(Pulau Pinang ) - MTD Penaga dengan kerjasama jawatankuasa JPRK Kepala Batas petang tadi telah mengemukakan bantahan terhadap DPT suku ke-2 di pejabat SPR Negeri dengan ditemani oleh Bendahari dan Setiausaha JPN Pas Pulau Pinang. Jawatankuasa MTD Penaga yang diwakili oleh Sdr Anuar berkata bantahan tersebut adalah berdasarkan kecurigaan kerana terdapat nama-nama senarai pemilih yang tidak mempunyai nombor rumah dan alamat pemilih juga berbentuk kabur yang boleh menimbulkan syak terhadap pemilih.
Bukti Bantahan |
Ketika ditanya berapakah jumlah bantahan MTD Penaga terhadap DPT suku ke-2 , beliau Sdr Anuar mengambil jalan selamat dengan merahsiakan kuantiti bantahan terhadap SPR. Beliau yang ditemui oleh wakil Penaga Daily di Pejabat SPR petang tadi menyelesaikan bantahan kira-kira jam 3.20 petang bersama seorang saksi yang juga dari DUN Penaga.
Sdr Anuar juga menyatakan bahawa banyak data yang tidak dikemas-kini oleh SPR dalam DPI namun bantahan terhadap DPI tidak dapat dibuat kerana SPR hanya menerima bantahan terhadap DPT suku ke-2 saja bagi bantahan yang berakhir petang tadi.
Terdapat senarai nama pemilih yang telah meninggal dunia namun nama mereka masih tercatat sebagai pemilih. Alasan dari Pengarah SPR Negeri mengatakan bahawa SPR tidak berupaya mengubah data-data tersebut kerana belum menerima maklumat kematian dari Jabatan Pendaftaran Negara.