Wednesday 3 August 2011

JPN Pas Pulau Pinang akan pertahankan Pulau Pinang kepada Pakatan Rakyat melalui PRU-13.

Pengarah JPN Pas Pulau Pinang sesi 2011-2013

JPN - Jabatan Pilihanraya Negeri Pas Pulau Pinang melalui Pengarahnya Ustaz Rosidi Hussain menegaskan bahawa JPN Pas Pulau Pinang akan sentiasa berusaha dan bakal bertindak sebagai lidah Kerajaan Negeri untuk menyampaikan maklumat mutakhir kepada penduduk Pulau Pinang dalam misi untuk memastikan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan pentadbiran menerusi  PRU ke-13 nanti.

Beliau yang berucap dalam Program Pelancaran Dana JPN di Kubang Semang memberi peringatan bahawa demam PRU ke-13 telah bermula dan tarikh pembubaran Parlimen adalah semakin dekat. Baru-baru ini PM menundakan cuti beliau untuk ke luar negara adalah satu tanda bahawa BN berada dalam keadaan yang sedikit tenat. Hj Rosidi juga menambah bahawa BN semakin hari semakin tenat. Proses memperlambatkan  pembubarkan Parlimen adalah umpama kudis kencing manis kepada BN. 

Semakin lama di tahan semakin hapak kudis itu ( BN ).

Berita Menarik Penaga Daily