Friday 12 August 2011

PAS PUSAT ANJUR MUNAJAT PERDANA BAGI HADAPI PRU 13 DI SEMUA NEGERI PADA 26 hb OGOS INI.



PAS PUSAT melalui Lajnah Tarbiyah akan menganjurkan Munajat Perdana pada 26hb Ogos ini secara serentak pada semua negeri bagi memberi kekuatan dalaman kepada seluruh Jawatankuasa Negeri dan Pas Kawasan.

Pengarah program ini Ustaz Idris bin Ahmad yang juga akan mempengerusikan majlis secara langsung dari Taman Melewar berharap pihak negeri menentukan lokasi masing-masing bagi memudahkan sebaran maklumat dibuat kepada seluruh ahli dan penyokong bagi setiap negeri.

Pulau Pinang akan menentukan lokasi yang sesuai namun setakat ini Markaz Tarbiyah Pas Negeri di Pongsu Seribu merupakan cadangan teratas kerana lokasi tersebut menepati kehendak Pengarah Program Tarbiyah Pas Pusat.
Pas Pulau Pinang menjangka kehadiran ahli dan penyokong bagi program ini adalah sekitar 1000 orang dan akan dilangsungkan bermula solat terawih bersama dan berakhir dengan jamuan sahur pada keesokan harinya.

Aturcara program di Pulau Pinang adalah seperti butiran dibawah :

9:00 malam - 9.45 malam 
Solat Tarawih

9.45 malam - 9.50 malam
Ucapan Pesuruhjaya Pas Negeri
Dato Ustaz Salleh Man



10.00 malam - 10.10 malam
Ucapan Pengarah Program Untuk Mempengerusikan Majlis Secara Langsung ( live )
dari Taman Melewar
Ustaz Idris bin Ahmad
Ketua Lajnah Tarbiyah PAS Pusat



10.10 malam - 10.40 malam
Ucapan YB Dato Haji Harun Taib
Siaran Langsung dari Masjid Rusila



10.40 malam - 11.20 malam
Ucapan YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang
Siaran Langsung dari Masjid Rusila


11.20 malam - 12.00 malam
Ucapan YAB Dato Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat
Siaran Langsung dari Kota Bharu , Kelantan


03.30 pagi - 05.50 pagi
Munajat di Lokasi yang bakal di tentukan BPPN
Di pimpin oleh Ketua Lajnah Tarbiyah Pas Negeri

Ketua Lajnah Tarbiyah Pas Negeri Pulau Pinang

Ustaz Muhammad Fauzi Yusof
................................................................................................
Laporan oleh : Jemsebon

Berita Menarik Penaga Daily