Thursday 25 August 2011

SIAPA AHLI DAN SEKUTU UTAMA `NATO` ????

APE CITE NI



SIAPA AHLI DAN SEKUTU UTAMA `NATO` ??? 


Salam perjuangan...

Mungkin kita pernah mendengar perkataan NATO. NATO adalah North Atlantic Treaty Organisation atau dalam bahasa melayu bermaksud Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
Ia merupakan perikatan ketenteraan antara beberapa negara 
Eropah dan Amerika Syarikat

NATO ditubuhkan pada 4 April 1949 dengan Perjanjian Atlantik Utara. Negara-negara ahlinya bersetuju bekerjasama dari segi ketenteraan kalau salah satu daripada ahlinya diserang. Negara-negara besar seperti Amerika syarikat, Itali, Perancis dan Jerman adalah ahli-ahli utama NATO.

Sebenarnya, apa yang saya nak berkongsi pandangan dengan para Du`at sekelian,`NATO` yang ber`inverted commas` di atas bermaksud No Action Talk Only. Cakap sahaja buat kerja tak jalan.

Sebagai peringatan untuk diri saya yang serba kekurangan ini dan para Du`at semua, cakap tak serupa bikin, Allah tak suka. Allah amat membenci kepada mereka mereka yang mengatakan sahaja tetapi mereka tak lakukan apa yang mereka katakan. Renung dan tenung-tenunglah ayat AlQuran dalam surah As Soff : 2-3.


Dalam satu hadith daripada Ibnu Umar Radiyallahu`anhuma.. telah bersabda Rasulullah SAW.. Maksudnya ..`Janganlah kamu semua bercakap banyak selain daripada mengingati Allah `Azzawajalla kerana sesungguhnya bercakap banyak itu akan menyebabkan hati menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah `Azzawajalla adalah mereka yang berhati keras. (Hadith Tirmidzi)

Rasulullah SAW juga menempelak mereka yang suka komplen-komplen sahaja dan cakap-cakap kosong sahaja seperti sabdaannya ` Apabila berkata seorang lelaki itu, orang ramai sekarang ini telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak
 antara mereka`. ( Boleh rujuk kitab hadith Riyadhussolihin, Hadith Muslim).

Oleh itu, rakan-rakan sekelian, Janganlah kita mengisi borang menjadi ahli `NATO` mahu pun `Kelab Penyokong `NATO` atau pun sekutunyaaaaaaa. 




Berita Menarik Penaga Daily