Oleh :Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 17 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang menyokong penuh kenyataan Mufti Negeri, Shahibul Samahah, Datuk Seri Hasan Ahmad berhubung isu larangan bacaan al-Quran menerusi pembesar suara sebelum subuh. Penjelasan oleh mufti dua hari lalu menamatkan segala-galanya bahawa memang arahan itu atas 'nasihat hukum' bukanya fatwa sebagaimana yang didakwa sebelum ini di media-media arus perdana. Setiausahanya, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin menambah, isu ini telah dipolitikan oleh pihak yang berfikiran sempit dan tidak faham agama apabila mengaitkan kerajaan negeri turut serta melarang atas tekanan daripada DAP. "Dewan Pemuda berharap isu ini ditamatkan setelah mendapat penjelasan dari Mufti kerana buat apa menyalahkan satu sama lain terhadap isu yang boleh diselesaikan dengan mudah," tambahnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily semalam. Sehubungan itu, beliau meminta pihak-pihak yang mempertikaikan arahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) agar itu menghentikan tohmahan sesama sendiri sebaliknya menerima hakikat bahawa ia tidak sesuai demi maslahah umum. Lebih-lebih lagi katanya, Islam menganjurkan perlunya menghormati orang yang sedang tidur, sakit tua, uzur, kanak-kanak dan seumpamanya termasuk golongan bukan Islam dari selepas Isyak sehingga sebelum Subuh. Walaupun bacaan Al Quran itu baik dan dituntut serta mendapat pahala kepada pembaca dan mendengarnya tetapi ianya turut terikat dengan ruang lingkup adab dan batas-batas akhlak yang digariskan Islam. Bahkan ada kalangan ulama' berpendapat jika bacaan Al Quran itu diperdengarkan menerusi radio, CD, MP3 atau apa jua alat teknogi terkini sekalipun, jika bacaan itu tidak diendahkan oleh orang yang mendengarnya, hendaklah ditutup sahaja kerana tidak menghormati bacaan tersebut. "Kepada mana-mana golongan yang mentafsirkan arahan itu campur tangan politik terutama kononya di halang oleh DAP hendaklah berfikir dengan waras bukan hentam keromo. Larangan sebegini juga dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan serata negeri lain, " ujarnya. DPPNPP juga berpendapat isu ini sengaja ditimbulkan bagi tujuan menenggelamkan isu MyKad dan kepincangan daftar pemilih yang begitu hangat diperkatakan sekarang ini. Ehsan : Harakah Daily |
Thursday, 18 August 2011
Pemuda PAS P.Pinang sokong Mufti.
Berita Menarik Penaga Daily
-
As'salam dan Salam Sejahtera buat saudara2 ku yang dikasihi ALLAH swt... . Ramai yang bertanya kat admin, Penaga Daily ni blog poli...
-
PERSATUAN PEMENANG Tujuan Persatuan 1. Menyatupadukan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. 2. Mendapatkan persefahaman serta membantu s...
-
Mohd Najib bin Abdul Razak YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953 ) adalah Perdana Menteri Ma...
-
As'salam dan Salam Sejahtera... Doa dari anak yang soleh & solehah, hadiah terbaik buat kedua IbuBapa, kita baik yang masih hidup, a...
-
"Al Fatihah" buat adik Fazleen Amirah yang mengalami kemalangan maut disimpang Taman Guar Perahu pada petang 31.1.2012 yang baru ...
-
As'salam dan Salam Sejahtera..... sihat dan gembira disisi keluarga tersayang hendaknya buat semua pembaca yang dikasihi ALLAH swt....AM...
-
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera .... kecerian dan kesempurnaan hidup yang semua individu hajat-hajatkan, hanya diperolehi dengan izin ...
-
Zainab Abdul Kadir dikatakan telah menghina Jose Rizal pemimpin Filipina via tweetnya. Photo Ehsan dari Asiatatler
-
Objektif Dewan Selaras dengan objektif yang termaktub dalam Perlembagaan DPMM dengan memberi penekanan kepada keperluan negeri Pulau Pin...
-
Dalam banyak-banyak restoran yang ada kat Kepala Batas Pulau Pinang, restoran ini yang terpilih untuk memulakan Program Lawatan Sehari Tuan ...