Saturday, 13 August 2011

PULAU PINANG ADA MASALAH DENGAN MELAYU ?

Ya. Pulau Pinang dari awalnya tertubuh negeri Pulau Pinang memang ada masalah dengan Melayu. Bukan masalah perselisihan faham antara kaum tapi masalah dalam memberi status Melayu kepada orang Melayu Pulau Pinang. 

Cuba renung raut wajah dan susuk tubuh di bawah ini. Apakah mereka benar-benar Melayu atau hanya berpayung di bawah nama sebuah Pertubuhan Melayu. Hanya UMNO yang mampu menjawab. Melayu dengan mamak pun UMNO tak kenai ...chit!






 

Beberapa pengusaha dan anggota persatuan restoran mamak di negara ini tidak bersetuju gelaran kaum itu dan restoran mamak ditukar kepada nama lain.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jamarulkhan Kadir berkata, pihak yang berpendapat gelaran itu perlu ditukar harus berfikir secara mendalam.

Katanya, penelitian terperinci dari segi apa maksud mamak dan sejauh mana ia boleh diterima semua kaum lain di negara ini perlu dibuat sebelum cadangan dikeluarkan. 

"Apa yang hendak dimalukan atau dijadikan isu besar kerana sejarah sudah membuktikan kaum ini mempunyai kedudukan yang baik dan diberi penghargaan daripada Kesultanan Kedah.
"Pada zaman Kesultanan Kedah dulu, saudagar India Muslim yang datang berdagang ke negara ini digelar 'uncle' dan mamak bagi menghormati dan menghargai usaha mereka berniaga," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Presiden Persatuan Usahawan Malabar Muslim Negeri Johor, Abdullah Aziz Mohamed melalui Forum Utusan Malaysia semalam agar semua pihak berhenti menggunakan istilah mamak atau restoran mamak.
Abdullah Aziz berpendapat, adalah lebih manis sekiranya kaum mamak dikenali sebagai kaum Malabar, manakala restoran mamak lebih sesuai digelar restoran Malabar.
Jamarulkhan berkata, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana terbukti kaum lain di negara ini terutama Melayu menerima mamak dalam pelbagai aspek termasuk kebudayaan dan makanan.
"Dengan kaum mamak yang berjumlah kira-kira 600,000 orang dan pengorbanan yang kami buat dalam membantu ekonomi negara, kami percaya kaum lain menerima kami," katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati segelintir etnik di dalam kaum mamak berpunca daripada sikap sesetengah individu yang menggelar penjaja kecil menyerupai mamak sebagai kaum itu.

Pengarah Urusan Restoran Hakim Sdn. Bhd., Hakimsa Abdul Karim hairan kenapa cadangan seperti itu timbul sedangkan Malabar sememangnya salah satu daripada etnik kaum mamak.

''Sama saja jika guna nama Malabar atau mamak, jadi kekalkan nama yang ada sekarang,'' ujarnya.
Beliau yakin orang ramai sudah biasa dan menerima dengan panggilan mamak untuk merujuk kepada kaum dan restoran golongan itu, bukan bertujuan menghina.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Amsa Alla Pitchay turut menyokong panggilan mamak dikekalkan.

"Jangan besarkan isu ini kerana ada perkara lebih utama seperti memastikan umat Islam mengunjungi restoran yang dikatakan halal, tetapi tidak ada sijil halal yang sah." katanya.

Credit to : http://sabahkini.net/

Berita Menarik Penaga Daily