Ketika Pakatan Rakyat diluar sana sedang memikirkan startegi untuk memenangi PRU ke-13 seterusnya menawan Putrajaya namun disebaliknya ada satu perkara lagi yang berlaku didalam Umno iaitu - siapa selepas Najib?
Bagi Pakatan Rakyat hal ini adalah hal biasa , siapapun yang mengantikan Najib corak pimpinan Umno adalah tetap sama tapi hal ini adalah berbeza sekiranya anda adalah seorang yang cintakan Umno pasti anda memikirkan siapa selepas Najib?
Teori RAHMAN telah hampir lupus , itulah yang sering dikatakan. Apakah dengan berakhirnya teori Rahman bererti Umno akan bakal terkubur?
Kita yang diluar Umno mungkin merasa kekok sekiranya sekarang ini kita mendengar adanya desas-desus tentang satu konspirasi baru antara bekas Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri selepas Najib. Mampukah Najib menangani kemelut ini seterus sekiranya Najib mampu mempertahankan sebagai Presiden Umno maka TIMBALAN akan bakal bertukar tangan.
Kemasukan pendaftaran kewarganegaraan bukanlah senjata baru bagi BN namun apakah Pakatan Rakyat mampu memiliki mistik untuk memenangi PRU 13. Kita nantikan , jika rakyat mula sedar negara mampu diselamatkan.