Ketatanegaraan/
Sivik Moral/ Kaunseling
1800 – 1830 : Muster, makan malam & membaca surat khabar
1830 – 1900 : Urus Diri
1900 – 1945 : Persiapan Solat Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah.
1945 – 2030 : Bacaan Surah
2030 – 2100 : Solat Berjemaah Isyak
2100 – 0530 : Tutup bilik
Di petik : syahrilkadir.wordpress.com